Kainar 37:Side Effect Of The Power

3.9K 314 4
                                    

Aizel pulang ke rumah setelah hari telah malam. Manakala Emily pula tinggal di hospital dan dibenarkan pulang di esok hari.

"Abang dah pulang." Ucap Aizel apabila dia sampai di muka pintu. Kasut diletakkan di rak yang disediakan.

"Lama betul abang ambil masa dengan Emily..." Tegur Amy yang sedang memasak di dapur.

"Hahaha! Abang just temankan Emily je sambil menunggu keluarganya datang." Balas Aizel.

"Dah lah. Pergi mandi sana. Kejap lagi kita makan." Arah Amy.

"Ye.." Jawab Aizel lalu menuju ke biliknya. Tuala diambil lalu menuju ke bilik mandi.

Tetiba belakang tapak tangan kanan Aizel muncul satu lambang. Tetiba muncul jaluran di sekitar pergelangan tangan hingga ke pangkal lengan. Jaluran itu mula bercahaya berwarna merah lalu berasap.

"Erghh! Takkanlah sekarang.." Aizel mengetap giginya menahan sakit.

"Tch!" Dia cuba melawan namun, dia rebah di hadapan pintu bilik mandi. Perkara itu tidak disedari Amy.

Amy begitu seronok memasak. Tidak lama kemudian dia mula pelik kenapa abangnya belum lagi muncul.

Hidangan terakhir siap dimasak. Kuali yang digunakan dicuci sehingga bersih.

"Haih, mana abang ni?" Amy mula menaiki tangga menuju ke bilik abangnya tetapi langkahnya terhenti apabila ternampak tubuh abangnya terlantar.

"Abang! Hey abang! Kenapa jadi macam ni!?" Amy segera menuju ke arah abangnya.

"Prof. Karina..." Kata Aizel dengan muka yang berkerut. Peluh mula membasahi badan.

"Aunty? Kejap Amy panggilkan.." Amy segera menelefon maciknya.

"Hello?"

"Hello aunty? Help me aunty!"

"Amy? Hey? What happen?"

"Abang..abang sakit! Ada jaluran berwarna merah yang sedang berasap menjalar dari pergelangan tangannya hingga ke pangkal lengan. Cepat aunty datang ke sini!" Kata Amy dengan nada yang cemas.

"Apa!? Okay kejap macik datang ke situ. Pastikan abang kamu tidak pengsan! Hold on right there my dear!"

Amy memutuskan talian. Air mata mula bergenang. Jaluran yang ada pada abangnya itu cuba disentuh namun terlalu panas.

"Panasnya. Abang..bertahanlah.." Kata Amy dengan suara yang serak.

"Amy! Where are you dear!" Kedengaran suara laungan Prof. Karina dari bawah.

"Amy kat atas ni!" Balas Amy.

Bunyi derapan kaki kedengaran. Muncul Prof. Karina dengan pakaian seorang doktor dan sebuah beg bimbit di tangannya.

"Ke tepi Amy. Biar macik uruskan." Amy mengikut arahan maciknya itu.

Prof. Karina mula membuka beg bimbit. Dia mengambil sebotol cecair berwarna merah lalu dituangkan ke dalam mulut Aizel. Jarum yang berisi cecair yang sama juga turut dicucuk di lengan Aizel.

Nafas yang kencang dari Aizel mula reda. Prof. Karina menghela nafas lega.

"Kenapa dengan abang, macik?" Soal Amy dengan risau.

"Macik akan jelaskan kat kamu nanti. Sekarang, tolong macik angkat abang kamu.

Setelah mereka berdua bertolongan mengangkat Aizel ke dalam bilik. Mereka berdua turun ke ruang tamu lalu duduk berhadapan antara satu sama lain. Kopi susu diletakkan di atas meja.

"Tell me aunty.."

"Haih, sebenarnya itu adalah kesan sampingan daripada kuasa abang kamu. Sepatutnya ini rahsia antara kami berdua sahaja." Kata Prof. Karina sambil meminum kopi susu.

"Rahsia? Kenapa abang tak nak beritahu saya? Saya ni apa kepada abang? Sampai hati abang.." Air mata sekali lagi bergenang lalu di kesat.

"Haih, janganlah cakap macam tu. Abang kamu tak nak kamu risau tentang dia. Sebab itulah dia minta macik rahsiakan perkara ini kepada kamu dan ibu bapa kamu." Pujuk Prof. Karina.

"Sebenarnya, kuasa abang kamu yang lagi satu minta dilepaskan.."

"Kuasa?" Soal Amy.

"Yup. Abang kamu sebenarnya ada dua. Graviti dan cahaya."

"Cahaya? Eh, biar betul. Bukan abang ada kegelapan ke?" Soal Amy dengan terkejut.

"Yup. Buat masa sekarang memang Amy nampak kegelapan. Tapi, satu hari kamu akan nampak kuasa sebenar abang kamu.."

"Saya tak pernah tahu pula tetang perkara ni." Kata Amy.

"Nah, sekarang kamu dah tahukan? Jadi, macik minta kamu rahsiakan perkara ini dari sesiapa. Termasuk ibu bapa kamu." Kata Prof. Karina dengan serius.

"Ok. I will. But, cecair apa yang macik bawa dalam beg bimbit macik?" Soal Amy.

"Ni? Ni darah abang kamu." Kata Prof. Karina. Amy terkejut yang amat benar.

"Takkanlah.."

"Haih, hanya darah abang kamu sahaja yang boleh sembuhkan pelbagai kesakitan di badannya." Kata Prof. Karina.

"What!?" Amy terkejut.

"Nampaknya rahsia aku dah terbongkar.." Sampuk seseorang dengan nada yang lemah.

Prof. Karina dan Amy segera menoleh ke arah orang itu, ternyata orang itu ialah Aizel. Dia berdiri dibantu oleh dinding, tempat dia berpegang. Amy segera mendapatkan abangnya.

"Kenapa macik beritahu perkara ni? Haih.."  Soal Aizel dengan nada yang lemah.

"Cuba kamu lihat sebelah kamu?" Kata Prof. Karina.

"Eh?" Aizel terkejut apabila mendapati air mata Amy bergenang.

"Kenapa menangis?" Soal Aizel. Amy tanpa sebarang bicara terus memeluk badang abangnya.

"Kenapa tak beritahu Amy yang abang sakit?" Soal Amy dengan nada yang serak.

"Hey, mana ada abang sakit. Cuma kesan sampingan je." Pujuk Aizel.

"Dah lah tu..tak payah nak menangis. Abang dah sihat. Haih, ni semua salah macik." Tuduh Aizel.

"Kenapa pula salah macik?" Soal Prof. Karina.

"Tak ada apa-apa. Memandangkan saya lapar. Jom, saya ajak macik makan sekali." Pelawa Aizel.

"Eh! Tak payahlah. Macik makan nanti di pejabat."

"Alah! Bukan selalu makan dengan kami. Macik tak rindu masakan Amy? Masakan chef 5 bintang?" Soal Aizel tersengih.

"Haih, ye lah macik ikut korang makan sekali." Kata Prof. Karina tersenyum.

"Amy, dah lah tu peluk abang. Jom, kita makan. Abang lapar ni." Pujuk Aizel sekali lagi.

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh maciknya itu semuanya betul. Dia tersenyum mengusap kepala adiknya. Kuasa yang ada pada badannya, bukanlah kuasa yang biasa-biasa. Inilah kesan sampingan seorang Lord Of Guardian.

************************
Sorry pendek. By the way, komen kalau ada yang salah. Chou!

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang