Bab 9

1.1K 117 14
                                    

"Ugh!" Leon mengerang kesakitan. Leon tidak dapat bangun kerana rantai-rantai ular telah membelit kakinya dengan ketat.

'Macam mana aku nak tolong Leon?! Cepat fikir!' Bisik hati Kris yang masih di dalam sangkar rantai. Dia berusaha memikirkan sesuatu untuk menolong Leon.

"Lebih baik aku habiskan kau kat sini je." Klyre menoleh ke arah Kris. "Aku rasa aku patut hapuskan kau dulu. Sebab... Kau tu bukannya berguna pun." Dia tersenyum dan berjalan menghampiri Kris.

"Rantai..." Belum sempat Klyre menghabiskan jampinya, dia merasakan ada tumbuhan sedang melilit kakinya. Dia melihat kakinya lalu terus melihat Leon. Leon sedang berusaha untuk menghalang Klyre daripada membunuh Kris.

"Jangan kacau kerja aku. Rantaian Ilusi." Perlahan-lahan tumbuhan yang membelit kaki Klyre terlerai. "Apa yang kau dah buat pada Leon, hah?!" Klyre memandang Kris dengan tatapan selamba.

"Oh. Tak ada apa-apa. Aku cuma buat dia rasa macam mana perasaan dibunuh berkali-kali sebelum aku bunuh dia je." Kris hanya dapat memberikan tatapan benci pada Klyre.

"Jangan risau. Lepas aku bunuh kau, aku akan terus bunuh dia. Tapi... Sayang la kalau aku terus bunuh kau kan? Baik aku seksa kau dulu." Klyre menyeringai macam pontianak.

Dia melepaskan Kris dari sangkar tersebut dan terus menyerang Kris bertubi-tubi sehingga bibir Kris berdarah dan badannya lebam serta terluka.

"Kalau dulu kau tak masuk campur hal Tuan Silver, kau takkan jadi macam ni." Klyre memijak-mijak tubuh badan Kris. Kris tidak dapat bangkit lagi kerana sudah kehabisan tenaga.

Klyre melihat Kris sudah seperti tidak bermaya lagi. "Bosan la. Kau ni tak pandai lawan balik. Ucapkan selamat tinggal kat dunia dulu. Aku nak bunuh kau ni."

Kris tidak mampu berkata apa-apa. Di dalam hatinya, dia hanya berdoa supaya Kai selamat.

"Baiklah. Cukup masa kau. Selamat tinggal. Rantai berduri!!" "Pelindung Akar!!" Tubuh badan Kris dilindungi oleh akar-akar yang keras daripada diserang oleh rantai berduri.

Klyre menoleh dengan tidak puas hati. "Kau elok lagi rupanya." Leon sedang tercungap-cungap walaupun sudah mendapat ilusi yang teruk.

"Pergi mati la!! Rantaian beracun!!" "Panahan petir!!" Petir yang dipanah terkena rantaian beracun menyebabkan rantaian itu jatuh ke tanah.

"Abang!!" Kai berlari mendapatkan abangnya yang tercedera. "Kai! Bawa Kris jauh dari sini!" Arah Ryan kepada Kai. Kai mengangguk lantas menggendong abangnya.

"Mana kau nak lari?! Rantai ular!!" Rantai-rantai itu menyusur untuk mendapatkan Kai. "Pedang petir!" Ryan menghalang rantai-rantai tersebut daripada sampai kepada Kai.

Kai berjaya membawa Kris keluar daripada tempat tersebut. "Kai..." Kris memanggil adiknya dalam keadaan yang sangat lemah. "Jangan... Biarkan... Klyre... Terlepas..." Kata Kris sebelum jatuh pengsan semula.

Kai memahami apa yang dikatakan oleh abangnya. Kai meletakkan Kris di bawah sebatang pokok yang redup sambil berkata, "Kai akan datang ambil abang lagi." Dia kemudian berlari ke tempat tadi.

"Sambaran petir!!" "Rantaian bayangan!!" "Renjatan elektrik!!" "Perisai rantai!!" Perlawanan sengit antara Ryan dan Klyre sedang berlangsung.

Kedua-duanya sama hebat dan seri. Walaupun mereka tercungap-cungap, banyak luka di badan dan kekurangan tenaga, tiada seorang pun yang menjadi lalai disebabkan perkara remeh itu.Mereka berdua tetap bersedia untuk menyerang satu sama lain.

Kai tidak dapat masuk campur kerana mereka berdua seperti tidak mahu diganggu. Kai terpandang Leon yang lemah terbaring di tanah. Dia mendekati Leon untuk membantunya.

"Heh. Hebat juga kau ni." Klyre ketawa sinis lalu menyambung, "Tapi tak cukup hebat lagi! Rantaian jala!!" Serangan itu menuju ke arah Kai. "Kai! Elak!" Kai tidak dapat mengelak kerana dia sedang menggendong Leon yang berat.

"Kai!!" "Jangan leka! Rantai melilit!!" Ryan tidak sempat mengelak serangan tersebut lalu tertangkap. "Lepaskan aku!" Ryan meronta-ronta hendak melepaskan diri.

Belum sempat Ryan mengeluarkan kuasanya, dia dihempas ke tanah dengan sangat kuat. Ryan cuba bangkit tetapi sekali lagi dia ditangkap dan dihempas ke tanah sehingga Ryan menjadi lemah dan tidak berdaya untuk berlawan.

Walaupun begitu, Klyre mengulang perbuatan yang sama. Kai yang melihat sudah tidak tahan lagi. Dia cuba membantu Ryan. "Lepaskan dia." Kai mengulangi ayat yang sama berulang kali sambil berjalan mendekati Klyre.

"Kau jangan nak menyibuk!" Kai ditepis dengan rantai sehingga dia terpelanting. Kai bangkit lagi dan mendekati Klyre semula.

"Aku cakap jangan menyibuk la!! Kau tak faham bahasa ke?!" Kai ditepis lagi. Tetapi kali ini, belakangnya terlanggar pokok. Dia bangkit lagi walaupun sudah terhuyung-hayang.

"Lepaskan... Lepaskan kawan aku!!" Tiba-tiba rantai yang dipakai oleh Kai bersinar-sinar. "Bebola api!!" Kai mengeluarkan bebola apinya lalu menyerang Klyre bertubi-tubi.

Salah satu bebola api itu terkena pada rantai yang mengikat tubuh badan Ryan. Ryan terlepas dari ikatan tersebut lalu jatuh ke tanah.

Kai hanya perlu menyelesaikan si Klyre ini sahaja. "Hembusan naga api!!" Kai menarik nafas panjang seraya menghembuskan api yang besar dari mulutnya.

Klyre tidak sempat mengelak lalu terkena api yang besar itu. "TIDAK!!!" Jeritan terakhir Klyre kedengaran sebelum dia rentung dibakar api.

Kai menghabiskan nafas apinya lalu terus rebah ke tanah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TO BE CONTINUED...
.
.
.
.
.
.
Guys, nanti author pikirkan plot baru untuk bab yang baru yaa😂 So, jangan lupa tinggalkan vote dan komen~~

The Adventure of Twin Brothersजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें