Bab 23

563 48 12
                                    

"Hahahaha! Mati lah korang semua! Mati!" Ilaian tawanya tercetus saat bunyi jeritan orang ramai bermain di gegendang telingnya.

Ryan, Kira, Kai dan Loki yang berada di khemah terkejut mendengar gelak ketawa itu. Mereka berempat berlari keluar dan mencari arah punca suara itu.

"Kat atas sana!" Loki menunjuk ke langit dan yang lain mendongak untuk melihat.

"HAHAHAHAHAHA!!! Tu kan orang gila yang kita jumpa masa tu! Dah la cakap sorang-sorang, tiba-tiba ketawa sendiri!" Kira yang masih belum pulih ketawa terbahak-bahak seperti orang gila.

"Lama lagi ke kesan Lopak Emosi tu nak hilang?" "Kesan tu akan hilang selepas 12 jam. Jadi... Bersabarlah." Ryan hanya menepuk bahu Kai.

"Apakata kita ikat mulut si Kira tu, kemudian kita buat-buat serius." Cadang Kai. Ryan dan Loki hanya mengangguk sambil menaikkan ibu jari tangan mereka tanda setuju.

"Silver Crozia. Salah satu orang kuat Ghallian Kingdom. Mungkin Ghallian Kingdom mula nak menyerang Artrica Kingdom." Loki berbunyi serius setelah berjaya mengikat mulut Kira dengan kain.

Ryan mengetap giginya geram. "Panahan Petir!" Tanpa sebarang arahan, Ryan mula melepaskan panahan petirnya ke arah Silver.

Silver yang terperasankan serangan hendap itu hanya menyengetkan sedikit badannya. Dia mencerlung tajam ke arah Ryan, Loki, Kai dan Kira berada.

"Hm? Beraninya kau. Kau memang dah lama nak tunggu masa mati kau ke? Aku boleh tunaikan hajat kau." Silver menyeringai lalu, "Bebola Api!" dia membaling bebola api biru ke arah Ryan.

"Bebola Api!" Bebola api biru itu pantas mendekati targetnya tetapi ia dihalang oleh bebola api milik Kai.

Silver hanya memandang bebola apinya yang ditepis dan makhluk berempat itu dengan riak tenang dari atas.

Dia mengeluh kuat sambil menggulingkan matanya ke atas. "Malas betul la nak uruskan pahlawan-pahlawan macam korang ni. Nah. Main dengan binatang kecil ni." Silver menghantar beribu-ribu askar pari-pari api biru kecil lalu terbang ke tempat lain meninggalkan mereka berempat.

"Dia ke orang yang kita jumpa masa tu?" Kai, Ryan, Loki dan hanya mampu bersweatdrop manakala Kira tertawa walaupun mulutnya telah diikat.

Pari-pari api biru itu menghembuskan api birunya dan hampir memusnahkan keseluruh kawasan stadium tersebut.

Salah satu pari-pari api itu tiba-tiba menyerang Kira tetapi serangannya ditepis oleh Ryan.

"Banyak sangat! Loki, pergi bawa Kira ke tempat yang selamat!" Arah Ryan sambil tangannya melibaskan pedang kepada pari-pari biru yang menyerang mereka.

Loki mengangguk dan mendukung Kira di bahunya seperti seguni beras. Dia lari membawa Kira ke tempat yang lebih selamat.

"Kai. Kita pergi cari Kris, Leon dan Hanna. Kau serang depan, aku jaga belakang kau." Arah Ryan seperti seorang komander.

"Ah.. O-Okey!" Kai tergagap menyahut arahan Ryan. Dia tidak menyangka budak yang makan aiskrim dengan comot tadi boleh menjadi matang seperti ini.

Kai mula melibaskan pedangnya ke arah pari-pari api biru di hadapannya. Ryan pula menyerang pari-pari yang mendekati Kai dari belakang. Pari-pari yang terkena serangan Kai dan Ryan hilang menjadi asap.

Mereka berdua membuat laluan ke arah hutan yang berada di tengah padang itu.

