Si Tukang Tilik

2.1K 157 10
                                    

(A/n sangat suka gmbar ni. Cute sngat Xiumin!! Tapi entah la.. Classmates kata Xiumin nampak pelik. -__- what do you mean?!)

Baekhyun bangun dari tidurnya yang lama. Badannya sakit.

Dia melihat sekeliling. Dia masih di dalam biliknya dan masih dalam pakaiannya yang basah. Telefonnya yang berada di atas meja sisi dicapai. Terkejut.

"Dah 3 minggu berlalu???!" Jerit Baekhyun tak percaya. Tapi yang paling pelik kenapa bajunya masih basah sedangkan sudah 3 minggu dia tidak sedarkan diri.

Chanyeol?

Mana Chanyeol pergi? Pada hari tu, dia nampak dengan jelas perempuan ber'hangbok' merah berada di belakang Chanyeol yang terketar2 ketakutan. Di belakang perempuan tu sangat gelap. Baekhyun nampak, perempuan tu dikelilingi kegelapan yang pekat. Belum sempat Baekhyun buat apa2, Chanyeol ditarik oleh sesuatu ke dalam sana. Selepas tu, Baekhyun sendiri tidak sedarkan diri.

Baekhyun bangun lalu segera ke bilik mandi. Dia tidak boleh pakai pakaian yang basah kalau tak nak jatuh sakit. (a/n : ingat tau! Jangan pakai pakaian yang basah. Kalau korang pakai jugak, menyesal di hari tua nanti. Pesanan ikhlas dari seorang chinggu)

"Aduh!" Rungut Baekhyun apabila dia menyentuh perutnya. Segera dia menanggalkan baju T-nya. Terlihat kesan luka yang agak dalam pada perutnya. Tanpa menghiraukan luka itu, dia berusaha untuk mandi walaupun kesakitan.

Luka tu masih berdarah. Selepas siap mandi, dia mengambil bajunya lalu direndam untuk sementara. Tiba2, air rendaman bajunya bertukar warna merah. Baru dia perasan bajunya bukan basah dengan air tapi basah dengan darah. Disebabkan bajunya berwarna gelap, dia tidak sedar bahawa dia dibasahi darah.

Baekhyun cepat2 keluar dari bilik air lalu melihat sekeliling. Dia nampak kotak first aids di atas almari. Dia terus mencapainya. Dia merungut perlahan.

Selepas siap membalut lukanya, dia mula mencari pakaian yang sesuai. Dia betul2 mahu masuk ke dalam dunia baru itu semula. Dia harus cepat dan akan buat apa sahaja demi Chanyeol.

Seperti biasa, suasana ruang tamu menjadi bising dengan kedatangan orang2 tradisional dari gambar2 lama tu. Tapi kali ni, Baekhyun tidak langsung menghiraukannya. Dia hanya memandang sekilas lalu segera ke dapur. Tanpa berfikir lama, dia segera masuk dengan bertujuan mencari Chanyeol namun entah kenapa dia masih berada di dunia Geunji.

"Apa semua ni!!?? Aku nak cari Chanyeol la bodoh!" Baekhyun menjerit lantang. Kesalnya! Namun apabila dia membuka pintu dapur itu, dia tetap tidak dapat keluar dari dunia tu.

"Apa yang kau buat?" Tanya satu suara lembut. Dia berpaling lalu bertemu dengan seorang perempuan yang cantik yang pernah dilihat memeluk Geunji di pasar.

"Aku... Aku tak ada buat apa." Baekhyun panik apabila sikapnya yang biadap tadi dilihat orang. Perempuan tu tersenyum.

"Kau siapa?" Tanya Baekhyun. Perempuan agak terkejut dengan soalan itu namun dia masih mengukir senyuman.

"Kau dah tak ingat aku? Aku, Jeon Eun Ju, isteri hyung kau la." Eun Ju menggeleng kepalanya. Baekhyun mengangguk kepala faham. Dia menggaru kepalanya, rasa kekok. Pelik! Dia selalunya mood maker tapi apabila berada di sini, dia menjadi pendiam dan... Lembut. (a/n : bukan lembut sebab dua alam tu -_- .. Tapi lembut pada kelakuan. Macam caring plus penyayang.)

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now