Bab 2

1.7K 133 14
                                    

Kris' POV

"Sebenarnya... Ceritanya macam ni..."

Flashback
.
.
.
"Kat mana ni...? Kai? Kamu ke tu?"

Aku ternampak lembaga seorang lelaki datang menghampiri aku. Kai? Itulah soalan yang timbul dalam fikiran. Tapi... Orang tu macam bukan Kai. Siapa dia?

Semakin lama lembaga itu semakin menghampiri dan aku boleh nampak jelas wajahnya. Dia bukan Kai. Mata dia jelas menunjukkan dia ingin membunuh.

Bunuh siapa? Aku toleh kiri dan kanan tetapi tiada sesiapa kecuali aku. Aku sangat pasti dia ingin membunuh aku. Peluh aku mengalir semakin deras dan membasahi mukaku.

Lelaki tu menarik pedangnya dari belakang. Aku bersedia untuk lari. Saat lelaki itu mengeluarkan penuh pedangnya, aku terus bangun dan berlari ke arah bertentangan sepantas kilat.

Lelaki tu mengejar aku! Tidak! Aku kena lari laju lagi! Semakin lama aku kehabisan tenaga.

THUD!!

Alamak! Aku terjatuh kerana tersadung seketul batu. Lelaki tadi semakin menghampiri dan akhirnya berhenti di hadapan aku. Aku tak dapat bangun kerana terlalu letih.

Lelaki itu mula menyerang aku! Aku berguling ke tepi untuk mengelak serangannya. Aku cuba bangun lagi untuk melarikan diri. Tetapi...

Pedangnya terkena lenganku. Lengan bajuku terkoyak dan darah merah pekat mengalir keluar.

Sakit! Aku mengerang kesakitan. Aku memberanikan diri untuk berlawan dengannya. Aku tak nak lari lagi. Walaupun aku tahu risiko untuk aku mati terlalu tinggi. Tapi sampai bila aku nak lari? Sampai dunia ni berakhir? Lebih baik aku berdepan dengan orang ni walaupun dengan tangan kosong.

'Kai, kalau abang tak dapat jumpa kamu, jaga diri baik-baik.' Bisik aku di dalam hati walaupun aku tahu Kai tak akan dengar.

Suasana malam yang sunyi itu menambahkan lagi semangat rasional aku. Aku dan lelaki dingin tu saling berpandangan.

Tajamnya pandangan dia... Tapi tu tak cukup untuk buat aku takut. Badan dia pun nampak sasa... Mataku melirik ke arah susuk badannya itu. Aku berdiri teguh sambil tangan kiriku memegang lengan kananku yang berdarah.

Dia berlari ke arah aku sambil melibaskan pedangnya yang tajam! Aku menundukkan kepala dan menyerang kakinya. Mujur aku mendapat tali pinggang hitam dalam Taekwando. Dia terjatuh ke tanah.

Kali ni aku pula yang mula menyerang. Dia mengelak dan mengambil semula pedangnya. Macam mana nak kalahkan dia ni?

Aku berfikir sejenak sehingga tidak perasan dia sudah mula menyerang aku. Tak guna! Aku tak dapat bergerak! Aku tidak sempat mengelak lalu terbaring di tanah.

Mata aku terbentang luas. Pedangnya mengena pada aku. Darah menitik dengan laju. Jantung aku berdegup kencang. Adakah... Aku... Akan... Mati... Di sini...?

Tak mungkin aku akan mati. Kenapa?

Sebab pedang tu cuma terkena telinga aku sedikit je. Jauh dari mati.

Disebabkan pedang dia dekat sebelah aku ni terbenam sedikit dalam tanah, aku dapat menendang perut lelaki tu semasa dia hendak mengambil pedangnya.

"UGH!" Desahnya kuat. Aku bangun seraya mengambil pedangnya yang tercacak di sebelah aku. Dia hanya memandang aku sambil memegang perutnya.

Sakit sangat ke? Aku tendang kuat sangat ke? Sorry!! Aku buat macam tu sebab terdesak!

Lelaki itu memandang aku dengan tatapan maut tetapi hanya berdiri diam di tempatnya terjatuh. Kenapa dia diam je? Dia tahu ke ni baru pertama kali aku pegang pedang?

The Adventure of Twin BrothersWhere stories live. Discover now