🐈

"KYAAAAA!!" Jeritan nyaring milik Hanna menggemakan hutan itu. "Apa benda ni?!" Hanna berlari semakin laju tanpa arah tuju.

'Aku kena buat sesuatu!' Hanna berhenti berlari lalu memandang semula ke arah pari-pari di belakangnya. Dia merapatkan kakinya dan meletakkan kedua-dua tangannya di dada sambil memejamkan matanya.

Alunan suara merdu mula dilontarkan kepada pari-pari kecil itu. Pari-pari kecil yang berdekatan Hanna mula menyerang kawan-kawannya yang lain lalu bertukar menjadi asap.

Hanna berlari semula setelah kesemua pari-pari kecil di kawasannya telah mati.

"Kris! Leon! Korang kat mana?!" Hanna menjerit memanggil dua kawannya.

"Tuan puteri! Jumpa pun!" Leon berlari ke arah Hanna lalu terus memegang kedua-dua belah bahu Hanna.

Leon memeriksa setiap tubuh badan Hanna jika dia mengalami kecederaan sebelum menarik nafas lega.

Hanna yang sudah berasap menolak kasar tubuh badan Leon. "Saya bukannya budak kecil lagi la!" Marahnya. Pipinya digelembungkan membentuk pau kacang merah.

"Erm... Tuan puteri ada nampak Kris tak?" Leon cuba menukar topik perbualan.

"Pertama, jangan panggil saya 'tuan puteri'. Kedua, saya belum jumpa Kris lagi." Hanna menunjukkan dua jarinya yang pendek.

Leon mulai gelisah dan melihat sekelilingnya. Dia cuba mencari idea untuk mencari keberadaan Kris.

"Apa kata kau kesan guna tanah?" Hanna memberi cadangan. Leon mengangguk memahami maksud Hanna.

"Tuan puteri sangat bijak." Leon menaikkan ibu jarinya.

"Jangan panggil saya tuan puteri lagi la!!" Leon melutut sebelah kaki dan mengabaikan Hanna yang sedang marah itu.

Leon memejamkan matanya lalu menyentuh lantai tanah dengan lembut.

Setelah beberapa saat, muka Leon mulai berkerut.

"Kenapa, Leon?" Hanna bertanyakan bimbang.

"Suhu tanah ni sedikit rasa sejuk daripada biasa." Hanna yang tidak memahami apa-apa hanya menyengetkan kepalanya sedikit.

(Plis jangan tanya author suhu tanah normal berapa😂 Author pun tak tau😂)

"Cakap pasal sejuk, kamu tak rasa sejuk ke, Leon?" Hanna mula memeluk tubuhnya tanda kesejukan.

Leon memandang ke arah Hanna dan terperasankan pari-pari kecil yang hendak menyerang Hanna.

"Tuan puteri! Hati-hati!" Leon melibaskan pedangnya ke arah pari-pari itu. Tetapi belum sempat pedangnya mengena pari-pari itu, semua pari-pari kecil di sekeliling mereka mula hilang menjadi asap.

"Eh? Dah hilang?"

"Tapi... T-Tak ke k-kamu rasa s-sejuk?" Hanna mula menggigil kesejukan.

Leon mengangkat sedikit tangannya. Akar pokok menjalar ke badan Hanna lalu membentuk sehelai kerudung yang membaluti tubuh keding Hanna.

"Sejuk? Ais... Tu mesti Kris! Tuan puteri! Naik belakang saya." Leon melutut membelakangi Hanna.

Hanna hanya akur dan naik ke belakang Leon. Leon bangun dan berlari ke arah punca rasa sejuk itu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
TO BE CONTINUED...
.
.
.
.
.
.
Sorry sebab unpub kejap, ya gaiss😂 Korang tau kan pasal kes truyen tu? Seya telah pun menjadi salah satu author yang gelabah dan unpub semua story seya😂 Kawan-kawan author pun sama je😂 Sorry lagi sekalii😂😂

The Adventure of Twin BrothersWhere stories live. Discover now