Bab 3

1.5K 164 32
                                    

Kris dan Kai melutut di belakang Ryan dan Leon.

"Siapa mereka?" Suara yang merdu itu keluar dari mulut perempuan yang cantik itu.

"Mereka berdua adalah bukan dari dunia ini." Jelas Leon yang masih menundukkan kepalanya. Muka perempuan itu berkerut sambil berkata, "Kenapa awak tak nak bangun dari tadi? Pandang saya bila awak nak bercakap!"

"Tapi tuan puteri... Tuanku adalah seorang puteri dan kami hanya orang suruhan awak. Jadi kami mes-" Belum sempat Leon menghabiskan ayatnya, tuan puteri memotong kata-katanya.

"Sudah la tu, Leon. Kita dah lama berkawan. Lagipun awak tu lagi tua dari saya." Leon hanya terdiam dengan kenyataan tersebut.

"Bangun la. Jangan melutut lagi." Perempuan itu bangun dan berjalan melepasi Ryan dan Leon menuju ke arah Kris dan Kai.

"Nama saya Hanna. Saya adalah puteri di sini. Awak berdua tak perlu panggil saya puteri. Saya tak suka formal sangat." Hanna memperkenalkan dirinya sambil tersenyum manis.

"Saya dijadikan puteri kerana saya ada kuasa yang jarang ditemui

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya dijadikan puteri kerana saya ada kuasa yang jarang ditemui. Saya ada kuasa untuk mengawal minda orang dengan nyanyian." Jelasnya lagi.

'Penyanyi rupanya... Patut la suara dia merdu.' Bisik hati Kai. "Nama saya Kris. Ini adik kembar saya, Kai." Kris dengan rasa tidak malunya memperkenalkan dirinya dengan adiknya. 'Eh abang aku ni... Tau la aku nak kenalkan diri.

"Leon ada kuasa mengawal tumbuhan manakala Ryan pula ada kuasa elektrik. Mereka ni adalah kestria di sini sebab mempunyai kuasa yang istimewa juga." Jelasnya panjang lebar lagi.

"Apa kuasa awak berdua?" Tanya Hanna. "Ehem!" Semua mata tertumpu pada Leon yang sedang berdehem. "Tuan puteri... Mereka bukan dari dunia ni..." Bisik Leon kepada Hanna.

Kira-kira 5 minit kemudian, baru Hanna dapat memproses kata-kata Leon dengan betul.

(Author: Alahai... Lambatnya...
Hanna: Diam la, author! *blushing*
Author: Sori la, readers sekalian... Hanna ni lembab sikit orangnya. XD
Hanna: AUTHOR!!! *kejar author*)

"Oh... Jadi mereka berdua ni tak ada kuasa la ya...?" Hanna hanya mengangguk-angguk sambil menyatakan pernyataan yang sudah terang lagi bersuluh itu.

Leon hanya mengeluh dengan perangai puterinya itu. Ryan pula dah mula mengantuk dan hampir terjatuh. "Sebenarnya... Apa maksud awak dengan kuasa?"

"Setiap orang dalam dunia ni mempunyai kuasa tersendiri, tak kira apa bentuk kuasa pun. Contohnya kuasa menerbangkan benda, membaca fikiran orang lain, berlari dengan laju dan banyak lagi." Ryan menjelaskan segala-galanya yang Kai tanya.

"Jadi korang tau kitorang dari dunia lain sebab kitorang tak ada kuasa?" Leon dan Ryan mengangguk tanda ya. Tempat itu kembali sunyi.

"Tapi..." Setelah lama tempat itu sunyi, Hanna telah memecahkan kesunyian tersebut.

"Macam mana awak berdua boleh sampai sini?" Hanna telah menunjukkan tanda-tanda dia mula menjadi serius.

"Ceritanya macam ni..." Kai sudah mula membuka bicaranya.

SKIP TIME WAKTU PENJELASAN...

"Faham tak?" Kata-kata penutupan bicara Kai.

"Jadi mana rantainya?" Kris dan Kai berpandangan satu sama lain lalu mengeluarkan rantai yang mereka berdua pakai. "Ini rantainya." Mereka menunjukkan rantai itu pada Hanna.

Hanna kelihatan terkejut. "Rantai ni..." "Kenapa dengan rantai ni tuan puteri?" Leon hairan dengan puterinya. Hanna terus melutut di depan Kris dan Kai sambil berkata, "Awak berdua adalah orang yang terpilih untuk menjadi kesatria yang menolong kami dalam misi ini."

"EH?!" Semua orang di dalam bilik itu kecuali Hanna terkejut. "Kami berdua ni?! Kesatria?! Tak mungkin!" Bantah Kai. "Kami berdua ni tak ada kuasa. Macam mana kami boleh jadi kesatria dan tolong awak?" Kris bertanya.

"Mendiang ibu saya dah banyak kali bercerita tentang 'Kesatria Terpilih' akan datang untuk menyelamatkan kita semua semasa saya masih kecil. Dia cakap dua orang 'Kesatria Terpilih' tu datang dari dunia yang lain daripada kita. Untuk mengetahui mana satu kesatria tersebut, mereka berdua pakai seutas rantai loket bewarna merah dan biru." Hanna menceritakan kenangannya.

"Jadi... Kami berdua ni... 'Kesatria terpilih' tu?" Kai mengulang semula ayat tersebut kerana belum mempercayai sepenuhnya.

"Perlu ke saya jelaskan sekali lagi?" Hanna membuat muka datar. "Sepatutnya mereka berdua ni ada kuasa la kan?" Tanya Ryan.

"Sepatutnya la..." Hanna menjawab ringkas. "Hanna." Kris memanggil. Semua mata tertumpu pada Kris.

"Tadi awak ada cakap pasal tolong awak semua dalam sebuah misi kan? Apa misi tu?"

"Misi tu adalah untuk menyelamatkan semua orang dari seluruh kingdom di dunia ni. Sejak kebelakangan ni, banyak peperangan telah tercetus. Ada kingdom yang musnah, dijajah, dan ada juga penduduk kingdom lari ke tempat yang tersembunyi dan tidak diketahui." Kai hanya menunduk sambil hatinya berkata, 'Kesiannya mereka...'

Setelah lama Kai mendiamkan diri, Kai mula membuka mulutnya semula. "Macam mana nak guna kuasa?"

Kris terkejut dengan soalan Kai tetapi hanya berdiam diri sahaja.

"Saya pun tak tahu. Kuasa saya muncul sejak saya kecil lagi. Sepatutnya awak berdua dah ada kuasa." Sahut Hanna.

"Mungkin mereka berdua boleh dapat kuasa melalui latihan!" Cadang Ryan dengan gembira. Hanna terkejut besar dan berkata, "Sejak bila Ryan jadi pandai ni?!"

"Kenapa pula saya tak pandai?!" Kris dan Kai hanya ber-sweatdrop manakala Leon pula cool like always.

"Kalau macam tu... Jom kita mulakan latihan sekarang!" Teriak Kai gembira.

Kris tersenyum pada Kai. Kris tidak dapat berbuat apa-apa dengan keputusan itu lalu hanya setuju.

Bermula la latihan mereka mencari kuasa...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
TO BE CONTINUED...
.
.
.
.
.
.
Terima kasih korang sudi meninggalkan vote😄 Hope korang still enjoy cerita ni😆

The Adventure of Twin BrothersWhere stories live. Discover now