Kainar 14:New Power

5.1K 403 9
                                    

Tanah merekah dengan teruk akibat pertembungan dua kuasa itu.

Aizel tercungap-cungap kerana sudah lama dia tidak menggunakan Rho Arias, kuasa yang dimilikinya dengan penuh. Biasanya dia akan menggunakkan kuasanya itu dengan sedikit atau separuh.

Ace masih lagi berdiri. Pandangannya serius terhadap Aizel. Tak lama kemudian dimensi itu hilang dan mereka semua kembali ke belakang rumah.

"You have dark power, kid.." Kata Ace sambil menyisipkan kembali Ryzer ke belakang.

"How do you know?" Soal Aizel. Cursed Katana lesap. Aizel hanya tegak memandang Ace.

"How I know? Because I have dark power too. Beware kid, if you not control your power then, your power will controlled yourself.." Nasihat Ace.

"What do you mean?" Aizel pelik dengan nasihat Ace itu.

"Nothing. By the way..nice fight! I must admit. You strong!" Puji Ace tersengih tetiba.

Amy yang melihat pertarungan tadi masih lagi tergamam. Luna pula tersenyum.

"Akak mesti akui...abang kamu kuat.." Puji Luna.

"Tapi abang kalah..." Kata Amy dengan nada pasrah.

"Jangan cakap macam tu. Abang kamu jadi guardian kerana apa? Kerana dia kuat dan juga untuk melindungi orang yang dia sayangi." Kata Luna.

"Ermm..tak pa lah..nanti saya suruh abang berlatih lagi supaya dia jadi lebih kuat!" Kata Amy dengan semangat.

"Macam tu lah!" Balas Luna.

"Yosh! Phew..penat betul.." Aizel terus baring di atas rumput.

"Hahaha! Abang kalah!" Ejek Amy. Aizel tersenyum sahaja.

"Ye abang kalah. Kuat betul si Ace ni.." Kata Aizel lalu bangun dari baringnya dan duduk bersila. Ace datang dekat dengan mereka.

"Abang tak apa-apa? Nah sapu tangan. Lap peluh tu." Kata Luna prihatin sambil memberi sehelai sapu tangan.

"Thank you dear.." Balas Ace sambil mengelap peluhnya. Luna tersenyum.

"Baiklah dah lewat petang ni. Apa kata kita masuk. Korang bolehlah bersihkan diri." Pelawa Aizel. Belum sempat mereka masuk ke dalam rumah satu lohong hitam muncul di tempat Aizel dan Ace bertarung tadi.

Muncul seseorang berpakaian kesateria dari lohong itu. Aizel dan Amy terkejut manakala Ace dan Luna pula memandang selamba orang itu.

"Abang.." Sebut orang itu.

"Leo..macam mana kau dapat ke sini?" Soal Ace.

"Hai abang Ace!" Muncul lagi seseorang dari belakang orang itu yang dikenali sebagai Leo.

"Fea." Kata Luna tersenyum.

"So, ada apa kamu ke sini?" Soal Ace lagi.

"Nak jemput abanglah..mak dah marah kenapa kamu berdua lambat balik dari membunuh naga di Pergunungan Veif." Kata Leo sambil mencekak pinggang.

"Kami boleh balik awal. Tapi masalahnya, abang terpakai kertas teleport ciptaan Fea ni. Tak tahu macam mana boleh sampai kat sini." Kata Ace sambil memandang Fea. Adik iparnya itu tersengih sahaja.

"Wait! Siapa mereka ni Ace?" Soal Aizel mencelah.

"Oh..perkenalkan adik aku, Leo Windcrawler dan isterinya, Fea Windcrawler." Kata Ace sambil memperkenalkan Leo dan Fea.

"Baiklah. Dah tiba masa untuk kami berdua balik. Terima kasih kepada kamu berdua kerana memberi kami tempat berteduh. Kami amat menghargainya." Kata Ace lalu tunduk sedikit dan tegak semula.

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Where stories live. Discover now