Bab 19

888 77 11
                                    

"Mmmm~~ Sedapnya coklat ni~~ Nasib baik abang Ryan bagi ambil buah koko ni kan?" Mulut Kai comot dengan coklat yang dimakannya. Kris pula lapkan mulut Kai.

Flashback...
.
.
.
"Errr... Kakanda... Boleh tak adinda nak ambil sikit buah vriolate kat kingdom ni?" Ryan yang mukanya sudah comot dengan darah membuat muka yang comel.

"Nak buat apa?" Klaus mengambil sapu tangan milik pengawal peribadinya lalu mengelap darah pada muka Ryan.

"Nak buat coklat. Boleh?" "Coklat? Apa tu?"
.
.
.
Flashback end...

"Akhirnya kita buat coklat dengan Raja Klaus..." "Tapi sedapkan?" Ryan membuat muka gembira sambil menyumbat semua coklat yang ada ke dalam mulutnya.

"Ryan! Jangan la ambil coklat aku!" Bermula la semula adegan kanak-kanak berkejaran.

🐈

Malam itu hanya ditemani bunyi cengkerik dan bunyi arus air sungai yang tenang sahaja. Kelihatan Leon sedang duduk di tepi sungai.

"Aku masih tak rasa penat lagi." Kata Leon. "Aku belum tanya apa-apa lagi pun." Balas Kris dengan senyuman manis. Kris yang baru sampai duduk di sebelah Leon.

Patung biru yang dibeli Leon dipeluknya erat. Leon memandang sahaja tingkah laku kawannya. "Kenapa kau suka sangat kat patung tu?"

"Sebab kau yang belikan~" Kata Kris gembira. "Leon... Boleh aku tanya sesuatu tak?" Tanya Kris. "Tanya je la."

"Mana keluarga kau?" Leon tersentak lalu kembali memandang ke arah sungai. Keadaan sunyi menyelubungi sebentar.

"Diorang dah tak ada." Muka Leon jelas memancarkan riak sedih. Kris mulai rasa serba salah.

"Aku tak-" "Tak apa. Aku tau kau tak tau." Leon hanya menayangkan senyum terpaksa.

"Aku ada sorang adik. Aku sayang sangat kat dia. Tapi dia pun dah tak ada." Sambung Leon. Hampir saja Leon mengeluarkan air matanya.

"Aku ingatkan aku akan keseorangan sampai bila-bila. Tapi bila sampai sini, aku rasa diorang semua keluarga aku." Leon merenung ke arah sungai sambil tersenyum sedikit.

Kris mula mengalihkan pandangan ke arah sungai tanpa berkata apa-apa.

Bunyi cengkerik di tepi sungai itu kedengaran lebih panjang.

"Ah! Baru aku ingat!" Kris mula memecahkan kesunyian di situ. Leon mula memandang Kris.

"Hanna cakap kat kampung sebelah ada buat festival sukan minggu depan. Hana suruh kita berlatih untuk sertai acara tu." Kris tersenyum-senyum mengatakan perkara tersebut.

Sememangnya Kris suka bersukan. Di sekolahnya, hampir kesemua sukan dia dan Kai meraut segala kejuaraan.

"Sukan..." Muka Leon bertukar pucat. "Hmm? Leon? Kau okey tak?" Kris menjenguk sedikit ke muka Leon dengan rasa bimbang.

"Hah? Tak... Tak ada apa-apa la. Hmm.. Aku tiba-tiba rasa mengantuk pula. Aku pergi tidur dulu." Leon segera beredar dari tempat itu.

Kris hanya menyengetkan kepalanya hairan melihat kelakuan Leon.

🐈

Seperti biasa, di padang rumput yang luas terbentang itu dihadiri beberapa manusia yang berniat untuk berlatih di situ.

"Kali ni kita berlatih lari berpagar." Kata Hanna dengan sangat bersemangat. Setiap kali latihan, dia, Kris dan Kai adalah orang yang paling bersemangat.

Manakala Kira, Ryan dan Leon sebaliknya. Leon pula jarang datang ke latihan sukan.

"1! 2! 3! 1! 2! 3!" Suara Kris, Kai dan Hanna bergema semasa mereka sibuk memanaskan badan.

"1... 2... 3..." Ryan dan Kira hanya mampu mengikut sahaja.

"Kenapa kita kena masuk acara sukan tu?! Tak suka la!" Ryan menjerit secara tiba-tiba.

Akibat jeritan tersebut, kepalanya diketuk kuat oleh Hanna.

"Mestilah untuk sihat! Tengok badan kau ni. Sebab dah banyak sangat makan coklat, kau nampak tembam tau tak?" Kata-kata yang menyentapkan hati Ryan dilontarkan begitu sahaja.

"Kesian Ryan dikutuk macam tu." Kai menahan ketawanya manakala Kris dan Kira hanya mampu bersweatdrop.

"Hmmph!" Ryan memalingkan mukanya sambil mengembungkan pipinya dan memeluk tubuh.

"Tapi kan... Kenapa Leon tak nak berlatih sekali?" Ryan mengabaikan peristiwa tersebut dengan cepat lalu dia terduduk kemalasan di rumput.

"Mungkin sebab dia trauma masa sukan 2 tahun lepas." Kira membalas Ryan sambil menyertai Ryan bermalas-malasan di rumput.

"Hmmm... Betul juga tu..." Ryan mula bergolek-golek macam pelam busuk kat tanah.

"Hah? Apa jadi 2 tahun lepas?" Persoalan ini mula timbul di hati Kris dan Kai dan semua readers yang tidak mengetahui.

"2 tahun lepas..." Kris dan Kai mula tertarik hendak mendengar cerita Hanna.

"2 tahun lepas...?" Kris dan Kai menghampiri muka Hanna dengan penuh tanda tanya.

"Dia..." Hanna menyambung semula perlahan-lahan.

"Hmmmm...?" Si kembar itu mengangguk sedikit.

"Tak nak la bagitau. Nanti korang tau la sendiri. Dah! Jom kita sambung latihan!" Hanna mula mangabaikan soalan yang penuh tanda tanya tersebut.

"Hah?! Nak sambung ke?! Malas laaa!!" Ryan meronta-ronta seperti kucing enggan mandi.

"Jangan nak mengada-ngada!" Hanna memijak-mijak Ryan yang tergolek-golek itu.

🐈

Hari pun telah senja. Mereka semua pulang dengan keadaan basah lecun. Selepas siap mandi, mereka semua dijamu dengan makan malam.

"Penatnya hari ni..." Kai sudah meletakkan kepalanya di atas meja.

"Jangan la lemah sangat macam ni! Hari sukan dah nak mula lagi 3 hari! Jadi kita kena berlatih bersungguh-sungguh!" Hanna berkata sambil matanya bersinar-sinar.

Makanan pun telah terhidang di meja makan. Dalam masa yang sama, Leon mula memunculkan dirinya.

Dia mengambil tempat kosong di sebelah Kris. Semua rakan-rakannya yang lain memandang Leon.

"Hmm? Kenapa?" Leon bertanya dengan mukanya yang selamba. "Kau pergi mana tadi?" Kris melontarkan soalan.

"Jalan-jalan." Dengan jawapan yang ringkas, Leon tidak membalas apa-apa lagi.

Selesai mereka makan, Leon terus menghilangkan dirinya semula.

Dalam hati Kris an Kai hanya timbul perasaan pelik. Pelik dengan rahsia Leon.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
TO BE CONTINUED...
.
.
.
.
.
.

The Adventure of Twin BrothersWhere stories live. Discover now