Kainar 4:Secret

6.6K 448 10
                                    

TETT!!

TETT!!

TITT!!

"Huahh.." Aizel bangun dari tidurnya apabila alarm di jam sudah berbunyi.

Dia mengambil tuala untuk mandi. Setelah selesai mandi Aizel memakai seluar putih berserta baju kameja dan tali leher. Kot warna putih di sarungkan di badan.

Dia menuju ke sekolah dengan berjalan kaki memandang tempat tinggalnya tidak jauh dari sekolah.

Ketika memasuki sekolah berberapa orang pelajar berbisik.

"Dia budak baru yang kalahkan Clint?"

"Muka macam tak kuat je aku tengok.."

Aizel hanya tersenyum mendengar bisikan itu. Dia tidak kisah apa orang mahu cakap tentang dia. Yang penting misinya berjalan dengan lancar.

Dia memasuki kelas Elite. Berberapa orang pelajar berada di kelas itu termasuk Neil yang melambaikan tangannya. Aizel hanya tersenyum sambil menuju ke tempat duduknya.

"Awal kau sampai." Tegur Aizel.

"Lol! Mestilah.." Jawab Neil semangat.

"Ha---"

BAMM!!

Pintu bilik kelas terbuka dengan mengejut muncul Clint dengan muka yang tidak puas hati.

"Mana Aizel!?" Mata Clint melilau mencari Aizel dan terhenti apabila ternampak Aizel sedang melambaikan tangannya.

"Hai Clint.."

DUSH!!

"Clint!! Apa kau buat ni!!" Soal Neil apabila Clint menumbuk muka Aizel.

"Aku tak puas hati! Jangan kacau aku!! Aku nak belasah budak baru ni!!" Clint ingin menumbuk Aizel tetapi dihalang oleh Neil.

"Kau tak puas hati ke?" Soal Aizel menunduk.

"Memang aku tak puas hat--" Clint terhenti apabila Aizel mengeluarkan auranya.

Badan Clint menggigil kerana aura Aizel tidak turut juga semua pelajar berasa tidak selesa dengan aura Aizel termasuk Neil.

"Kau nak kalahkan aku..kita selesaikan di gelanggang.." Kata Aizel dingin.

"Err..Aizel? Are you okay??" Soal Neil.

"Baiklah kalau itu yang kau mahu.." Clint beredar diikuti Aizel.

"Beritahu cikgu..aku lambat masuk.." Kata Aizel sebelum keluar.

Mereka berdua berjalan sehingga berhenti di gelanggang pertarungan.

"Mari mulakan.." Muncul dua pucuk pistol berwarna putih di tangan Aizel. Clint hanya bersiap sedia.

======================

Cikgu Mel melangkah masuk ke kelas dengan senyuman di mulut.

Semua murid bangun lalu mengucapkan selamat pagi. Cikgu Mel membalas lalu murid duduk semula.

"Hmm..Mana Aizel dan Clint?" Soal Cikgu Mel apabila menyedari Aizel dan Clint tidak ada dalam kelas. Semua murid tertanya-tanya.

BOOMMM!!!

Satu letupan kedengaran. Cikgu Mel melihat ke arah letupan itu dan ternyata letupan itu berlaku di gelanggang perlawanan.

"Mereka berdua berada di sana.." Kata Neil.

"Apa?" Kata Cikgu Mel cemas lalu berlari menuju ke arah letupan itu diikuti oleh Neil serta Puteri Hestia dan Emily. Para pelajar yang lain pula hanya berkumpul di tingkap kelas.

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Where stories live. Discover now