Bab 13

1.1K 94 56
                                    

"Aku pun tak tahu. Siapa Raja Eleract tu? Kenapa nama keluarga aku sama macam dia?" Ryan menjadi bingung sambil memegang kepalanya dengan tangan kirinya.

"Orang yang selamatkan aku tadi pun... Panggil aku 'Tuan Putera'. Aku ni putera ke? Tapi aku langsung tak ingat apa-apa pasal benda tu." Bertambah-tambah Ryan bingung.

Leon berasa terkejut kerana terdengar bunyi sesuatu menghampiri mereka. "Siapa tu?!" Leon melantangkan suaranya.

Yang lain hanya terkejut sebab Leon tiba-tiba menjerit. "Kenapa kau jerit tiba-tiba ni, Leon?" Kai mencebik tanda tidak puas hati.

(Leon mempunyai deria pendengaran yang sangat tajam. Jadi tak semua orang dapat dengar apa yang Leon dapat dengar.)

Riak wajah Leon langsung tidak berubah. Perhatiannya sekarang hanya tertumpu pada benda yang menghampiri mereka.

Perlahan-lahan Leon mengeluarkan anak panahnya lalu diletakkan pada busur. Dia menyasarkan anak panah tersebut ke arah semak-samun.

"Leon?" Kris, Kai dan Ryan berasa semakin pelik dengan perangai kawan mereka itu.

...

...

...

...

...

...

...

Ada sesuatu benda keluar daripada semak-samun di mana tempat Leon menyasarkan anak panahnya lalu Leon segera melepaskan anak panahnya ke arah objek tersebut.

ZZUPP!!

Seorang lelaki dengan tangkasnya menangkap anak panah yang dilepaskan oleh Leon sebelum anak panah tersebut hinggap di mukanya. Lelaki itu melemparkan anak panah itu ke tepi.

"Siapa kau?!" Leon menengking lelaki itu. Lelaki itu pula tidak menghiraukan Leon lalu berjalan menghampiri Ryan. Bajunya dipenuhi darah. Mungkin darah milik Lauren sebab lelaki tu tidak kelihatan seperti terluka.

Dia melutut di hadapan Ryan. "Tuanku. Patik dah pun hapuskan orang yang ingin menbunuh tuanku tadi." Katanya masih melutut.

Ryan hanya terkelu lidah tidak berkata apa-apa. Sudah la dia sedang bingung. Bertambah lagi orang yang membuatkan kepalanya serabut. Hati si penulis ini juga semakin panas.

"A-aku bukan p-putera la! M-mungkin k-kau salah orang ni!" Ryan tergagap-gagap ingin menafikan dirinya seorang putera.

"Ya! Betul tu! Tak mungkin si budak kecil Ryan yang curi coklat aku ni seorang putera!" Kai membantu Ryan menafikan pernyataan itu walaupun sedikit kasar.

"Woi." Ryan membuat muka poker. "Apa? Betul la kan?" Lelaki misteri itu memberi jelingan tajam kepada Kai. Kai mula menjadi takut. "Ok ok.. Tak betul tak betul..."

"Tuanku Ryan. Sebenarnya, tuanku yang sepatutnya menjadi Raja Eleract." Semua orang menjadi lebih terkejut daripada tadi. Wajah Ryan pula mulai pucat.

"Apa?! Kenapa pula aku?! Aku langsung tak tahu apa-apa pasal Eleract Kingdom! Macam mana pula kau boleh tahu aku yang sepatutnya jadi Raja Eleract?!"

"Tuanku..." Lelaki itu menjadi serba salah untuk menceritakan cerita yang sebenar kepada Ryan.

"Patik, Fred Scratcher, telah diperitahkan oleh mendiang Maharani Eleract untuk melindungi tuanku daripada abang tuanku, Klaus Eleract." Fred memperkenalkan dirinya.

(Gambar Fred ada di Bab 12)

"Abang? Aku ada abang?" Ryan seperti tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Fred. Fred mengangguk.

"Disebabkan tidak puas hati, abang tuanku sanggup cuba untuk membunuh tuanku supaya dapat merampas takhta sepenuhnya."

"Kalau aku ialah seorang putera, sudah semestinya aku ada memori di istana, kan? Tapi aku langsung tak ingat apa-apa pasal istana." Ryan masih ingin mendapatkan kepastian yang sahih.

"Itu sebab memori tuanku telah dipadam." "K-kenapa?" "Demi melindungi tuanku, mendiang Maharani Eleract telah menyuruh beberapa orang ahli sihir diraja untuk padamkan memori tuanku dan bawa tuanku ke tempat yang jauh dari Eleract Kingdom."

"Selama ni, patik yang jaga tuanku sehingga kini." Ryan membulatkan matanya tidak percaya. "Ye ke?! Aku tak pernah nampak kau pun selama ni?" Ryan menyengetkan kepalanya sedikit. Nampak innocent la konon.

Fred tersenyum sambil berkata, "Kenal tak orang ni?" Mula la keluar asap nipis dari badan Fred. Asap itu semakin menghilang dan....

"EMAK?!" Ryan kalau boleh nak terkeluar anak tekak menjerit kuat-kuat. Semua orang kecuali 'mak' Ryan ternganga melihat peristiwa yang tidak dijangka di depan mata mereka.

"Ya. Patik boleh menyamar menjadi sesiapa sahaja dan boleh meniru kuasa milik orang yang ditiru." Dengan menggunakan suara 'mak' Ryan, dia berkata begitu.

"Jadi selama ni mak Ryan tu lelaki la? Pfftt.. Lelaki boleh beranak." Kai berbisik dan hanya Leon dan Kris sahaja yang mendengarnya.

"BWAHAHAHAHAHA!!" Kai ketawa terbahak-bahak. Kris terketawa kecil. Manakala Leon cuba untuk tahan dari terketawa.

BONGG!!

Bonggolan merah mula tumbuh di kepala Kai akibat diketuk oleh Fred. Masa tu la Kris bimbang akan Kai. Leon pula berdehem sedikit dan buat macam tak ketawa langsung tadi.

"Err... Umm... Arr..." Ryan tak tahu apa yang harus dia katakan. Si penulis pun tak tahu apa yang nak ditulis.

"Buat masa sekarang, lebih baik jangan fikirkan pasal perkara ni dulu. Mungkin lepas ni abang tuanku akan hantar orangnya untuk membunuh tuanku lagi." Fred bertukar semula menjadi dirinya yang asal.

"Habis tu? Apa yang kita nak buat?" Ryan bertanya dengan rasa bimbang.Fred memandang Ryan dengan serius.

"Kita akan larikan diri. Ke tempat yang abang tuanku tak tahu." Rakan Ryan terkejut mendengar penjelasan tersebut.

"Maksudnya... Memori Ryan akan dipadam sekali lagi ke?" Fred hanya memejamkan matanya. Tidak mengangguk, tidak menggeleng dengan pertanyaan Kai.

"Kalau sampai memori Ryan dipadam, kami tak kan benarkan. Leon bersedia untuk menyerang Fred menggunakan pedang berwarna hijaunya. Kai bersedia dengan bebola api ditangannya. Kris pula bersedia dengan pisau belati di tangan kirinya.

(Kris sebenarnya kidal. Dia pandai berlawan guna pisau belati sementara menunggu kemunculan kuasa dia.)

Ryan dilindungi di belakang mereka bertiga. Ryan tidak mampu untuk berlawan dengan Fred sebab dia tahu Fred tu kuat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TO BE CONTINUED...
.
.
.
.
.
.

The Adventure of Twin BrothersWhere stories live. Discover now