Bab 7

1.3K 117 14
                                    

Asap berkepul-kepul di udara semakin kelihatan. "Kat sana!" Hanna mengarahkan Loki menerbangkan papan ke arah yang ditunjuk.

Mereka mendarat di satu tempat yang rata. "Sekarang, apa kita nak buat?" Mereka semua kebingungan tentang apa yang hendak dilakukan seterusnya sehinggalah Kris memberi cadangan.

"Leon. Gunakan kuasa kau untuk buat semak penyamaran." Leon hanya mengangguk dan melakukan apa yang disuruh Kris. "Kita kena dekati mereka dulu untuk mengenal pasti identiti musuh.

Mereka menyorok di belakang semak-samun lalu ternampak seorang lelaki berambut hitam dan sedikit putih berpakaian serba hitam sedang berdiri di tengah-tengah api.

Mereka menyorok di belakang semak-samun lalu ternampak seorang lelaki berambut hitam dan sedikit putih berpakaian serba hitam sedang berdiri di tengah-tengah api

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Hahaha! Permandangan yang sangat indah! Jerit la kuat lagi. Tinggal la dalam keperitan dan kegelapan yang tiada penghujungnya!"

"Lelaki tu dah gila ke? Dah la cakap sorang-sorang." Kira dengan lawak hambarnya hanya men'krik-krik'kan keadaan sahaja.

Kai menggenggam tangannya kuat. 'Tak guna!' Kai tidak boleh menahan kemarahannya lagi. Dia terus meluru keluar dari semak dan menuju terus ke arah lelaki berambut hitam itu.

"Kau memang tak guna! Kenapa kau musnahkan kampung orang?!" Kai teriak di depan lelaki itu. "Kai!" Kris berusaha untuk memanggil adiknya itu.

"Kau tau tak yang ramai orang merana sebab orang yang tak guna macam kau!" Kuku seperti sudah menembusi daging tangan Kai.

Lelaki berambut hitam itu memandang Kai dengan selamba saja. "Kau siapa? Kenapa kau bising-bising kat depan aku ni? Kau nak mati ke? Patutnya kau dah mati sekarang. Tak sangka pula masih ada orang yang masih hidup." Wajah lelaki itu sudah bertukar menjadi senyuman kejam.

"Kau. Patut. Mati. Sekarang."

"Api Beracun!!" Lelaki itu mula mengeluarkan kuasa api birunya. "Kai!!" Kai tidak dapat bergerak walaupun abangnya sudah menjerit namanya.

"Pelindung Akar!!" Di hadapan Kai ada akar yang sedang menjalar dan melindunginya daripada serangan api tersebut.

"Panahan Petir!!" Giliran Ryan pula untuk menyerang. Dia melompat dan menyerang lelaki itu dengan melepaskan panah bertubi-tubi ke arah lelaki itu.

Lelaki itu mengeluarkan sayapnya yang bewarna hitam dan terbang untuk mengelak serangan Ryan.

"Tak sangka korang ni hebat juga. Aku dah tak ada masa nak bermain dengan korang. Aku kena pergi dulu. Jumpa lagi." Lelaki itu mengeluarkan senyumannya yang menakutkan sebelum terbang pergi.

"Oi! Pengecut! Jangan lari la!" Ryan memarahi lelaki itu setelah lelaki itu tidak lagi kelihatan. "Kai! Kau okey tak?!" Kris terus berlari mendapatkan adiknya seraya memeluknya dengan erat. Kai perasan yang abangnya menggigil memeluknya kerana terlampau bimbang. Dia hanya mengusap belakang badan abangnya untuk menenangkannya.

The Adventure of Twin BrothersDonde viven las historias. Descúbrelo ahora