Bab 15

997 87 7
                                    

"KORANG!!!"

"Hah?! Hanna?!" Ryan dan si kembar Drazer terkejut mendengar jeritan.

Berasap-asap telinga Hanna. Muka dia pula merah menyala. Di belakangnya ada Kira dan Loki yang rambutnya kusut-masai bercampur dedaun.

"Kenapa korang datang sini tak bagi tau aku?" Hanna terlampau marah sehingga menggigil.

"K-Kitorang boleh jelaskan!" Ryan, Kris dan Kai menggigil ketakutan. Kalau boleh, rasa macam nak terkencing dalam seluar.

Hanna kalau baik, macam seorang ibu. Tapi kalau marah... Lagi garang daripada naga.

"K-kitorang sebenarnya..." Sangat sukar untuk Ryan melafaskan kebenaran.

"KORANG APA?!" Mereka diherdik oleh Hanna yang sangat marah ketika itu.

"Kitorang-" "Kitorang nak buat kejutan untuk tuanku." Leon dengan muka selamba berkata begitu.

Semua memandang Leon terkejut. Leon hanya memandang lurus ke arah Hanna.

"Ye ke?" Hanna membulatkan matanya dengan penuh tanda tanya. Semua orang lagi terkejut dengan Hanna. Ini kali pertama mereka mendengar Leon berbohong.

Woi... Leon tipu kau kot... Takkan la tak perasan... Semua berfikiran sama kecuali Hanna dan Leon.

"Kan korang?" Leon menoleh ke arah Ryan, Kai dan Kris yang masih ternganga mulut dengan penipuan Leon. Ryan menggelabah, "Y-ye ye! Betul la tu..." Sambil menggaru pipinya yang tidak gatal.

Wajah Hanna bertukar ceria. "Mintak maaf sebab kacau korang!~~" Hanna ni pantang sangat kalau orang cakap nak buat kejutan untuk dia.

"Macam mana korang boleh tau kitorang kat sini?" Ryan pula yang hairan sebab masa mereka berempat datang ke sini, diorang tak bagi tau kat Hanna pun.

"Tadi kitorang terdengar dua orang makcik cakap korang masuk hutan. Lepas tu kitorang terus pergi sini guna kuasa aku." Loki mengemaskan rambutnya yang kusut-masai.

"Inilah perjalanan 10 minit yang paling memenatkan..." Kira membersihkan dirinya yang dipenuhi dedaun.

"10 minit je korang sampai sini?! Kitorang pun ambik masa beberapa jam nak sampai." Kai tidak mempercayai kata-kata Kira.

"Heh. Tengok la siapa yang bawa." Loki membuat gaya 'cool'nya.

Hanna terperasan Fred sedang terbaring di tanah. "Siapa lelaki tu?" "Dia... Mak aku."

Cengkerik pun berbunyi... Krik krik krik...

"Sejak bila mak kau bertukar jantina ni?" "Sejak aku tahu yang dia ni lelaki."

"Rupanya selama ni mak kau lelaki... Macam mana kau boleh lah-"

PANGGG!!

Belum sempat Loki menyambung jenaka yang tak berapa nak pandainya, tangan Ryan melekat di pipi Loki meninggalkan kesan merah.

"Nak kena lagi?" Ryan bersedia menghadiahkan lagi satu pelempang untuk Loki. Loki menggelang ketakutan.

"Macam mana dia boleh jadi mak kau?" Hanna memulakan semula topik yang terganggu tadi.

Ryan hanya menunduk tak berkata apa-apa. "Biar aku jelaskan." Leon menawarkan dirinya.

SKIP TIME WAKTU PENJELASAN...

"Eleract Kingdom... Aku macam pernah dengar nama kingdom tu... Hmmm..." Hanna berusaha keras untuk mengingati kingdom tersebut.

"Oh!" Kira bersuara. "Kingdom tu!" Kira seperti mengetahui tentangnya. "Kingdom apa tu?" "Kira pernah pergi Eleract Kingdom ni. Tempat tu aman sangat. Raja mereka pula seorang yang baik hati dan pemurah. Tak mungkin dia tu jahat!"

"Tapi itulah yang dikatakan oleh Fred. Lagipun tadi Raja Eleract ada menghantar seorang pembunuh upahan untuk membunuh Ryan." Jelas Kai.

"Tapi orang tu dah dibunuh oleh Fred." Ryan menyambung penjelasan Kai.

Semua orang diam untuk berfikir sebentar. Tak tau apa yang nak dibincangkan dan dituliskan.

"Kira! Kau tau Eleract Kingdom kat manakan?" Tiba-tiba Ryan memegang bahu Kira sambil menggoncangnya.

"Y-ye aku tau. Jangan lah goncang aku kuat-kuat!" Kira menepis tangan Ryan. "Hehe... Maaf..."

"Kenapa kalau aku tau di mana Eleract Kingdom?" "Aku nak pergi ke sana. Aku nak selesaikan urusan ni dengan abang aku."

"Apa?! Ryan! Kau tahu tak benda tu bahaya?! Kenapa kau suka benda yang melibatkan nyawa kau?!" Kai menarik kolar baju Ryan.

Ryan hanya menunduk sambil berkata, "Tapi... Sampai bila? Sampai bila aku nak sembunyi dari abang aku? Lebih baik aku berdepan dengan dia daripada menjadi lemah selamanya. Aku harus bangkit!" Ryan memandang lurus ke mata Kai.

Mata Ryan betul-betul menunjukkan yang dia bersemangat untuk bangkit semula.

"Ryan..." Semua orang kelu lidah untuk berdebat dengan Ryan.

"Kalau Ryan cakap macam tu, aku pun akan ikut." Kris berbunyi. "Aku pun." Leon menyahut sekali.

"Kami berdua akan sertai juga!" Kata Hanna dan Kira serentak. "Kalau Hanna dengan Kira ikut, aku pun sama." Loki turut setuju.

Kai mengeluh lalu tersenyum. "Okey. Aku akan setuju untuk ikut korang sekali." "Tuanku..." Fred yang sedar dari pengsannya mengejutkan semua orang.

"Jangan..." Fred perlahan-lahan bangkit dari pembaringannya.

"Fred. Jangan bimbang akan saya. Selama ni awak dah banyak berjasa kepada saya. Terima kasih." Ryan menghampiri Fred sambil tersenyum manis kepadanya.

Fred pula yang terdiam kerana kata-kata Ryan. Dia mengukir senyuman di bibirnya.

"Lepas tamat semua ni, patik akan masak makanan kegemaran tuanku." Kata Fred sambil menunjukkan gaya 'keibuan'nya.

"Betul ke?! Yay!!" Sorak Ryan kegembiraan. "Ah! Fred! Lagi satu. Jangan la panggil saya 'tuanku' lagi. Kitakan satu keluarga!" Ryan sekali lagi menunjukkan senyumannya.

"Ya! Ryan." Mereka yang sedang menonton hanya tersenyum dengan adegan kekeluargaan antara Ryan dan Fred.

"Jadi apa rancangannya?" Semua orang kembali serius mendengar Leon bersuara.

"Baiklah. Rancangannya macam ni..." Mereka semua berkumpul di dalam bentuk bulatan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TO BE CONTINUED...
.
.
.
.
.
.

The Adventure of Twin BrothersWhere stories live. Discover now