Bab 22

587 49 5
                                    

Loki menggenggam galahnya dengan erat. Dia membuka kekudanya lalu terus memecut ke hadapan. Dirinya dilambung ke udara melepasi palang. Dia bernasib baik kerana kakinya tidak melanggar palang tersebut.

'Kalau aku berjaya, Hanna akan beri aku ganjaran! Apa agaknya ganjaran tu?' Bentak hati Loki saat dia masih berada di udara menunggu impak hempasan.

(P/S: Hanna tak ada cakap apa-apa pun.)

Apabila dia berjaya mendarat di atas 'Kapas Mimpi', dia terus bangun terduduk.

"Aku... Berjaya ke?" Loki memandang sekelilingnya dengan muka tidak percaya.

Hanna berlari-lari secara slowmo ke arah Loki sambil memanggil-manggil namanya, "Loki~~" lalu terus memeluk Loki dengan erat.

"Loki~ Hebatnya awak~" Hanna berkata dengan nada manja. Loki hanya tertawa kecil. "Mestilah saya hebat. Hanna, mana ganjaran saya?"

"Hmm? Awak nak ganjaran? Okey~" Hanna memuncungkan bibirnya lalu wajahnya mendekati wajah Loki sambil matanya ditutup.

SPLASH!

"Dia dah bangun ke?" "Nampak macam dah bangun." Ryan dan Kai menjenguk sedikit muka Loki yang sudah basah kuyup akibat disimbah air.

"WARRGGHHH!! A-Apa yang berlaku?!" Loki terbangun dari tidurnya yang lena.

(Jadi, semua itu hanya mimpi? Maaf, guys😂 Itu semua hanyalah kesan 'Kapas Mimpi' ke atas si Loki😂)

"Tapi bukan ke tadi Hanna dah lari dan peluk aku? Dan ciuman tu? Tu semua mimpi je?" Loki yang masih bingung memegang bibirnya sambil membuat mimik seorang puteri yang keliru.

Ryan dengan muka selamba, membaling baldi kosong yang ada di tangannya dan terkena kepala Loki. Akhirnya Loki kembali tidak menyedarkan diri. "Menggelikan."

"Kau tak rasa kau keterlaluan ke?" Tanya Kai. "Jadi kenapa kau tak halang?" "Sebab aku rasa dia memang layak pun kena tu." "Aku pun rasa macam tu." Ryan dan Kai ketawa seperti orang jahat yang berjaya menewaskan orang lain.

"Hoi! Apa yang korang ketawakan tu?! Cepat balik ke sini!" Hanna memekik seperti seorang emak yang memanggil anak-anaknya pulang ke rumah.

"Baik~~" Ryan dan Kai memegang tangan Loki seorang satu lalu mengheret jasad-- eh, badan Loki balik ke khemah.

"Kenapa Loki masih tidur? Aku baru nak pijak-pijak dia." Kata Hanna sambil mengepal penumbuk kecilnya. "Biar lah dia tidur. Dia bukan berguna lagi." Sahut Leon tanpa serba salah.

"Kita ke acara seterusnya! Acara lompat jauh!" Kapas dan palang yang digunakan tadi bertukar menjadi lopak air yang agak panjang.

"Peserta yang akan bertanding ialah..."
(Author malas nak tulis nama orang ramai-ramai😂)

"Kali ni, aku pula yang akan tunjukkan kehebatan diri." Kata Kira selaku wakil untuk acara ini. Dia segera berlari ke tengah padang kerana ingin berkenalan dengan ahli kumpulan lain terutamanya kumpulan biru.

"Tapi Kira boleh ke tahan emosi dia?" Tangan Ryan rakus menconteng muka Loki menggunakan marker kekal.

"Entah lah. Aku harap dia boleh lah tahan." Hanna membalas sambil mencari sesuatu di dalam begnya.

"Kenapa pula dia kena tahan emosi?" Tanya Kai yang sedang membantu Ryan menambah corak di muka Loki.

"Sebab itu Lopak Emosi. Kalau terkena air tu, nanti kau tak dapat kawal emosi. Dia akan kawal emosi terkuat seseorang yang terkena air itu. Eh, kita tak ada makanan lah... Siapa nak pergi beli?" Jelas Hanna. Dia baru perasan yang stok makanan yang dia bawa telah habis dimakan Kira.

