Kawan-Kawan

1.8K 148 15
                                    

*EXO dorm*

"Ah, dah berapa lama tak jumpa Baekhyun dan Chanyeol. Diorang pun tak call." Keluh Chen seorang diri. Telefon ditilik lama. Entah apa yang berlaku sejak beberapa minggu ini. Apabila dia call, langsung tidak dijawab oleh Chanyeol atau Baekhyun. Pernah juga bertanya dengan member lain, namun jawapannya sama juga 'diorang tak pernah jawab panggilan aku.'

"Hyung, amacam kalau kita pergi rumah Chanyeol? Jom la. Lagipun kitakan tak pernah lagi melawat diorang. Mungkin Chanyeol terasa kot." Ajak Chen kepada Xiumin yang turut ralit dengan telefonnya. Xiumin mengalihkan pandangannya.

"OK."

Mahu sahaja Chen menghantuk kepalanya pada dinding. Bukan main panjang ayat yang dia keluarkan tapi hanya sepatah yang dijawab. Chen mengeluh sahaja.

"Aku nak ikut tau." Sehun yang ralit bermain permainan video, dengan Kai, bersuara.

"Yah, kita pergi ramai2 la. Baru best! Tak payah bawa teknologi apa2. Kita pergi enjoy!!" Cadang Kai. Fokus pada game mula beralih kepada Chen. Tanpa sedar, Sehun mengambil peluang untuk memenangi game itu.

"Yes!" Jerit Sehun.

"Mana aci!"

"Aci tak aci! Belanja bubble tea untuk sebulan. Deal dah ditentukan!" Sehun tersengih jahat. Kai menepuk dahinya.

"Aku pun setuju dengan Kai." Suho berkata. Dia berjalan ke arah mereka lalu duduk di atas sofa sebelah Lay.

"Ok cool!" Jerit Kai gembira semula.

"Aku pun nak pergi lah." Jawab Lay dan D.O serentak.

"So, esok kita beli makanan banyak2! Malam tu boleh kita tengok cerita hantu ramai2 sampai pagi." Cadang Chen.

"Cool! Boys night!" Jerit Kai dan Sehun kuat.

"Aduh, bisingnya!" Keluh Xiumin namun tidak dihiraukan maknaes. Xiumin memandang maknaes. Tidak percaya mereka langsung tidak menghiraukan member paling tua.

"Akhirnya, hyung tahu bagaimana rasa jadi aku kan..." Suho senyum sambil melayan sahaja apa yang dikatakan dua maknae yang baginya masih berkelakuan seperti budak tidak cukup umur. Kecuali satu benda ni.....

"Ok! Tak boleh ada movie rate 19+." Marah Suho apabila Kai mula mencadangkan movie peliknya.

"Hyungggg~"

"Tak ada!"

"Hyung... Satu aje.~"

"Tak boleh!"

"Kim Joon Myeon!" Sehun memanggilnya.

"Yah! Kau panggil siapa macam tu!?" Marah Suho.

"Sorry hyung.. Tapi boleh laaa.. Eyyy, hyung bukan manly namja la!" Sehun dan Kai mula mencabar. Suho mula panas. Member lain langsung tidak menghiraukan mereka.

"Baik tak payah pergi kalau korang nak tengok video macam tu. Aku akan aturkan jadual 24 jam sehari training untuk korang berdua." Suho turut mencabar.

"Aku tak terlibat." Chen dan D.O mula masuk ke dalam bilik masing2.

"Hyungggg~"
____________________
*Pagi sebelum ke rumah Chanyeol*

"Dah ready ke?" Suho bertanya. Dia mula mengira member yang sedang berkumpul. Jam di tangan dipandang sejenak. Dah lewat. Mungkin akan sampai lewat malam.

"Kai dengan Sehun?" Tanya Chen sambil memandang sekitarnya. Namun bayang maknaes langsung tak nampak.

"Biar aku pergi tengok dulu." Lay akhirnya bersuara. Dia keluar dari van syarikat lalu masuk kembali ke dalam dorm.

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now