Bab 8

1.2K 105 4
                                    

Kris' POV

Seperti hari yang lain, kami semua berlatih di padang. Sudah sebulan selepas kejadian bertemu dengan Silver itu. Kai sedang berusaha untuk mengeluarkan kuasanya sekali lagi.

Kai nampak sangat fokus dan tak ingin dikacau. Aku tidak mampu melakukan apa-apa kerana tidak mahu dia terganggu.

Aku sekarang sedang berehat di sebatang pokok yang redup bersama Ryan disisiku.

"Bersungguh-sungguh betul Kai tu." Kata Ryan memulakan bicara. "Dia memang macam tu dari kecil. Ingat lagi masa tu..."

Flashback (11 tahun lalu)
.
.
.
"Kai! Hati-hati! Nanti kamu terjatuh!" Pesan aku dari jauh. Kai sedang cuba mendapatkan seketul batu yang berada di sungai. "Kai tau!" Dia cuba lagi untuk mendapatkan batu itu.

Batu itu kelihatan sangat biasa. Tetapi bagi Kai, batu itu seperti hanya ada satu dalam 10 000 kelahiran.

Kai masih berusaha mendapatkan batu tersebut.

SPLASH!!

Kai terjatuh ke dalam sungai yang tidak dalam itu. "Kai!" Aku berlari mendapatkan adikku yang degil itu.

"Achoo!!" "Tu la. Siapa suruh main tepi sungai?! Kan dah jatuh!" Kami berdua dimarahi oleh Mama sejurus pulang ke rumah dalam keadaan basah-kuyup.

Keesokannya, Kai mengalami demam panas. Aku bimbang dengan keadaannya. Tetapi Kai tidak seperti orang sakit yang lain. Seleranya kian bertambah.

Beberapa hari kemudian Kai pun sembuh dari demam.
.
.
.
Flashback end

"Apa yang jadi bila dia dah sembuh?" "Kai ajak aku pergi ke tepi sungai tu lagi untuk mencari batu yang sama. Akhirnya Kai dapat juga batu tu." Aku menjawab Ryan dengan perasaan gembira.

"Batu apa yang dia ambil sebenarnya?" "Batu tu mempunyai permukaan yang licin. Saiznya kecil sedikit daripada tapak tangan. Warnanya kalau terkena cahaya akan menjadi warna indigo merah." Aku menjelaskan ciri-ciri batu tersebut.

Leon datang menghampiri aku dan Ryan. "Jom kita sambung latihan." Arahnya. Aku hanya mengangguk dan tersenyum sahaja. Leon mulai jalan di hadapan.

"Kita nak pergi mana?" Aku bertanya kerana kami berdua sedang berjalan menjauhi padang latihan. "Ikut je la." Leon membalas dingin. Aku memang sudah tahu perangainya. Jadi aku hanya diam dan ikutkan sahaja kehendak Leon.

Kami hanya berjalan tanpa sebarang bicara sehinggalah kami sampai di tepi sebatang sungai dalam hutan.

"Kenapa kita datang ke sini?" Aku bertanya ragu-ragu. "Saje nak tunjuk kau tempat yang aku selalu pergi." Leon duduk di tepi sungai itu.

Aku buntu dan tak tau nak buat apa. Aku hanya ikut duduk di sebelah Leon. Tempat ni sangat nyaman dan selesa. Kalau rasa stress boleh la datang sini.

"Kenapa kau ajak aku pergi sini?"Aku memeluk lutut. "Bukan ke kau selalu tanya aku pergi mana?" Leon membaling pandangannya ke arah sungai yang mengalir tenang itu.

"Aku tanya sebab aku risaukan kau je." "Kenapa kau nak risaukan aku? Aku ni bukannya penting sangat pun." "Kau tu kawan aku. Mesti la penting." Leon memalingkan mukanya dengan riak terkejut.

"Kawan? Kau rasa aku ni kawan kau ke?" "Ya. Kau la kawan baik aku yang selama ni melatih aku sehingga mahir." Aku memandang wajahnya kembali dengan senyumanku yang datang dari lubuk hati.

Aku ternampak Leon tersenyum kecil dan berkata "Terima kasih." dalam nada yang rendah. Ini lah kali pertama aku nampak Leon tersenyum walaupun sedikit.

Kris' POV end

Tanpa Leon dan Kris sedari, ada satu lembaga sedang mengintip mereka. Lembaga itu tersenyum jahat melihat mereka berdua dari semak.

"Aku tau kau ada kat situ. Keluar sekarang." Tiba-tiba Leon melantangkan suaranya. Dia menoleh ke arah semak di mana tempat lembaga itu bersembunyi.

"Aku ingatkan kau tak tau aku ada kat sini. Lama tak jumpa Leon." Mata Leon membulat terkejut. "Kau...!" "Siapa dia tu, Leon?" Kris tidak mengetahui apa-apa lalu menanya Leon.

"Dia la orang yang aku jumpa kat festival bunga tu." "Kau ingat aku lagi rupanya!" Kata lelaki itu dengan gembira. "Apa yang kau nak?" Balas Leon bernada dingin.

"Aww... Jangan la dingin sangat... Biar aku kenalkan diri aku dulu. Nama aku Klyre Byte. Aku datang dari Ghallian Kingdom."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"...!!" Kris dan Leon terkejut mendengar nama 'Ghallian Kingdom'.
"Kenapa? Terkejut ke? Jangan bimbang. Lepas ni korang tak kan terkejut lagi. Sebab Raja Ghallian mengarahkan aku untuk bunuh korang." Klyre mula tersenyum jahat dan mula menyerang Leon.

"Rantai Pencengkam!!" Keluarlah dua utas rantai di kiri kanan Leon.

"Pelindung Akar!!" Akar-akar tumbuh dari tanah dan melindungi Leon daripada serangan. "Kris! Pergi minta bantuan diorang!" Kris mengangguk lalu berlari untuk mendapatkan orang lain.

Klyre tersenyum. "Jangan harap! Rantai Sangkar!!" Sangkar itu telah mengurung Kris.

"Tch! Tak guna! Tumbuhan berduri!!" Sebuah pokok berduri menjalar lalu melilit tubuh badan Klyre tetapi Klyre sempat mengelak.

"Heh. Tu je yang kau ada?" Klyre tersenyum sinis. "Rantai ular!!" Rantai yang berada di tangan Klyre menyusur seperti ular.

Rantai-rantai ular itu mendekati Leon dan membelit kakinya. Leon terjatuh dan tidak dapat berdiri lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TO BE CONTINUED...
.
.
.
.
.
.

The Adventure of Twin BrothersWhere stories live. Discover now