Kainar 16:First Attack

5.2K 385 31
                                    

Sejak Aizel meluahkan perasaannya kepada Emily, remaja perempuan itu mula berubah. Puteri Hestia pelik dengan perubahan Emily. Dulu dingin sekarang peramah? Itulah yang difikirkannya.

Aizel dan Amy melangkah masuk ke dalam kelas. Emily yang ternampak akan kelibat Aizel segera menunduk. Puteri Hestia bertambah pelik.

"Mereka berdua ni ada apa-apa ke?" Soalnya sendirian.

"Yo Aizel. Ready for training today?" Soal Neil sekaligus menyapa.

"Training? For what?" Soal Aizel.

"For the Kainar School Fighting Competition." Balas Neil.

"Hah? Tak nak lah aku. Aku tak boleh ikut pertandingan tu.." Kata Aizel seraya duduk di tempat duduknya.

"Eh? Kenapa pula? Kau kan salah satu pelajar elit. Sejak kau kalahkan Clint, kau sekarang di tempat ke-6. So asal kau tak nak ikut?" Soal Neil pelik.

"Dude..kau tahukan aku ni siapa?" Soal Aizel dalam nada yang berbisik.

"Hmmm..tahu...kenapa?" Soap Neil dengan muka yang polos.

"Sebab aku ni guardian. Seorang guardian mana boleh ikut pertandingan sekolah-sekolah. Itu akan dikira menipu. Lagi pun aku akan bertugas kat sana." Kata Aizel.

"Oh..hahaha! Maaflah..so apa yang kau buat nanti?"

"Aku? Aku ikut je lah training. Nanti aku cakap dengan Cikgu Mel supaya aku tak ikut pertandingan tu." Balas Aizel.

"Ok." Balas Neil.

Cikgu Mel masuk ke dalam kelas. Semua murid berdiri lalu memberi salam.

"Baiklah murid. Hari ni cikgu ada pengunguman."

"Perlawan antara sekolah Kainar tak lama lagi akan diadakan. Jadi hari ini cikgu akan bawa kamu ke gelanggang untuk menguji kekuatan kamu." Kata Cikgu Mel. Tak lama kemudian suasana berubah. Mereka bukan lagi berada di kelas tetapi di gelanggang. Murid kelas Elit tidak teruja dengan kejadian itu kerana mereka telah tahu bahawa Cikgu Mel mempunyai kuasa teleportasi.

Terdapat sebuah mesin penguji di gelanggang itu. Cikgu Mel mengatur untuk siapa yang memulakan.

"Baiklah, dipersilakan pelajar nombor 1 kita. Puteri Hestia."

Puteri Hestia berdiri di hadapan mesin penguji itu memandang serangannya jenis serangan jarak dekat.

"Full power ke cikgu?" Soal Puteri Hestia.

"Yup." Puteri Hestia mengangguk seraya mengaktifkan Kainar miliknya. Sebilah pedang besar muncul.

Pedang itu mula bercahaya keemasan. Angin kencang mula terasa. Semua pelajar terpegun.

"Haaa.." Cahaya keemasan itu semakin marak.

"EXCALIBUR!!!!" Satu libasan maha besar menghentam mesin penguji itu.

BRUOOSHHH!!

BOOOOMMMMM!!

"6051 DAMAGE POINT" satu skrin maya keluar menunjukkan point kerosakan.

"Good. Sekarang Layla..giliran  kamu.."

"Baik cikgu!" Kata Layla dengan ceria.

Tangan Layla mula mengeluarkan kilat kebiruan. Layla Hidenford seorang anak ujikaji. Hasilnya dia tidak perlu sebarang Kainar untuk berlawan kerana dia mempunyai kuasa untuk berlawan.

Awan menjadi mendung. Kilat mula kelihatan. Layla menarik nafas lalu tangannya  dihalakan di mesin penguji itu.

"LIGHTNING RAMPAGE!!!"

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Where stories live. Discover now