Kainar 10: Saved by Aizel

6.2K 406 13
                                    

Aizel dibenarkan keluar setelah dirawat selama 3 hari. Dia keluar ditemani oleh adiknya.

"Hah..keluar juga akhirnya.." Aizel meregangkan sedikit badannya.

"Kenapa abang cakap begitu?" Soal Amy. Mereka berdua menuju ke kereta milik ibu mereka.

Setelah masuk ke dalam kereta, pemandu persendirian itu mula memandu menuju ke rumah Aizel.

"Abang tak suka duduk hospital. Makanan mereka tawar. Tak sedap.." Kata Aizel sambil menggayakan muka geli. Amy ketawa melihat gelagat abangnya itu.

"Seriously abang? Tawar sangat ke?" Soal Amy lagi.

"Uish..kalau Amy rasa..tak tahulah apa yang terjadi..tapi yang pasti kalau Amy rasa masakan hospital, Amy akan rasa makan masuk je. Bagaikan deria rasa Amy hilang." Balas Aizel.

Kenderaan yang dinaiki berhenti di hadapan rumah Aizel. Mereka keluar lalu mengucapkan terima kasih kepada pemandu persendirian milik ibu mereka.

"Bila abang nak pergi perjumpaan tu??" Soal Amy apabila mereka berdua duduk di ruang tamu.

"Hmm..ikutkan surat ni lusa dah perjumpaan. So abang cadang besok pagi abang gerak ke sana." Balas Aizel.

"Awal juga abang ke sana." Kata Amy mengerutkan dahinya.

"Awal pergi awal pulang.." Kata Aizel.

"Oh Amy, tolong buatkan abang hot cappucino. Paket ada kat almari sebelah kiri dapur." Arah Aizel.

"Yelah..kejap eh..Amy pun nak juga jadi Amy buat dua." Amy bergerak ke dapur. Aizel tersenyum melihat adiknya.

"Hmm..kenapa aku rasa tak sedap hati eh? Macam ada perkara buruk bakal berlaku." Kata Aizel sendirian.

"Abang! Nah..hot cappucino seperti yang diminta." Amy menyerah segelas cawan berisi cappucino.

"Terima kasih.." Aizel menyambut cawan itu lalu meletakkannya di atas meja.

"Amy lihat abang tadi termenung. Apa yang abang fikirkan?"

"Tiadalah.." Aizel cuba berdalih.

Pada masa yang sama seseorang sedang berdiri di atas bangunan yang separa siap. Orang itu tersenyum sinis.

"Well..orang atasan suruh aku mulakan misi tapi aku rasa nak bermain kejap..hmm lets see siapa yang jadi mangsa.." Orang itu melihat ke bawah dan kelihatan Emily sedang berjalan bersama dengan Neil. Sekali lagi orang itu tersenyum sinis.

"Emily Harrison. Anak kepada Eld Harisson. Hmm..apa kata aku culik anak dia ni. Boleh juga aku dapat duit. Hehehehe..." Orang itu melompat dari atas bangunan dan mendarat dengan selamat.

Pada masa itu Emily yang sedang berjalan dengan Neil tidak perasan bahawa orang itu sedang mendekatinya.

"Emily, awak rasa apa buah tangan yang sesuai untuk melawat orang sakit eh?" Soal Neil yang sedang membelek buah-buahan di sebuah kedai buah.

"Sa--" Belum sempat Emily bercakap seseorang telah menekup mulutnya dan menariknya ke satu lorong yang tersembunyi dari pandangan orang ramai. Emily cuba melawan tetapi entah mengapa matanya memberat lalu dia pengsan.

"Got you.." Orang yang menculik itu tersengih sinis.

"Emily?" Neil tercari-cari kelibat Emily tetapi tidak jumpa. Dia cuba mendail nombor Emily tetapi gagal.

"Aduh..mana dia pergi ni. Aku rasa dia ada bersama aku kan? Matilah aku kalau dia hilang..." Dia mendail sekali lagi tetapi keputusan yang sama berlaku.

Hari sudah pun petang. Neil sudah penat mencari Emily di sekitar bandar. Dia akhirnya mendail nombor ibu Emily.

"Hello siapa yang bercakap ni?" Sambut seseorang dari dalam telefon. Seorang perempuan.

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Where stories live. Discover now