Bab 10

1.1K 106 11
                                    

Kai's POV

"Hmmm..." Aku cuba untuk membuka mata perlahan-lahan. Terangnya... Kat mana ni? Aku cuba untuk bangun. "Ngh!" Sakitnya badan aku... Apa yang dah jadi?

Aku cuba mengimbas kembali apa yang aku telah lalui sebelum ini. Tetapi aku gagal untuk mengingatinya. Apa dah jadi? Aku kat mana? Bermacam-macam soalan yang timbul di kepala.

"Kai. Awak dah sedar?" Aku terdengar suara seorang perempuan yang sedang kebimbangan. "Kejap. Saya pergi panggil tabib." Bunyi tapak kakinya lama-kelamaan semakin menghilang.

Aku buka mata sekali lagi. Aku... Bukan kat tepi sungai tu lagi? Kat mana ni? Aku mendapati badanku dibalut dengan kain kasa. Ada sedikit darah terkena padanya. Mungkin luka aku.

Terdengar lagi bunyi tapak kaki masuk ke dalam bilik aku ditempatkan. Bukan dua orang. Tapi bunyinya banyak.

"Kai! Kamu dah sedar? Syukurlah!" Wajah pertama yang aku nampak adalah abang. Dia kelihatan sangat lega. Aku cuba untuk bangun lagi. Abang bantu aku untuk bangun. Leon, Ryan dan Hanna turut berada di sini.

"Kai. Boleh kamu gerakkan jari-jari kamu?" Tabib datang untuk memeriksa keadaan aku. Aku menggerakkan jari-jemariku tetapi terasa sedikit keras.

"Dia baik sahaja. Minggu depan mungkin dia akan sembuh." Tabib itu memberikan ubat-ubatan untuk aku. Ubat tu bukan pil, tapi herba. Herba ni kena bancuh dengan air suam. Lepas tu minum macam tu je. Euwww... Kai tak suka herba...

Demi pulihkan diri, aku terpaksa juga mengambil herba tu... "Abang." "Hmm?" "Apa yang dah jadi? Kenapa Kai ada kat sini?" Abang berasa serba salah untuk memberitahu perkara sebenar.

"Kau betul-betul tak ingat ke?" Aku hanya menggeleng-geleng. "Sebenarnya..." Ryan menjelaskan semua yang terjadi, dari aku dan Ryan menolong Leon dan abang sehinggalah aku dibawa ke sini.

"Tapi... Kan korang kena sekali. Kenapa luka korang semua macam dah pulih, tak macam luka aku?" Semua orang berpandangan sesama sendiri sehinggalah abang bersuara, "Sebenarnya Kai... Kamu tak sedarkan diri selama 3 minggu. Sebab tu la luka kitorang dah nak sembuh. Kitorang dah sedar 3 minggu yang lepas."

A...pa?! 3 minggu?! Aku bagaikan tidak percaya dan hanya membesarkan mata. "Yang penting kamu dah sedar. Abang rasa bersyukur sangat." Abang memelukku dengan erat.

BEBERAPA HARI KEMUDIAN...

Aku dah semakin pulih. Gerak pun dah laju sikit. Tapi ada kelainan sikit lepas aku dah sedar. Bila aku petik jari je, ada api keluar. Wow... Kai dah ada kuasa la. Boleh la rasa bangga sikit.

Macam biasa la. Kitorang adakan latihan di padang. Loki pun ada sekali. Datang menjenguk la katanya. "Bagus la kau dah sihat! Tapi ikut juga pesan doktor. Jangan paksa diri sangat." Pesan si Loki macam mak nenek. "Yelah, Loki... Aku tau la jaga diri..."

"Kau datang sini sebab nak berlatih juga ke?" "Tak la. Aku datang sini sebab ada bidadari cantik. Chiaa~~" Loki membuat lawak hambar+krik kriknya tu. "Jangan la buat muka macam tu! Layankan la sikit!"

"Malas aku nak layan playboy macam kau ni." "Playboy? Apa tu?" Loki membuat muka innocentnya. "Playboy tu kau la! Kaki perempuan." "Mana ada aku kaki perempuan! Perempuan tu yang goda aku!" Macam la ada perempuan nak goda kau. "Suka hati kau la. Malas aku nak layan." Aku berjalan ke arah Ryan pula meninggalkan Loki di belakang.

"Apa yang korang bualkan?" Ryan bertanya. "Bual kosong je." Malas aku nak bagitau orang. "Kau pergi la berlatih guna kuasa tu dulu." "Aip. Menghalau nampak." "Bukan halau la... Cuma... Malas nak tengok muka kau je." "Yelah... Aku pergi berlatih."

Hmmm... Macam mana nak keluarkan kuasa besar tu? Macam ni ke? Aku membuat pelbagai gaya. Tetapi tak de keluar pun kuasa terulung aku tu. Aku pandang abang. Abang tengah sibuk berbual dengan Leon. Huh... Mengeluh je la aku boleh buat...

🐈

"Huaarrgh... Penatnya..." Aku meregangkan sedikit badan. "Okey tak, Kai?" Abang selalu tanya kalau aku okey atau tak. "Tak ada kuasa yang keluar pun... Penat je..." "Habis tu, kau buat gaya entah apa benda. Pastu merapu sorang-sorang. Takut aku nak tolong. Ingatkan kau nak sumpah orang." Aku perasan Ryan perhatikan aku masa latihan, tapi dia tak nak tolong pun. Rupanya tu alasan dia.

"Dah la tu... Jom pergi makan." Abang menukar topik untuk mengubah suasana di sini. Krruuukk~~ Perut dah berbunyi ni. Perfect timing sangat. "Jom!" Tiba-tiba rasa bersemangat pula nak makan.

"Hari ni... Mak aku masak makanan kegemaran aku! Yay!" Ryan gembira sangat sampai melompat-lompat macam budak kecil. Loki ada kat sini lagi. Dia kata dia dapat cuti 3 hari. Jadi dia bermalam di kampung ni juga.

Tapi dia tak duduk dengan kitorang. Dia sibuk duduk dengan Hanna dengan Kira. "Makan la. Jangan malu-malu nak tambah." Pelawa mak Ryan. "Terima kasih mak cik."

"Aku dengar Ghallian Kingdom serang Miffa Kingdom 2 hari lepas. Aku rasa diorang masih ada kat sana lagi." Hari ni Leon duduk dengan kitorang. Tak tau la apa jadi dengan angin dia sampai duduk makan dengan kitorang ni.

"Kalau macam tu, apa kata kita serang diorang kat sana?" Cadang Ryan. Leon menggeleng. "Aku rasa kita tak boleh serang diorang buat masa sekarang ni. Kita pun belum pulih sepenuhnya."

"Habis tu macam mana?" "Kita kena tunggu untuk sembuh sepenuhnya. Kemudian kita kena rancang sebaik mungkin untuk menyerang Ghallian Kingdom." "Sebelum tu, kita kenalah mantapkan lagi kuasa kita. Barulah lebih senang kita menjatuhkan mereka."

Pada malam itu, kami menghabiskan perbicaraan yang serious itu dengan acara parti makan malam seperti biasa.

Kai's POV end

.
.
.
.
.
.
.
.
.
TO BE CONTINUED...
.
.
.
.
.
.

The Adventure of Twin BrothersHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin