Kenapa dengan Chanyeol?

1.6K 139 4
                                    

"Jom balik." ujar Chanyeol keesokan harinya. Dia merenung setiap member di hadapannya. Kai sudah sedarkan diri namun masih lemah akibat semua luka yang ada pada badannya. Baekhyun juga sudah baik walaupun luka di perutnya semakin lama semakin dalam dengan tiba-tiba.

"Kenapa? Kita masih tak jumpa mayat Geunji! Kita kena kebumikan mayatnya dulu!" marah Baekhyun. Matanya tajam memandang Chanyeol yang masih lagi tidak dapat menerima hakikat bahawa dia harus mencari Geunji walau apapun terjadi. Chanyeol kelihatan serba salah.

"Kau kenapa Chanyeol?" tanya Xiumin apabila dia seorang sahaja yang dapat melihat air muka Chanyeol berubah.

"Aku takut. Aku dapat dengar suara perempuan itu dalam kepala aku. Dia bukan sahaja nak bunuh Baekhyun dan aku tapi.... kau semua juga" Chanyeol tunduk memandang lantai rumah itu. Baekhyun mengeluh sahaja.

"Tu hanya khayalan kau." balas Baekhyun ringkas. Bibirnya mengukir senyum sinis.

"Tolong la Baekhyun! Aku ada beribu benang dalam badan aku dan aku boleh mati bila-bila masa aje!" jerit Chanyeol. Baekhyun masih tidak peduli.

"Dan kau nak penilik tu dapat hidup seratus tahun lagi dan cari keturunan aku macam sekarang, hah!Eh, sedar lah sikit! Kau hanya pentingkan diri sendiri." marah Baekhyun pula. Masing-masing berhadapan sesama sendiri dengan mata mereka dipenuhi dengan api kemarahan.

"Dah la!" Suho cuba mencelah namun Chanyeol menolak badan Suho.

"Macam mana aku tak pentingkan diri sendiri sedangkan benang tu boleh putus bila-bila masa aje. Baek, aku masih nak hidup! Banyak perkara lagi aku nak buat dalam dunia ni walaupun aku tau kita hidup tak lama. Jadi, tolong la aku. Aku perlu hidup lebih lama. Aku nak tolong keluarga aku keluar dari semua pemiutang jahanam tu. Kau tak tahu apa yang berlaku dalam hidup aku. Aku lebih sengsara dari kau." Chanyeol mula merayu. Pada awalnya, dia berdiri tegak di hadapan Baekhyun namun apabila melihat kesungguhan di dalam anak mata Baekhyun, dia pasti Baekhyun tidak akan ubah fikirannya, perlahan - lahan dia duduk melutut. Biarlah mereka memandang sinis dengan perlakuannya namun keluarganya amat memerlukan Chanyeol.

"Apa yang kau buat ni!?" Marah Lay lalu menarik Chanyeol untuk bangun namun Chanyeol melarang keras.

"Adakah aku masih pentingkan diri sendiri lagi sekarang sedangkan aku hidup untuk tolong keluarga aku, Baekhyun?" tanya Chanyeol dalam keadaan melutut lagi. Tangannya dikepal menjadi penumbuk.

"Tapi... Geunji sangat penting untuk aku...."

"Siapa kawan kau sekarang ni?!" laung Chanyeol.

"Chanyeol! Kau cabar aku ke sekarang  ni?!" Baekhyun menolak badan Chanyeol sehingga Chanyeol rebah di atas lantai. Chanyeol tidak bergerak lagi. Sehun segera menghampiri Chanyeol yang kaku di atas lantai.

"Hyunggg~ kau okey ke?" tanya Sehun lalu menepuk bahu Chanyeol. Wajah Chanyeol yang tersembunyi akibat rambut yang sedikit panjang itu disebak ke belakang oleh Sehun.

"Darrr... DARAH!" Jerit Sehun kuat apabila melihat darah yang keluar dari mata Chanyeol. Mereka mendekati Chanyeol yang kaku tapi masih bernafas itu.

"Chan, bangun! Apa dah jadi ni!?" keluh Suho sambil menepuk-nepuk pipi Chanyeol perlahan.

"Hyung!" D.O memanggil.

"Aku tak nak ada sesiapa mati! Chanyeol bangun!" Lay pula bersuara penuh kerisauan.

Tiba- tiba mata Chanyeol terbuka luas dan terbeliak, mulutnya ternganga luas dan peluh mula membasahi wajahnya bagaikan air mengalir. Untuk beberapa ketika, keadaan jadi tenang semula apabila Chanyeol kembali tenang.

"Kenapa dengan dia?" tanya Chen sambil menggaru kepala.

Tiba- tiba lampu disekelilingnya mati. Chanyeol yang terpejam itu mula membuka matanya yang dipenuhi darah. Suara asalnya yang kasar menjadi semakin kasar dan semakin dalam itu mula menghamburkan tawa yang menyeramkan. 