"Kalau macam tu, aku akan pergi beli." Kris menawarkan dirinya. "Eh? Kai nak ikut!" Kai meletakkan markernya dan bangun dengan cergas.

"Kai, kau tak boleh ikut. Sebab lepas ni giliran kau." Kai terkejut mendengar kata-kata Hanna. Dia memandang ke arah Kris dengan mata yang berkaca-kaca.

"Tak apa, Kai. Abang akan pergi dengan Leon. Jom Leon." Kris memujuk Kai yang hampir menangis itu. Dia bertolak ke kawasan menjual makanan bersama Leon.

🐈

"Kita nak beli makanan apa?" Tanya Kris sambil menoleh-noleh ke arah gerai yang ada di bahagian kiri dan kanannya.

"Apa-apa je asalkan dia rasa makanan." Kata Leon yang tidak tertarik dengan makanan yang ada. Kris hanya tertawa kecil.

Kris ternampak gerai ais krim yang dikatakan Kai sebentar tadi. "Leon! Jom makan ais krim!" Kata Kris teruja sambil menarik tangan Leon. Leon hanya mengikutkan kehendak Kris.

"Eh? Adik lagi? Dengan kawan lain pula?" Abang penjual ais krim itu tertawa kecil. "Adik nak perisa apa pula?"

"Abang Zen?" Leon mula bersuara. "Hmm? Kamu kenal abang ke?" Balas abang penjual ais krim itu.

"Abang ni memang ada amnesia atau abang ni dah tua sangat?" Abang penjual ais krim itu sedikit tersentak. "Leon?" Seperti dia telah menemui cebisan memori lama, dia memanggil nama Leon.

 "Leon?" Seperti dia telah menemui cebisan memori lama, dia memanggil nama Leon

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Perangai dan kata-kata kamu memang masih sama, tajam dan memedihkan." Zen mengusap sedikit dadanya dengan senyuman yang sedih.

"Kris. Ni abang Zen. Dia memang pelupa orangnya. Dulu dia selalu datang ke istana dan kenalkan makanan yang pelik-pelik kat kitorang. Macam... Kapas yang manis tu." Leon memperkenalkan Zen kepada Kris.

"Abang Zen. Ni pula Kris. Dia datang dari dunia lain. Sama macam abang." Zen mengangguk sedikit melihat Kris.

"Oh! Jadi betul lah firasat aku tadi!" Kris berkata terkejut. "Hmm? Firasat apa?" "Pasal abang jual ais krim yang Kai cakap. Dia datang dari dunia yang sama macam kitorang." Kris memukul sedikit tapak tangan kirinya tanda mengetahui sesuatu.

🐈

Mereka bertiga mula berborak kecil sehingga mereka terlupa sesuatu yang sangat penting.

"Eh! Dah berapa lama kita kat sini?! Bukan ke Hanna suruh kita beli makanan?! Kita kena pergi sekarang Leon! Bye, abang Zen!" Kris mula gelabah. Dia segera menarik tangan Leon sekali lagi dan meninggalkan kedai ais krim tersebut.

Mereka beli apa sahaja makanan yang ditemui dalam perjalanan pulang ke padang.

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di khemah mereka. Sudah semestinya, Hanna telah lama menunggu mereka sambil memeluk tubuhnya.

"Korang... Pergi mana, ya?" Muka Hanna jelas kelihatan seperti sudah naik hantu. "HAHAHAHAHAHAHAHA!!! Kakak! Kelakarnya muka kakak! Macam hantu Mak Kiah!! HAHAHAHAHAHAHA!!" Kira ketawa dengan kuat.

"Tadi kitorang ada jumpa--" "Sudah, jangan banyak cakap! Giliran kita bertiga dah nak sampai. Jom." Hanna menarik tangan Kris dan Leon ke arah padang. "Abang! Fighting!" Kai bersorak untuk abangnya.

"Sekarang, kita akan ke acara kemuncak! Maraton baton!" Penonton bersorak dan menjadi semakin kuat dan kuat. Padang itu seperti bertukar tempat. Mereka tiba-tiba diasingkan dan berada di dalam hutan.

Saat acara ini bermula, tiba-tiba bebola api biru mula menyerang semua peserta dan penonton.

"Hahahahaha! Mati lah korang semua! Mati!"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
TO BE CONTINUED...
.
.
.
.
.
.

The Adventure of Twin BrothersDonde viven las historias. Descúbrelo ahora