Siapa pembunuh sebenarnya?

1.6K 152 7
                                    

*Warning : spoiler. Nanti ada part yang agak teruk. Tak ade niat nak menghina group exo. Ianya hanyalah idea seseorang.*

"Tolong la selamatkan kawan-kawan aku! Kau nak darah kan? Ambil aje aku punya. Jangan libatkan kawan-kawan aku!" Jerit Chanyeol. Tangannya menumbuk-numbuk cermin di depannya. Cermin yang memaparkan wajahnya semula.

"Tolong la!!" Jerit Chanyeol lagi. Tangannya sudah kebas kerana telah menumbuk cermin untuk jangka masa yang lama. Dirinya makin lemah dan lemah. Dikunci dalam dunia entah apa ini. Termasuklah ulangan kisah hidup budak yang bernama Geunji berulang kali sehingga dia sudah muak untuk melihat imaginasi yang sama itu.

"Tch!"

"S-siapa tu!?" Chanyeol berpaling ke arah belakangnya apabila terdengar suara.

"Awak kata awak suka saya!" Mata Chanyeol mula liar mencari bayangan apa pula kali ini. Namun tiada apa pun yang ada.

"Awak janji nak tunggu saya."

"Keluar la!" Jerit Chanyeol lagi.

"Hahahaha dia dah gila!" Suara orang ramai ketawa mula bergema di dalam kepalanya. Chanyeol menekup telinganya dengan tangan.

"Ak--aku tak gila!" Jawab Chanyeol takut. Namun, makin kuat suara ketawa memenuhi ruang kepalanya.

"Kau bunuh adik-adik dan isteri sendiri. Kau gila!" Suara itu menjerit kemarahan membuat Chanyeol menarik rambutnya ketakutan. Matanya terbeliak.

"Kau pembunuh!"

"Kau tak layak hidup!"

"Kau orang paling hina!"

"Pentingkan diri sendiri!"

"Bukan aku! A--ku bukan macam tu! Aku b--aik! Aku tak pernah buat semua tu!" Jerit Chanyeol. Cuba melawan semula suara tu. Dia merenung cermin di hadapannya. Wajahnya yang berada di dalam cermin berubah. Pakaiannya sudah menjadi seperti pegawai di Istana. Dan dia sedang tersenyum gembira.

"Kau siapa? Kenapa muka kau ma--cam aku?" Tanya Chanyeol semakin takut. Wajah pada cermin itu berubah. Matanya mencerlung tajam memandang Chanyeol.

"Kau pembunuh!"

"Kau pembunuh!"

"Kau pembunuh!"

"Kau pembunuh!"

"Kau pembunuh!"

"Lepaskan aku dari sini!!!" Jerit Chanyeol kuat sebelum jatuh ke lantai. Dia memandang ke atas walaupun tiada apa pun yang dia nampak kecuali kegelapan yang pekat. Tiba-tiba dia ketawa.

"Ni semua gila." Dia ketawa kuat seperti orang yang sudah hilang akal sebelum matanya perlahan- perlahan mengeluarkan air mata. New world. Sekali kau masuk, kau tak akan dapat keluar.
____________________
"Geunji dah mati? Kenapa kau tak pergi ke cari kat kawasan perkuburan?" Cadang Chen.

"Aku dah pergi. Tapi orang yang jaga kubur kata tak pernah dengar pun nama Geunji." Ujar Baekhyun membuatkan semua member menggaru kepala.

"Lepas tu, macam mana sekarang?" Tanya Suho kemarahan.

"Sebelum ni, Geunji pernah cakap apa-apa tak?" Tanya Xiumin pula kali ni. Diorang harus berfikir dengan lebih susah jika betul-betul nak cari mayat Geunji yang masih baru dan tidak ditemui itu.

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now