Prolog

3.8K 207 86
                                    

"Kris!" apabila namanya disebut, empunya nama itu menoleh ke arah suara itu. Si empunya nama itu mempunyai rupa paras yang sangat kacak seperti seorang bidadari dari kayangan.

"Ada apa, Kai?" tanya Kris dengan senyuman manis terukir di bibirnya. Kai adalah kembar seiras Kris. Mereka boleh dibezakan oleh warna anak mata mereka sahaja. Kris mempunyai anak mata yang bewarna biru manakala Kai pula bewarna merah.

Walaupun mereka kembar seiras, mereka mempunyai perwatakan yang berbeza. Kris adalah abang. Dia adalah seorang yang tenang, pemaaf dan sopan-santun. Manakala adiknya, Kai, seorang yang periang, aktif dan seorang yang manja dengan abangnya.

Kembar ini sangat digilai oleh pelajar-pelajar perempuan di sekolah mereka dan di sekolah lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kembar ini sangat digilai oleh pelajar-pelajar perempuan di sekolah mereka dan di sekolah lain. Mereka berdua adalah pustakawan sekolah. Setiap hari mereka akan pergi awal ke sekolah untuk mengemas perpustakaan.

Mereka sentiasa berpegang kepada pesan ibu mereka. "Jangan sesekali merendahkan orang lain dan sentiasa mendengar nasihat mereka." Pesanan ini sentiasa terngiang-ngiang di telinga mereka berdua.

"Cikgu kata, hari ni ada buku baru sampai. Cikgu nak kita tolong susun buku-buku itu kat rak," kata Kai dengan penuh manja. Kris hanya tersenyum manis dengan telatah adik kesayangannya itu. Dia mengangguk tanda setuju.

Mereka berdua jalan bersebelahan menuju ke perpustakaan. Tinggi mereka sama. Tinggi mereka hanya 176 cm sahaja. Orang ramai kebanyakannya tidak dapat mengecam wajah mereka dengan sekali imbas.

Setibanya mereka di perpustakaan, cikgu terus menyambut kedatangan mereka berdua. "Boleh tak kamu berdua tolong kemaskan buku-buku di dalam kotak itu? Cikgu ada kerja lain yang hendak disiapkan," kata Cikgu Sarah dengan lemah lembut.

"Baiklah, Cikgu!" sahut Kris dan Kai secara serentak. "Mana pustakawan yang lain, Cikgu?" tanya Kai kehairanan. "Kami ada di sini," jawab seorang lelaki dari arah belakang mereka. Mereka menoleh ke belakang dan mendapati suara itu milik kawan mereka sejak kecil, Jason. Di sebelah Jason adalah seorang perempuan yang cantik bernama Rika.

Tanpa belengah lagi, mereka mula menyusun buku-buku dari kotak-kotak itu. Setiap orang menyusun buku di rak yang berlainan. Semakin lama, semakin sedikit buku yang tinggal di dalam kotak sehingga Kris ternampak sebuah buku usang bewarna biru di dasar kotak itu.

Kris mengambil buku itu kerana dia tidak tahu hendak meletakkan buku itu di bahagian mana. Kris pun memanggil adiknya "Kai! Buku ni nak letak mana?". "Buku apa?" Kai yang kebetulan sudah menyelesaikan tugasnya berlari menuju ke abangnya.

Kris menunjukkan buku usang itu kepada adiknya. "Buku apa ni? Kenapa buku ni macam sudah lama?" soal Kai. "Kalau abang tahu buku apa ni, abang takkan panggil kamu la," jawab Kris selamba.

"Apa kata, kita bawa buku ni balik ke rumah kita," cadang Kai. "Jangan! Ibu pesan jangan mencuri," jawab Kris dengan nada tegas. "Tapi buku ni nak letak mana?" soal Kai lagi. "Kau letak je la mana-mana," jawab Kris kebingungan.

The Adventure of Twin BrothersWhere stories live. Discover now