Kainar 49: What A Caring Lover

3.7K 318 31
                                    

Aizel tertidur dipelukan Emily setelah puas menangis. Melihat remaja itu tertidur, Emily segera membaringkan Aizel lalu diselimutkan. Emily tersenyum kelat melihat Aizel.

"Peritnya kebenaran yang awak terima, Aizel." Kata Emily sambil mengusap rambut Aizel.

Dia keluar tak lama kemudian. Dia segera dikelilingi oleh ibu bapa Aizel, Amy dan yang lain-lain.

"Macam mana dengan keadaan Aizel?" Soal Puan Hanna kerisauan.

"Dia demam. Tadi saya masuk Aizel langsung tak bermaya." Balas Emily.

"Pacik dengar kamu bertengkar tadi. Se-"

"Kita turun dulu ya. Bincang kat bawah. Aizel tengah tidur tu. Tak baik ganggu dia." Emily pantas memotong percakapan Tuan Robert.

Semua mengangguk lalu turun dan berkumpul di ruang tamu rumah Aizel.

"Memandangkan semua sudah ada kat sini. Emily, boleh kamu jelaskan sebab kamu dan Aizel bertengkar tadi." Pinta Tuan Robert. Emily mengangguk.

"Baiklah. Tapi, sebenarnya kami bukan bertengkar. Cuma saya nasihatkan Aizel saja." Ujar Emily.

"Eh!?" Semua terkejut kerana mereka semua jelas mendengar suara Aizel dan Emily bertengkar. Cuma tidak pasti perkara apa yang mereka berdua tengkar.

"Jujurlah saya cakapkan, Aizel dah tahu kebenaran tentang dirinya sendiri. Tentang keluarganya sendiri."

"Wah! Betul ke? Baguslah kalau macam tu. Abang dah tahu tentang dirinya dan juga keluarganya." Kata Amy gembira. Yang lain juga turut berasa gembira.

"Tapi.."

"Tapi?" Soal Puteri Hestia.

"Kebenaran yang Aizel ketahui bukanlah seperti yang kamu sangkakan."

"Eh? Kenapa pula?" Giliran Neil pula menyoal.

"Semua sudah tahukan yang Aizel cuma anak angkat?" Soal Emily. Semua mengangguk kecuali Eva yang baru tahu.

"Sebenarnya, Aizel ada cakap sejak dia dapat tahu bahawa dia cuma anak angkat, dia memasang harapan yang sangat tinggi, untuk berjumpa dengan ayah kandungnya."

"Kenapa ayah? Ibu Aizel pergi mana?" Soal Puteri Hestia.

"Ibu Aizel meninggal dunia semasa dia berumur 5 tahun." Balas Emily. Semua terkejut.

"Ayahnya?" Soal Layla.

"Ayahnya pula...dibunuh." Tiga perkataan cukup membuatkan semua yang berada di situ terkedu.

"Seperti yang puteri rasakan tadi. Kecewa, sedih, putus asa dan penyesalan. Adalah dari perasaan dia sendiri. Kecewa kerana harapan yang diharapkan terhapus begitu sahaja. Sedih kerana kebenaran yang dapat diketahui begitu pahit untuk ditelan. Putus asa kerana tidak tahu untuk buat apa lagi di dunia ni dan penyesalan kerana memusnahkan Bandar Lithica tidak mampu membawa kembali ayahnya." Jelas Emily.

Puan Hanna terus menekup mukanya. Menangis semahunya. Walaupun Aizel cuma anak angkat, dia dan suaminya tidak pernah membezakan antara Aizel dan Emily. Kedua mereka dilayan sama rata. Apabila dapat mengetahui kebenaran tentang diri Aizel, rasa sedih segera menusuk jiwa.

"Sabar ya sayang.." Tuan Robert memeluk bahu isterinya dengan tujuan dapat menenangkan isterinya.

Amy masih lagi terkedu. Dia tak sangka, abangnya dapat mengetahui kebenaran yang sungguh pahit dalam hidupnya. Tak hairan kenapa Aizel berkurung dalam bilik. Setitik air mata mengalir di pipi.

Melihat keadaan Amy, Neil ingin menenangkan Amy tetapi dibatalkan niatnya.

"Amy, ada ubat demam tak?" Soal Emily. Amy tersentak.

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Where stories live. Discover now