Kainar 20:The Battle Begin

4.6K 362 29
                                    

Setelah ucapan dari Raja Lancer, semua penonton bersorak. Aizel hanya tersengih. Dia melihat ke arah pelajar dari bandar lain. Kelihatan kesemua pelajar bermuka serius. Aizel sekali lagi menggosok belakang kepalanya.

"Hah...I wonder who the first?" Soal Aizel.

"BAIKLAH, SEBENTAR LAGI PERLAWANAN AKAN DIMULAKAN. KESEMUA PELAJAR SILA AMBIL TEMPAT YANG DISEDIAKAN."

Setelah mendengar arahan itu, semua pelajar mengambil tempat. Penonton masih lagi bersorak.

"KEPUTUSAN PERLAWANAN PEMBUKAAN SUDAH ADA DI TANGAN SAYA. BAIKLAH, MARI KITA LIHAT SIAPA YANG AKAN BERLAWAN DAHULU..." Tetiba satu skrin maya yang besar muncul.

"ITU DIA!!! DIPERSILAKAN PESERTA PERTAMA KITA!! AMY NEIFELHEIM DAN PENCABARNYA DARI BANDAR GRILER, MAX CRANELL!!!" Amy berdiri lalu meregangkan sedikit badannya. Sebelum menuju ke gelanggang, Aizel sempat berpesan kepadanya.

"Amy, beat him.." Kata Aizel tersengih.

"Hehehe..." Amy mula tersenyum sinis.

"BAIKLAH, PERATURANNYA IALAH DILARANG MENIPU SEMASA PERLAWANAN. ATAU TAK KAMU AKAN DIKELUARKAN DARI PERTANDINGAN. KAMU HANYA PERLU PAKSA LAWAN KAMU SEHINGGA LAWAN KAMU TERKELUAR DARI GARISAN YANG TERDAPAT DI HUJUNG GELANGGANG."

Amy dan Max berdiri menghadap antara satu sama lain.

"Hello cik adik. Apa khabar? Nak nombor telefon boleh?" Soal Max dengan nada yang miang.

"PERLAWANAN AKAN DIMULAKAN SEBENTAR LAGI!!"

"Boleh..kalau kau dapat tewaskan aku..." Balas Amy dengan senyuman. Max bertambah teruja.

"PELAJAR BERSEDIA..MULA!!!!"

"Kainar On!!" Muncul sebilah katana berwarna oren di tangan Amy. Max pula bersenjatakan kapak besar.

"Dengan senjata macam tu, boleh ke cik adik kalahkan abang?" Soal Max sinis.

"Heh.." Amy tersengih. Dia menghilang secara tetiba membuatkan Max terkejut. Begitu juga dengan para penonton dan pengacara.

Amy tetiba muncul di hadapan Max. Tapak tangan dihalakan di perut.

"Fire Rush..." Satu semburan api keluar dari tapak tangan Amy. Max terkejut dengan semburan api itu. Dia sempat memasang pelindung. Akibat dari semburan itu, Max terundur sehingga dekat dengan garisan.

Asap menghilang sedikit demi sedikit. Belum sempat Max menyerang balas, Amy sudah melancarkan serangan penamat.

Dia berlari ke arah Max lalu melompat ke udara. Kaki Amy mula berapi.

"Fire Kick!"

ZRUUUU!!

Max hanya mampu tergamam melihat serangan itu.

BOOM!

Keputusan muktamad. Max terbuang ke luar gelanggang. Suasana di stadium sunyi seketika.

"Oh maaf ye..awak tak boleh minta nombor telefon saya. Nanti abang saya akan bunuh awak..." Ucap Amy dengan senyuman yang manis pada masa yang sama mengerikan.

"B-BAIKLAH!! PERLAWANAN TAMAT!! PEMENANGNYA IALAH AMY NEIFELHEIM!!!!" Para penonton bersorak teruja.

Pelajar dari Bandar Griler masih lagi terkejut. Ini kerana Max merupakan pelajar rangking keempat dalam sekolah mereka. Dan dia ditewaskan oleh Amy dengan hanya dua serangan. Sungguh memalukan!

Max bangkit secara perlahan-lahan lalu menuju ke arah kawan-kawannya berada.

"Man! Teruk betul kau dikalahkan. Memalukan betul!" Kata kawannya yang lain. Max mengusutkan rambutnya.

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Where stories live. Discover now