Mencari Chanyeol dan Kai

1.5K 145 6
                                    

"Buka la." Suruh D.O ketakutan. Mereka sudah tiba di loteng. Merenung tingkap besar tu. Memang betul bahawa 'Kai' tiada pada pandangan mereka melalui tingkap itu. Kelihatannya tiada seorang pun yang berani buka tingkap tersebut.

"Biar aku buka." Ujar Xiumin berani. Tangan kanannya memegang tombol tingkap manakala tangan kirinya dipegang oleh Lay. Takut juga nanti ada suatu akan tarik Xiumin ke dalam pula.

"1."

"2."

"3!"

Xiumin menarik tombol tingkap sekuat mungkin. Kegelapan. Dihadapan mereka hanyalah kegelapan yang pekat. Mereka tidak dapat melihat apa pun yang ada di dalam sana.

"Chanyeol!" Jerit Lay dan serta-merta Chanyeol muncul dihadapan mereka.

"Tolong la! Ambil aku!" Chanyeol melutut di hadapan mereka. Chanyeol seakan-akan tidak sedar bahawa semua member sedang berada di hadapannya. Pasti dia beranggapan penilik yang membuka pintu rahsia itu.

"Channie?" Tegur Chen perlahan. Namun Chanyeol tidak mendengar apa yang dikatakan. Dia terus-terusan meminta perkara yang sama.

"Chanyeol!" Suho mendekati Chanyeol namun Chanyeol seakan-akan bergerak lebih jauh.

"Hyung, keluar. Mari kita mulakan pencarian seperti yang Joonji cadangkan." Baekhyun menarik Suho daripada masuk ke dalam sana. Sehun yang sudah kembali normal itu segera mengikat badan Baekhyun dan Suho dengan kain yang panjang.

"Semoga berjaya." Ucap mereka serentak apabila melihat Baekhyun dan Suho mula melangkah ke dalam dunia itu pula. Baekhyun dan Suho mengangguk lalu tersenyum kepada membernya sebelum mendekati Chanyeol.

"Hyung!" Baekhyun memegang lengan Suho kuat. Rasa takut mula menguasai diri apabila mereka sudah tiba ditengah-tengah kegelapan itu.

"Chanyeol! Kai!" Jerit Suho dan Baekhyun kuat. Berharap agar Chanyeol dan Kai dapat mendengar suara mereka. Namun, tiada apa pun yang berlaku. Semuanya senyap sunyi.

'Dunia baru yang berpandukan tujuan kau.' Hati Baekhyun terdetik akan kata-kata Geunji dahulu. Ya, dia sudah set fikirannya untuk mencari Chanyeol di sini. Tapi tidak pula Kai.

"Hyung. Apa tujuan hyung masuk kat dalam ni?" Tanya Baekhyun perlahan yang menghentikan Suho bertindak apa-apa. Suho memandang Baekhyun.

"Untuk cari Chanyeol dan Kai." Jawab Suho ringkas.

"Baiklah! Mari berpecah. Hyung pergi cari Kai dan aku pergi cari Chanyeol." Cadang Baekhyun. Suho menggeleng kepalanya.

"Tak boleh! Penilik tu nakkan darah kau juga! Bagaimana kalau penilik tu bersembunyi di sini? Kau juga yang kena nanti." Marah Suho. Dia sudah berjanji dengan Joonji untuk menjaga Baekhyun. Dia tidak akan sesekali memungkari janji tu.

"Hyung kena faham yang ni dunia yang berpandukan tujuan kita. Aku datang ke sini hanya untuk mencari Chanyeol seorang. Dan disebabkan itu, aku takkan jumpa Kai." Baekhyun menggaru kepalanya. Kadang-kadang dia juga pening dengan dunia ini. Tapi apa yang pasti, ini dunia bayangan yang diciptakan oleh penilik itu. Dan tanpa sengaja Geunji telah menarik Baekhyun untuk masuk ke dalam dunia ni.

"Hyung, tolong la faham." Pujuk Baekhyun apabila melihat Suho seakan-akan berfikir tentang cadangannya itu. Garis kerisauan terpancar pada wajah Suho.

"Tapi.. Kalau sesuatu terjadi kat kau macam mana? K--kita boleh pergi sama-sama." Cadang Suho pula.

"Aku tak rasa Chanyeol boleh bertahan lebih lama. Hyung pun nampak dalam bayangan tadi yang Chanyeol dah makin lemah. Kalau hyung perasan, tangan Chanyeol penuh dengan darah dan luka." Baekhyun memandang Suho yang masih lagi tidak suka akan cadangannya yang amat berisiko.

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now