Kainar 22:The Duty Begin

4.6K 355 6
                                    

Hari ketiga pertandingan, Aizel sudah pun memberitahu akan Cikgu Mel bahawa dia akan menarik diri di pusingan ketiga. Cikgu Mel hanya mengangguk sambil tersenyum.

Aizel berpakaian khas untuk para guardian. Lambang pelindung dengan sayap kelihatan di belakang kot.

 Lambang pelindung dengan sayap kelihatan di belakang kot

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Lambang Untuk Guardian Bandar Aster)

Remaja itu menggulungkan kedua-dua lengan kot itu. Sarung tangan hitam di pakai. Dia menunggu Amy di hadapan pintu sambil memakan gula-gula getah.

Amy keluar dari pintu dengan berpakaian sekolah. Aizel hanya tersenyum lalu menaiki motor. Amy duduk di belakang abangnya.

Bunyi motor menderam lembut. Aizel terus memecut ke arah sekolah. Setibanya di sekolah, Amy turun dari motorsikal abangnya.

"Abang tak nak masuk?" Soal Amy.

"Tak nak lah. Abang terus pergi ke stadium. Nak berkawal awal. Amy masuk je lah. Kalau yang lain tanya beritahu je yang lain bahawa abang ada hal. Okay? Bye!" Aizel terus memecut menuju ke arah stadium.

Sesudah di sana, Aizel terus masuk ke dalam stadium. Dia mengambil tempat yang tertutup di bahagian atas stadium. Binokular dikeluarkan dari poket.

"Hmmm...nothing strange..." Dia berkata sendirian.

Sarapan yang dibeli sebelum masuk kedalam stadium dimakan sambil memerhati.

Bzzzt..
Bzzzt..

Aizel segera mengambil telefonnya. Nama Harvest tertera sebagai pemanggil. Aizel menyambut panggilan itu.

"Yo.."

"Yo bro! Kau macam mana? Aku dengar kau tarik diri. Betul ke?"

"Ye..kenapa?"

"Lah? Tiada..just nak pastikan. By the way, cuba kau lihat depan kau..."

Aizel terus melakukan apa yang disuruh oleh Harvest. Dia melihat menggunakan binokular. Kelihatan Harvest berada di hadapannya dengan melambai tangan.

"Sejak bila kau ada kat situ? Kau tinggalkan tugasan lagi?" Soal Aizel dengan muka tiada perasaan.

"Ah..hehehe..aku bosanlah sebab tu aku ke sini. Nak juga tengok pertandingan ni."

"Hmmm..bagus juga kau kat sini.."

"Apa yang bagusnya..?"

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Where stories live. Discover now