Bab 6

1.3K 122 18
                                    

Hari ni mereka semua dah berjanji untuk pergi ke taman bunga di kampung sebelah. Mereka berjalan beberapa kilometer dan sampai di situ.

"Wahh~~ Banyaknya bunga! Cantik la!" Kata Kira teruja. "Mana Leon? Kenapa dia selalu menghilang ni?" Kata Kai tidak puas hati.

"Kalau sebut pasal 'bunga', Leon la orang yang ada kat depan sekali." Ryan menunjukkan Leon yang sedang bergembira dengan bunga-bunga di situ.

"Dia memang macam tu ke?" Tanya Kai lagi. Ryan hanya mengangguk sahaja. Kris dan Kai hanya bersweatdrop.

"Hey. Kami berdua nak pergi tempat lain. Awak semua pergi la mana-mana yang awak suka. Kami nak pergi tengok bunga~" Jelas Kira kepada Kris, Kai dan Ryan.

"Baiklah. Hati-hati ya. Kita jumpa lagi di sini selepas matahari tergelincir." Nasihat Ryan kepada dua orang puteri itu.

(Macam mak pulak( ̄◇ ̄;))

Kai tidak tahu hendak pergi ke mana. Dia membuat keputusan untuk mengikut Leon sahaja.

Bunga kat sini semua cantik dan unik. Bunga yang tak pernah dilihat. Dan ada bunga yang paling sukar untuk dijumpai dan dijaga, Bunga Kristal.

"Cantiknya bunga ni... Bunga apa ni?" Tanya Kris. "Inilah Bunga Kristal. Mengikut lagenda, sesiapa yang berjaya menjaga bunga ni sampai bunga ni mati, dia akan dikurniakan kuasa yang berlipat ganda daripada sekarang." Jelas Ryan panjang lebar.

'Rasa macam nak curi je bunga ni. Tapi kuasa pun tak ada lagi.' Kai mengeluh. "Kenapa kau mengeluh, Kai? Tak sihat ke?" Tanya Kris kebimbangan.

Kai hanya menggeleng disertakan senyuman manis di bibirnya. "Jom kita pergi sebelah sana pula. Leon dah pergi sana." Ryan menunjuk ke arah Leon yang sudah jauh meninggalkan mereka bertiga.

Sedang mereka leka berjalan...

Kai's POV

Aku tersandung seketul batu. Oh tidak! Badan aku menjadi tak seimbang. Hampir-hampir mukaku yang kacak ni tercium tanah. Aku hanya memejamkan mata dan bersedia untuk menerima rasa sakit tu, tapi-

"Huh?"

Kenapa tak rasa sakit ni? Aku buka mata perlahan-lahan. A...pa? A-aku... ter...apung?

"Kau tak apa-apa ke?" Satu suara menyahut dari tepi. Aku diturunkan perlahan-lahan sehingga selamat mendarat di permukaan tanah itu.

Aku memandang ke arah suara tadi. Kelihatan seorang lelaki sedang memandang aku dengan muka risau. Dia menghulurkan tangannya untuk membantu aku bangun.

Aku menerima bantuan ikhlasnya dengan senyuman. Abang dan Ryan berlari mendapatkan aku (tadi diorang kat depan aku sebab aku jalan lambat sangat). "Kai! Kau okey tak?!" Jerit abang aku dari jauh.

"Aku okey la. Kau ke yang tolong aku tadi?" Aku bertanya kepada lelaki misteri itu. "Ya. Nama aku Loki. Aku ada kuasa yang boleh terbangkan sesuatu. Tetapi hanya boleh terbangkan satu benda sahaja dalam satu masa. Siapa nama kau?" Lelaki itu memperkenalkan dirinya.

 Siapa nama kau?" Lelaki itu memperkenalkan dirinya

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

"Nama aku Kai. Terima kasih sebab tolong aku. Kalau tak mungkin hidung aku dah patah." Aku ketawa.

Dia hanya tersenyum manis melihat aku. Dia menoleh ke arah Ryan dan Kris. "Ni kembar awak ke? Muka awak berdua sangat sama." Tanya Loki keriangan.

Aku memaut tengkuk abangku sambil berkata, "Ya! Kami berdua kembar. Dia adalah abang aku. Namanya Kris. Ni pula kawan kami Ryan." Aku menunjuk ke arah Ryan yang berada di sisi kami.

"Hebatnya kuasa kau. Kau boleh terbangkan pasu yang ada di situ?" Puji Ryan lalu menunjukkan pasu yang berada di atas meja di depan kedai.

"Itu mudah saja!" Dengan senangnya Loki menerbangkan pasu tersebut. "Hebatnya!" Teriak aku dan Ryan dengan mata yang bersinar-sinar.

"Macam mana kau nak terbangkan benda yang banyak kalau awak hanya boleh terbangkan satu barang sahaja?" Tanya abangku yang kacak lagi innocent itu.

"Aku hanya perlu letakkan semua barang yang hendak dipindahkan di atas papan dan terbangkan papan tu. Selesai masalah." Terang Loki secara ringkas.

"Maaf la. Aku nak sambung buat kerja ni. Aku pergi dulu, ya!" Loki segera ke tempat kerjanya. Dia menerbangkan pasu-pasu itu di atas papan.

"Jom kita pergi. Aku dah tak nampak Leon kat mana ni. Kita kena cari dia." Ryan dan abang hanya mengangguk dan kami berlalu pergi dari situ.

Kai's POV end

Leon sekarang sedang sibuk membelek bunga-bunga yang ada di situ.

"Wah~~ Ni bunga Cryptous la... Ni pula bunga Rlandrio... Tu bunga Stapito... Yang itu bunga-" "Xelvious." Sedang Leon sibuk mengenal pasti nama bunga-bunga itu, dia dicelah oleh seorang lelaki berjubah misteri.

"Tak sangka awak boleh tahu banyak nama bunga." Puji lelaki tersebut. "Dulu keluarga saya ada banyak tanam bunga. Jadi saya tahu semua nama bunga." Jelas Leon sedikit bangga.

Tapi... Apa yang lelaki ni nak daripada Leon? Lelaki ni nampak misteri dan bahaya. Leon sentiasa berwaspada dengan kawasan sekelilingnya. Jadi tak mungkin Leon diserang dengan mudah.

KABOOOM!!!

"Bunyi apa tu?!" Kai terkejut dengan bunyi letupan itu. "Bunyinya macam dari kingdom sebelah!" Ryan, Kris dan Kai berlari ke arah bunyi letupan itu datang. Sebelum itu mereka mendapatkan Leon dan puteri-puteri.

"Kita mesti pergi cepat!" Arah Hanna. Mereka semua berlari melawan arus orang ramai yang berlari menyelamatkan diri.

"Tak mungkin kita sempat sampai ke kingdom sebelah tanpa kenderaan!" Kata Kira. Tiba-tiba satu papan yang besar mendarat di hadapan mereka.

Di atasnya ada Loki yang sedang senyum sambil bercekak pinggang. "Perlukan bantuan?" Mereka yang lain hanya tersenyum. Mereka mula menaiki papan tersebut dan bertolak ke kingdom sebelah.

'Tunggulah! Kami akan selamatkan awak semua!'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TO BE CONTINUED...
.
.
.
.
.
.

The Adventure of Twin BrothersNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