Bab 12

1.1K 95 4
                                    

Ryan's POV

"Huh...? Raja... Eleract...?" Aku hanya terkelu lidah dan tak mampu berkata apa-apa. Raja? Tapi kenapa nama keluarga dia sama dengan aku?

"Maaf. Korang dah buang masa aku." Tanpa membuang masa, Lauren menyerang aku sekali lagi. Kali ni dia melibaskan pedangnya ke atas. Aku sempat mengelak.

Dia cuba menyerang lagi. Dia melibaskan pedangnya dengan sangat lincah. Aku menghalang semua serangan Lauren menggunakan pedang kesayangan aku. Sampai lah serangannya terkena lengan kiri ku. Cecair berwarna merah pekat mengalir keluar dari kesan belahan tersebut.

Kai dan Leon melindungi aku di hadapan. Kris pula berdiri di sebelah aku. "Tolong ke tepi. Aku cuma nak hapuskan Putera Ryan. Bukan korang." Putera?! Aku? Putera? Betul ke?! "Ryan kawan kitorang. Kitorang tak boleh bagi kau hapuskan dia." Dengan penuh bergayanya Kai cakap macam tu.

Lauren diam dan tengok aku dengan tatapan maut. Seramnya... "Ke tepi." Dengan dinginnya Lauren menyuruh Kai dan Leon ke tepi. Kai dan Leon pula tetap berkeras dan melindungi aku.

"Ryan. Diorang cakap diorang akan uruskan perkara ni. Leon suruh kita lari." Kris berbisik kepada ku. Aku hanya memandang Kris. Aku bimbang. Kalau aku lari, Lauren akan bunuh kawan aku sendiri.

Tapi... Kalau aku ada kat sini pun... Tabib cakap, aku belum betul-betul pulih. Lagipun aku tengah cedera. Aku hanya mengangguk dan bawa Kris pergi ke tempat yang lebih selamat. Lauren cuba untuk mengejar aku.

"Perisai Dedaun." Leon menggunakan kuasanya untuk menghalang Lauren. Aku dan Kris terus berlari hingga ke satu tempat yang jauh sedikit.

"Huff... Huff..." Penat kami berlari. "Kris. Kau rasa diorang akan okey ke?" Kris memandang aku dengan senyumannya yang menawan. "Aku yakin diorang akan okey. Kau... Takkan la kau tak yakin pada diorang?" Aku hanya duduk diam berfikir sejenak.

Aku tak tau sama ada aku yakin atau tidak. Lauren tu bukan calang-calang orang. Cara dia main pedang tu... Sangat handal. Tapi aku tak tau macam mana aku boleh menghalang serangan tu.

Badanku bergerak dengan sendirinya. Aku macam... Pernah belajar serangan tu. Tapi bila? "Ryan? Kau okey tak?" Aku terkejut saat Kris memanggil aku.

"Ah? Ya... Aku okey je..." Aku masih berfikir sejenak. Macam mana nak tolong diorang? Diorang okey tak... Risaunya...

Kris dah mula mengurut dadanya. Seperti tidak sedap hati. Muka dia pun nampak pucat sedikit. "Kris? Kenapa ni?" "Aku rasa... Ada sesuatu terjadi kat Kai."

Mungkin diorang kalah? Tu la yang aku tengah bimbang! "Kris! Kau tunggu kat sini!" "Kau nak pergi mana?!" Tanpa menghiraukan Kris aku terus berlari ke tempat 'medan pertarungan' tadi.

"AAARRGH!!" Leon tercampak betul-betul di depan aku. Wajahnya ada banyak darah. Badannya juga mempunyai banyak luka. "Leon!" Aku berlari ke arah Leon. "Bodoh! Kenapa kau kat sini?! Aku dah suruh kau lari kan?!" Leon memarahi aku sambil mengerang kesakitan.

Aku meletakkan Leon perlahan-lahan. "Lauren! Orang yang kau nak adalah aku! Lepaskan diorang!" Aku menjerit ke arah Lauran. Lauren terdengar aku lalu menoleh ke arah aku. Dia sedang mencekik Kai.

Bila dia dah nampak aku, dia hanya melemparkan Kai secara kasar. "Kai!! Kau letakkan dia baik-baik tak boleh ke?!" Lauren tidak mengisahkan Kai ataupun Leon. Fokusnya sekarang hanya pada aku.

