Kisah Chanyeol

1.5K 141 3
                                    

"Mana Kai?" Pertanyaan Chanyeol menyebabkan semua orang terdiam. Baekhyun yang turut menyedari ketiadaan Kai itu menanti jawapan mereka.


"Aku jumpa dia.." Suho memandang Chanyeol dan Baekhyun. Member lain langsung tidak memberi perhatian ketika Suho hendak bercerita. Kesimpulannya, mereka sudah mendengar cerita Suho itu.


"Dia parah." Sambung Xiumin apabila Suho tidak dapat berkata-kata. Tangannya masih lagi cuba memberhentikan aliran darah pada badan Baekhyun. Chanyeol dan Baekhyun segera memandang Xiumin.


"Jadi, mana dia?" Tanya Baekhyun.


"Dalam bilik bawah. Dia tak sedarkan diri. Badan dia penuh dengan.. Luka. Banyak sangat sampai baju-T dia dah tak nampak warna asal. Semuanya warna merah gelap." Xiumin berkata perlahan. Mata Baekhyun segera memandang Suho. Baru dia perasan, sisi kiri badan Suho penuh dengan warna merah. Suho mesti memapah Kai ke sini.


"Hyung pula?" Tanya Chanyeol selepas dapat menangkap luka di pipi Suho. Suho menyentuh luka di pipinya yang sudah kering darahnya.


"Tak ade lah. Tadi, Kai lemah sangat dan di sekelilingnya penuh dengan CD yang dibawa hari tu. Takut punya pasal, dia ingat aku ni perempuan tilik tu, jadi dia baling CD tu dan kena la pipi aku sikit. Lepas tu, terus Kai tak sedarkan diri." Jawab Suho panjang.


"Dah siap!" Xiumin menggosok telapak tangannya selepas siap membalut luka Baekhyun itu. Baekhyun segera menggumam terima kasih.


"Kau pergi la rehat sekali dengan Kai. Kat bilik Joonji." Ujar Chen. Dia tahu Baekhyun keletihan berbanding yang lain. D.O dan Sehun segera berdiri lalu memapah Baekhyun ke bilik Joonji.


"Kkaebsong~ slow sikit. Sakit wo!" Rungut Baekhyun dari kejauhan. Xiumin bergerak ke arah Chanyeol pula.


"Hulurkan tangan kanan kau." Arah Xiumin ringkas. Chanyeol segera melarikan tangan kanannya ke belakang badan.


"Ah, ni luka kecil aje Hyung. Tak perlu susah-susah." Chanyeol tersengih pahit. Tidak mahu menyusahkan orang lain.


"Aku tengok penumbuk kau tu dah penuh dengan darah. Bengkak lagi. Baik kita ubatkan sekarang sebelum jadi apa-apa." Xiumin menarik tangan Chanyeol lalu segera diubatinya. Chanyeol akhirnya membiarkan.


"Macam mana kau boleh ada kat sini?" Tanya Lay memecahkan kesunyian dalam bilik itu.


"Panjang. Sangat panjang ceritanya hyung. Apa yang pasti, aku dipergunakan perempuan itu untuk dapatkan Baekhyun." Ucap Chanyeol perlahan. Rasa kesal mula meruap masuk ke setiap pembuluh darahnya.


"Ceritakan."


"Mula-mulanya aku dah jatuh cinta dengan perempuan tu. Dia kata namanya Cha Shi Eun...

_________________
*Chanyeol's p.o.v*


"Tolong la Channie. Saya tak nak hubungan kita sampai ke telinga awam." Shi Eun memujuk aku. Masa tu aku dan Shi Eun tengah makan malam di sebuah hotel.

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now