Bab 17

987 97 19
                                    

"Besarnya istana ni..." Ryan yang begitu teruja berada di hadapan semua orang.

Mereka semua dibawa mengelilingi kawasan istana oleh seorang pemuda ataupun pemandu pelancong. Dari taman bunga istana, sehingga ke bilik pameran adat dan budaya.

"Dah macam muzium pula tempat ni." Kata Kai sambil melihat barangan antik di sekelilingnya.

"Sekarang kita akan bergerak ke bilik yang seterusnya." Pemandu pelancong itu keluar dari bilik barangan antik diikuti remaja-remaja di belakangnya.

Dalam perjalanan mereka ke bilik lain, mereka terserempak dengan seorang lelaki kacak bersama pengawalnya yang tegap.

Pemandu pelancong terus tunduk hormat ke arah lelaki itu. Mereka yang lain hanya mengikuti tingkah laku pemandu pelancong tersebut.

"Adakah mereka semua ini pelawat yang datang?" Tanya lelaki itu dengan sopan.

"Ya, tuanku. Patik hendak bawa mereka semua ke bilik pameran senjata." Kata pemandu pelancong.

Ryan terkejut dengan bahasa yang digunakan pemandu pelancong itu. 'Tuanku?' Bisik hatinya.

Lelaki itu mula memperkenalkan dirinya. "Beta ialah Klaus Eleract, raja kingdom ni. Selamat datang dan selamat berkenalan beta ucapkan." Ucap Raja Eleract dengan senyuman manis.

"Apa kata kamu bawa mereka ke bilik istirehat dahulu? Cik adik bertiga ni nampak seperti keletihan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa kata kamu bawa mereka ke bilik istirehat dahulu? Cik adik bertiga ni nampak seperti keletihan. Beta mesti pergi ke bilik mesyuarat dengan segera. Jadi beta minta diri dahulu." Sambungnya lagi lalu pergi meninggalkan mereka semua selepas menerima tunduk hormat.

Selepas sudah jauh Raja Eleract meninggalkan mereka, pengawal peribadi Raja Eleract mendekatkan dirinya kepada majikannya lalu membisik dengan nada yang hanya mereka berdua dengar, "Tuanku pasti ke nak buat macam tu?"

Raja Eleract pula menjawab, "Memang itu yang aku mahukan." sambil menyeringai.

🐈

"Inilah bilik istirehat untuk kamu semua. Selepas 30 minit, saya akan datang untuk menjemput kamu semua." Kata pemandu pelancong itu lalu menutup pintu dan meninggalkan mereka semua di bilik istirehat.

Bilik istirehat ni sangat besar. Lantainya berjubin berwarna hitam putih seperti papan catur. Setiap jubin besarnya boleh memuatkan seorang. Ada sebuah sofa panjang, dan beberapa katil bersaiz queen.

Setelah lama pemandu pelancong itu beredar, mereka semua kembali kepada diri mereka yang asal.

"Aku tak boleh tahan lama-lama kuasa ni. Nanti tenaga aku terus habis." Kata Fred yang sudah terbaring di sofa.

"Selama ni boleh je kau bertahan jadi mak Ryan." Sindir Loki. "Selama ni aku guna kuasa untuk diri aku sendiri je. Sekarang ni aku guna kuasa untuk orang ramai. Mesti la lagi banyak kuasa aku guna. Tu pun tak tau." Balas Fred.

Ryan yang tidak berkata apa-apa hanya memegang dadanya dengan ekspresi terkejut.

"Kau kenapa, Ryan?" Kai mendekati kawan baiknya itu. "Tak ada apa-apa... Cuma... Betul ke dia abang aku?" Ryan memandang tepat pada Fred.

"Ya. Itulah abang tuanku. Kenapa?" Fred bangkit dari pembaringannya. Ryan hanya mendiamkan diri sambil melihat kakinya.

'Aku rasa macam tak sedap hati.' Ryan bermonolog sendirian.

"Cantiknya pasu ni..." Hanna hampir menyentuh pasu bunga itu lalu jubin yang dipijaknya terbuka menyebabkan dia terjatuh ke dalamnya.

"Wahhhhhh!!!" Hanya jeritan Hanna saja kedengaran. "TUAN PUTERI!!" Leon yang mula panik berlari ke tempat Hanna terjatuh. Tetapi dia tidak sempat mengelak kepingan jubin yang terbuka lalu dia turut jatuh ke bawah tanah.

Kira yang berdiri di suatu tempat kerana ketakutan juga terjatuh di jubin yang dipijaknya.

Kris dan Fred juga terjatuh ke dalam jubin yang dipijak masing-masing.

"Apa yang dah jadi ni?!" Tanpa disedari, Kai juga terjatuh ke dalam jubinnya.

"Apakah?!" Akhirnya, Ryan jatuh ke dalam jubin yang dipijaknya juga.

"Woahhhhh!!!!" Ryan menjerit di dalam gelongsor yang tak tahu hendak bawanya ke mana.

Semakin lama gelongsor itu tiba ke penghujungnya. Ryan terjatuh di sebuah tempat berlantaikan tanah.

"Aduh..." Ryan mengusap punggungnya yang kesakitan. 'Kat mana ni...?' Monolognya sendiri.

Tempat itu sungguh gelap dan sunyi. Tiba-tiba dia terdengar bunyi rantai berlaga dan suara kawan-kawannya secara samar-samar.

"Korang!!! Korang kat mana?!" Ryan terjerit-jerit memanggil kawannya. "Ryan... Kitorang kat sini..." Ryan terdengar lagi suara samar-samar kawannya.

"Hahaha..." Suara seorang lelaki sedang tergelak kedengaran. Bunyinya seperti tidak jauh dari Ryan.

"S-siapa tu?!" Kata Ryan gugup. Disangkanya mungkin hantu.

"Libasan Kilat!" Belakang badan Ryan diserang. Ryan tidak sempat mengelak lalu terpelanting jauh.

"Ughhh..." Ryan cuba bangkit tetapi kakinya pula diserang. Ryan terjatuh sekali lagi.

'Siapa dia tu?' Ryan hanya mampu bermonolog sendiri. Dia memejamkan matanya lalu menarik nafas dalam-dalam.

Ryan meneliti bunyi yang ada di sekelilingnya.

Tup tup tup...

Bunyi halus tapak kasut menghampirinya didengari.

Ryan segera menarik keluar pedangnya lalu dilibas ke arah bunyi tersebut.

Libasan pedang tersebut menghasilkan elektrik yang boleh menerangi ¼ bilik gelap itu walaupun hanya bertahan selama 1 saat.

Serangan Ryan tidak mengena tetapi dia dapat melihat wajah milik orang yang menyerangnya.

Membutang mata Ryan apabila ternampak wajah orang itu.

"K-Kakanda..." Gumamnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TO BE CONTINUED...
.
.
.
.
.
.

The Adventure of Twin BrothersWhere stories live. Discover now