Kainar 43:You Dare To Touch My Girl?

3.8K 302 2
                                    

Seperti yang dirancang,Wyll bersiap untuk menyerang orang kesayangan Aizel.

Dia berjalan melimpasi Fyrill yang sedang memeriksa sesuatu di komputer. Perasan akan kehadiran Wyll, Fyrill segera menegur.

"Kau nak ke mana pula Wyll?" Soal Fyrill.

"Jangan cari aku kalau aku tak pulang malam nanti." Jawab Wyll dengan dingin lalu berjalan keluar.

"Hmmm, well.." Fyrill menyambung balik memeriksa sesuatu di komputer.

Manakala di rumah Aizel pula, Amy sedang sarapan di bersama dengan Aizel dan Eva. Aizel memakai pakaian khas untuk guardian memandangkan dia hendak bertemu dengan Raja Lancer.

"Abang nak pergi ke istana nanti." Kata Aizel.

"Ok." Ringkas sahaja balasan dari Amy. Eva pula hanya menikmati sarapan yang dimasak oleh Amy.

Aizel bangkit dari duduk. Dia memperkemaskan kot guardian. Dia pergi ke ruang tamu lalu mengambil helmet.

"Kalau Emily tanya kenapa abang tak hadir Amy jawab apa-apa je ya? Nanti abang belanja Amy tiket wayang! Bye!" Kata Aizel lalu kedengaran pintu dibuka. Tak lama kemudian, kelihata Aizel menunggang motornya lalu berlalu pergi.

"Kak Eva nak ke mana hari ni?" Soal Amy.

"Hmmm, kakak nak keluar jalan-jalan sekitar bandar nanti." Balas Eva.

"Oh. Kalau begitu Amy jalan dulu ya? Bye Kak Eva!" Kata Amy lalu berjalan menuju ke sekolah.

Eva yang keseorangan di rumah hanya tersenyum. Mengenang kembali jasa Aizel, dia mengambil keputusan untuk mengekori Amy dari jauh.

Tetiba poket seluarnya bergetar. Dia menyeluk tangannya mengambil telefon.

"Hello?"

"Hello Eva. How are you?"

"Que! Rindunya aku! Kenapa tak telefon?" Soal Eva dengan gembira.

"Hahaha! Sorry, dear. Aku busy dengan kerja. Prof. Karina beri aku banyak kerja!"

"Lah? Ye ke? Patutlah. Tak apa lah. At least, ada juga kerja. Tak juga jadi pemalas." Sindir Eva dengan sengihan.

"Amboi! Sindir aku ye? Hahaha! Tak pe. Lain hari aku balas balik sindiran tu. Hah? Ada apa? Ada fail yang kena check? Ok! Kejap aku datang! Dear, ada kerja kena buat. Nanti ada masa aku call balik. Bye! Love you.." Que mematikan panggilan.

"Love you too." Balas Eva dengan senyuman. Tak lama kemudian dia mula bersiap.

Pintu rumah dikunci, dia mula berjalan menuju ke sekolah Amy.

Semasa dalam perjalan dia berasa tidak sedap hati tetapi dia tidak memperdulikan perasaan itu. Sampai sahaja di sekolah Amy, Eva segera menghilangkan dirinya.

"Hmmm, besar juga ye sekolah ni. Well, baik jalan-jalan lihat sekitar sekolah." Kata Eva sendirian.

************************

"Baiklah murid-murid. Sampai situ sahaja pembelajaran kita hari ni. Kerja sekolah yang saya beri kamu kena siapkan dan hantar di meja saya esok." Kata Cikgu Mel lalu berjalan keluar dari kelas.

"Fuh! Banyak betul kerja sekolah yang cikgu beri." Kata Neil.

"Mestilah, tak lama lagi last year exam." Balas Puteri Hestia.

"Hmmm, kenapa Aizel tak hadir eh? Amy, kamu tahu kenapa abang tak hadir?" Soal Neil.

"Abang? Hmmm, abang cakap dia ada urusan. So, tak dapat hadir." Balas Amy.

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Where stories live. Discover now