"Baekhyun! Akhirnya, kau dah ada dengan aku!" jerit Chanyeol dengan mata yang terbeliak ke atas. Tangannya segera mencengkam lengan kanan Baekhyun kuat menyebabkan Baekhyun mengaduh kesakitan. Suho cuba menarik Baekhyun dari Chanyeol namun gagal.

"Kai! Ambil lampu meja kat belakang kau dan hentak kepala dia!" jerit Xiumin. Kai segera mengambil lampu meja itu namun apabila dia merenung Chanyeol, dia tidak dapat lakukan.

"Tak boleh! Chanyeol hyung kawan kita...." Kai menggeleng kepalanya. Berat hati untuk mencederakan kawannya sendiri.

"Kai! Ada benda lain dalam badan dia. NI BUKAN CHANYEOL LAGI!" marah Lay. Kai merenung sedih ke arah Chanyeol yang masih ralit mencengkam lengan Baekhyun dengan tawa yang mengilai. Badan Chanyeol sendiri ditahan oleh Xiumin, Chen, Lay dan Sehun manakala Suho dan D.O memegang Baekhyun. Kai mengangkat lampu meja itu tinggi.

"Maafkan aku hyung!"

PANG!!!!

PANG!!!

PANG!!!

Darah memancut keluar dari kepala Chanyeol yang rebah tidak sedarkan diri selepas 3 kali hentakan dan mukanya dipenuhi kaca lampu itu. Lampu meja itu sudah terlucut jatuh dari pegangan Kai. Tangannya terketar-ketar dipenuhi darah kawan sendiri. Nafasnya tercungap-cungap dan tidak teratur.

"Chanyeol hyung... okey ke?" tanya D.O. dengan helahan nafas yang berat. Dia mendekati Chanyeol yang terbaring diepenuhi darah pekat itu. Tangannya menggeletar ketika mendekati wajah Chanyeol yang masih tertusuk dengan kaca. Tidak semena-mena Chanyeol membuka mata lalu menggigit tangan D.O kuat sehingga D.O menjerit sekuat hatinya.

"Yah!" Chen yang berdekatan mengambil pelita yang tergantung lalu menghentaknya kuat di kepala Chanyeol. Dengan segera tangan D.O dilepaskan.

"Tangan aku. Ouchh!" D.O mengeluh kesakitan apabila melihat tangannya mempunyai kesan gigitan yang dalam. Dia dapat melihat setiap bentuk gigi Chanyeol di tangannya. Perlahan-lahan dia mengesot ke belakang sambil memegang tangannya yang kesakitan.

"Dia masih bergerak!" jerit Sehun pula. Mata mereka terbeliak apabila melihat Chanyeol mula bangun semula diikuti bunyi tulang belulang yang patah. Mata Chanyeol sudah hilang anak mata dan bibirnya mengukir senyuman yang melebar. Rambutnya yang panjang menutup wajahnya sedikit.

"Keluar dari sini dan kunci dia dalam ni sekarang!" arah Suho. Mereka segera berebut-rebut keluar dari bilik kosong itu. Tangan Suho yang menggeletar itu menyebabkan dia sukar untuk memasukkan anak kunci ke dalam tombol pintu. Walau apapun, Chanyeol sempat menahan pintu dengan tangannya. Suho tetap menarik pintu menyebabkan tangan Chanyeol tersempit. Bunyi tulang yang patah mula kedengaran apabila Chen dan Sehun menolong Suho menutup pintu itu.

"Hyung... kenapa kau buat aku macam ni?" suara sedih Chanyeol kedengaran. Mereka berhenti seketika lalu cuba mengintai dari celah pintu.

"Hyung.... apa salah aku sampai kau buat aku macam ni?" Chanyeol merenung Suho dengan air mata mengalir dari matanya. Suho menggeleng kepalanya.

"Tak Channie. Kau tak salah apa-apa. Maafkan aku." Suho mula melonggorkan pegangan tangannya pada tombol. 

"Aku akan balas dendam! Aku akan bunuh setiap orang dari kau yang cuba merampas Baekhyun!" suara Chanyeol berubah seperti tadi. Dia mengambil kesempatan dengan menggigit tangan Suho kuat seperti meratah setiap daging segar itu.

"Arghhh! Tolong aku!" Suho menarik tangannya dari Chanyeol namun tidak berjaya. D.O yang sedari tadi menghilang senyap-senyap, kembali dengan tangan di pisaunya. Laju langkahnya menghala ke arah Chanyeol.

"Apa-apapun dalam badan hyung sekarang ni, aku kena lenyapkannya. Maaf hyung. Aku betul-betul mintak maaf!" Tangan kanan D.O segera menusuk pisau ke dalam perut Chanyeol. Dalam dan amat pedih. Darah mula keluar dari mulutnya.

"K---Kau....kau akan bantu aku lepas ni... Kyung Soo...."

________________________

PEMIUTANG = ORANG YANG KITA BERHUTANG

Aduh..epilog semakin mendekat tapi cerita ni takkan habis sebelum diorang dapat keluarkan Shi Eun dalam badan Chanyeol dan cari kebenaran hidup Geunji!

Apa-apapun SELAMAT BERPUASA!

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now