Kainar 24: Victory!

4.4K 333 13
                                    

Pada hari itu, pertandingan di antara Puteri Hestia dan Claudia terpaksa dibatalkan akibat serangan dari Black Organization.

Petangnya, Puteri Hestia pulang ke istana untuk merehatkan diri dan merancang startegi untuk mengalahkan lawannya esok hari.

Semasa berjalan menuju ke bilik, dia terserempak dengan Aizel yang juga kebetulan lalu di jalan yang sama.

"Aizel..."

"Puteri? Kenapa lewat sangat balik? Bahaya tahu tak seorang puteri lewat ke istana.." Kata Aizel sambil mencekak pinggang. Puteri Hestia mengembungkan pipi tanda tak suka.

"Biarlah! Saya tahu jaga keselamatan diri saya.." Balas Puteri Hestia.

"Seriously?" Soal Aizel dengan muka yang terkejut.

"Kenapa terkejut? Ingat saya ni anak manja ke? Oh! By the way, kenapa awak ada di sini?" Soal Puteri Hestia.

"Ah! Saya baru balik dari berjumpa dengan tuanku tentang serangan tadi.." Jawab Aizel.

"Ohh.."

"Puteri, saya cadangkan puteri berhati-hati ketika berlawan dengan Claudia esok.." Kata Aizel tetiba dengan muka yang serius.

"Eh? Kenapa pula?"

"Saya ada lihat salah satu perlawanan dia. Kuasa dia bukan sahaja melemahkan lawannya dengan menggunakan Blood Drain, tapi dia juga mampu membuatkan lawannya lumpuh seketika jika pedangnya terkena pada bahagian badan lawannya."

"Oh..that creepy.."

"Indeed.."

"But.."

"Huh?"

Bokk!

"Adoi! Kenapa puteri pukul? Sakit tahu tak?" Soal Aizel kesakitan sambil mengusap kepalanya yang baru sahaja diketuk oleh Puteri Hestia.

"Awak tahu tak? Serangan macam tu yang saya nantikan.."

"Kenapa?" Soal Aizel.

"Awak dah lupa? Darah saya boleh neutralkan semua kuasa. Maksudnya, bila saya cedera akibat pedang Claudia, saya tak akan lumpuh buat seketika kerana darah dalam badan saya dah neutralkan serangan dia." Kata Puteri Hestia dengan senyuman di bibir.

"Ha'ah! Kenapa saya boleh lupa? Puteri ialah orang kedua selepas moyang puteri yang mempunyai darah yang boleh neutralkan semua kuasa.." Kata Aizel sambil mengusap belakang kepalanya.

"Hmm..tahu pun awak.."

"Hehe..okay lah puteri, saya nak balik sudah. Nanti Amy membebel pula kenapa saya lewat balik."

"Ohh okay.."

"See ya.."

Aizel berlalu pergi. Kot guardian kelihatan megah apabila dipakai oleh remaja itu.

"Hmmm.." Puteri Hestia tersenyum lalu memasuki biliknya.

************************

"YA! APA KHABAR PARA PENONTON!!!? PIHAK KAMI MEMINTA MAAF KERANA KEJADIAN YANG TAK DIINGINI BERLAKU. BAIKLAH, TANPA KITA MEMBUANG MASA LAGI MARI KITA SAKSIKAN PERLAWANAN YANG TERAKHIR!!!"

Suara pengacara membuatkan stadium perlawanan bingit. Penonton mula bersorak teruja.

Aizel hanya memerhati dari atas stadium. Dia tersenyum melihat Puteri Hestia dan lawannya berada di atas gelanggang perlawanan.

"Good luck princess.."

"PELAJAR BERSEDIA? PERLAWANAN TERAKHIR DIMULAKAN SEKARANG!!!!"

"Good luck Claudia.."

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Where stories live. Discover now