Kainar 50: Our First And Last Date

3.9K 287 30
                                    

Aizel sembuh beberapa hari kemudian. Dia amat berterima kasih kepada Emily kerana menjaganya semasa dia demam.

Emily pulang ke rumahnya sendiri manakala Aizel menyiapkan laporan tentang kemusnahan Bandar Lithica. Setelah selesai, laporan itu disalin ke dalam pendrive lalu diserahkan kepada Amy.

"Kenapa beri kat Amy?" Soal adiknya.

"Abang malas nak jalan. Amy je lah yang beri ye. Kat pendrive ada laporan tentang kemusnahan Bandar Lithica. Amy beri je pendrive ni kat Puteri Hestia."

"Jadi abang tak pergi sekolah. Tak lama lagi last year exam."

"Nope. Malaslah. Lagipun abang kan seorang guardian. Buat apa nak ambil exam semua tu.." Balas Aizel sambil baring di atas katil miliknya.

"Tapi.."

"Nah..jangan risau, abang ada hantarkan email kat Cikgu Mel. Dia faham juga kalau abang tak sudah hadir kat sekolah. Lagipun.."

"Lagi pun?" Soal Amy pelik.

"Satu sekolah dah tahu yang abang ni guardian. Malaslah kalau abang datang sekolah lepastu dikelilingi oleh murid."

"Ohh..sebab tu abang tak nak datang ke sekolah lagi?" Soal Amy.

"Yup..hehe" Aizel tersengih seperti kerang busuk. Amy tersenyum sambil menggelengkan kepala.

Dia ingin keluar dari bilik tetapi ditahan oleh Aizel.

"Kenapa abang?"

"Meh duduk sebelah abang ni." Amy mengikut apa yang disuruh oleh Aizel.

"Hmmm.." Aizel tersenyum melihat Amy. Adik angkatnya itu pelik kenapa abang angkatnya senyum.

"Kenapa abang ni? Senyum semacam je.." Soal Amy pelik.

"Nothing, just.."

"Just?"

"Terima kasih Amy. Walaupun kita ni bukan adik beradik kandung tapi, Amy tetap bersama dengan abang. Susah senang abang, Amy tetap sokong abang. Kalau abang ada terbuat salah kat Amy, abang minta maaf." Ucap Aizel sambil mengusap lembut kepala adik angkatnya itu.

"Apa lah abang ni. Abang mana ada pernah buat salah kat Amy." Balas Amy.

"Ok lah abang. Amy nak ke sekolah ni. Takut lambat."

"Pergilah. Hati-hati ye. Beritahu kat Emily, nanti lepas sekolah, abang pergi jemput dia."

"Eh? Kenapa?"

"Well, nak ajak date." Balas Aizel tersengih.

"Amboi, dah maju selangkah. Kalau begitu, nanti Amy beritahu."

"Ok, thanks, little sister."

"No prob, big brother."

************************

"Aizel nak jemput aku? Pergi mana?" Soal Emily semasa menuju ke pintu pagar sekolah setelah sesi persekolahan tamat.

Dia sedar seseorang dia menunggu dia di atas sebuah motorsikal berkuasa tinggi yang berwarna hitam. Emily segera menepuk bahu orang itu.

"Awak!"

"Opocot! Haih! Awak rupanya Emily. Ingatkan siapa tadi."

"Heheh. Kenapa awak berhelmet bagai ni, Aizel?"

"Tu belakang cerita, sekarang pakai ni helmet. Saya nak ajak awak pergi date. Our first date." Balas Aizel.

"Wah! Betul ke!?" Soal Emily dengan teruja.

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Where stories live. Discover now