Dia terus menyerang aku dengan gerakannya yang pantas. Aku mengeluarkan busur keramat. Aku mula menyerang Lauren bertubi-tubi dengan anak panah petir.

Semua serangan aku dielak dengan pantasnya sehingga dia berada di hadapan aku. "Libasan Maut!!" Dia melibaskan pedangnya. Aura kegelapan mucul membayangi pedang Lauren.

"Perisai Elektrik!" Aku sempat mengeluarkan pedang untuk menepis serangan dia. Aku tak boleh lawan kat sini! Nanti Leon dengan Kai boleh tercedera. Aku perlu umpan dia.

Aku berlari ke tempat yang lebih dalam lagi. Tempat yang tiada orang boleh tercedera. Aku menoleh ke belakang dan nampak Lauren sedang mengekori aku.

Bagus! Aku berhenti di tempat yang agak jauh dari yang lain. "Libasan tanah!!" Lauren melibaskan pedangnya ke tanah.

Tanah yang terkena libasannya mula merekah ke arah aku. Aku melompat untuk mengelak. Tetapi aku tidak sempat mengelak satu lagi serangan oleh Lauren.

Sejak bila...?! "Arrgghh!!" Serangan tu menyebabkan aku tercampak jauh. Aku rebah di tanah dan tak berdaya untuk bangun lagi. Lauren mendekati aku perlahan-lahan.

Lauren perlahan-lahan mengangkat pedangnya lalu melibaskannya ke arah aku. Aku memejamkan mata dan hanya tunggu ajal memanggil.

KLANK!!

Bunyi pedang berlaga kedengaran. Aku pun tak rasa sakit kat mana-mana bahagian anggota badan. Bila aku rasa selamat, aku buka mata.

Ada seorang lelaki misteri sedang berlawan dengan Lauren. Wajah lelaki itu seperti dalam lingkungan usia 20-an nak dekat 30-an.

 Wajah lelaki itu seperti dalam lingkungan usia 20-an nak dekat 30-an

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka sedang bertarung dengan sangat sengit. Mereka juga bergerak laju. Sehingga aku tak nampak mereka. Aku hanya nampak percikan api daripada pedang yang sedang berlaga.

Mana diorang?! Orang lelaki tadi mendarat dengan selamat di depan aku. "Tuanku! Pergi ke tempat kawan-kawan tuanku!" "Kau siapa?" "Tak ada masa nak terangkan. Cepat sikit!"

Aku yang tak nak membebankan dia ni pun berlari kepada Leon dan Kai. Dah berapa banyak kali aku berlari ni?!

Aku sampai di sana dan nampak kelibat Kris yang sedang memegang adiknya, Kai.

"Kris! Kau buat apa kat sini?" Kris terdengar panggilan aku lalu menoleh. "Kau lari tinggalkan aku. Lepas tu aku kejar kau sampai sini."

"Mana Leon?" Aku perasan Leon telah menghilangkan diri. Kai sudah tidak sedarkan diri di pangkuan abangnya. "Kau dah kalahkan si Lauren tu ke?" Leon yang datang entah dari mana menanya aku sambil menyilangkan kedua tangannya. Luka padanya kelihatan berkurangan.

"Kau ni Leon... Jangan la terkejutkan aku... Badan kau dah okey ke?" Leon mengerutkan dahinya. "Kau tak jawab lagi soalan aku." "Eleh... Merajuk la tu~~" Leon menyasarkan anak panahnya tepat pada muka aku dengan muka selamba.

"Belum lagi. Tadi ada lelaki misteri selamatkan aku. Dia suruh aku lari sini." "Siapa lelaki tu?" Tanya Kris yang sedang mengelap luka yang ada pada Kai. Aku hanya menjongket bahu kerana tidak mengetahui identiti lelaki tersebut.

Leon hanya merenung muka aku. "Kenapa kau tengok aku macam tu?" Aku menyedari Leon hanya memerhati aku dari tadi.

"Ryan. Kau... Apa kena mengena kau dengan Raja Eleract sebenarnya?" Aku mula berfikir sejenak.

"Aku..."

Ryan's POV end
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TO BE CONTINUED...
.
.
.
.
.
.

The Adventure of Twin BrothersWhere stories live. Discover now