Kainar 54: I Decided To Live For Both Of Us

5.1K 323 16
                                    

Sebulan berlalu, hari ini semua pelajar Kainar Highschool Academy menuju ke dewan utama kerana meraikan majlis graduasi untuk pelajar tahun akhir.

Ada diantara pelajar tahun akhir bermuka murung. Yalah, siapa yang tak sedih kalau berpisah dengan kawan baik. Dan kebanyakkan pelajar yang bermuka murung ialah pelajar perempuan. Emosi sungguh! Pelajar lelaki selamba je bersembang antara satu sama lain.

Kesemua pelajar telahpun berada di dalam dewan. Pelajar tahun akhir diasingkan dari pelajar lain.

Ucapan dari pengacara majlis menjadi pembuka kata di majlis itu. Seusai berkata, semua murid berdiri untuk menyanyikan lagu sekolah.

Neil menyanyikan lagu sekolah dengan bersemangat kerana ini merupakan kali terakhir dia boleh menyanyi lagu sekolah. Amy dan lain pula tidak bersemangat untuk menyanyikan lagu sekolah.

Pada masa yang sama, seseorang sedang menunggang motorsikal dengan kelajuan penuh.

"Corp, kita ada berapa minit lagi untuk sampai di sekolah?"

"3 minit lagi jika tuan kekalkan kelajuan."

"Baiklah, terima kasih.."

Orang itu terus memecut, memotong setiap kenderaan, melanggar setiap lampu isyarat yang bertukar merah. Lagaknya seperti samseng jalanan. Polis yang bertugas ingin mengejar orang itu. Akan tetapi, setelah melihat lambang yang berada di belakang kot orang itu, polis tidak jadi untuk mengejar.

Nyanyian lagu sekolah telahpun habis dinyanyikan. Kini tiba giliran Pengetua Albert berdiri di atas pentas untuk memberikan ucapan.

"Apa khabar murid-murid sekalian? Salam sejahtera saya ucapkan kepada kamu semua. Baiklah, seperti yang kamu ketahui, 3 bulan yang lalu adalah merupakan kejadian yang terburuk berlaku di bandar ini. Makhluk yang kita gelarkan sebagai Vager telah menyerang bandar kita dan memusnahkan hampir separuh dari bandar kita ini. Kita bernasib baik kerana sekolah kita tidak terjejas akibat serangan itu." Pengetua Albert memberikan ucapan pendahuluan.

"Kepada murid tahun akhir, tahniah kepada kamu kerana telah mendapat keputusan dengan cemerlang. Tahniah sekali lagi saya ucapkan." Tepukan gemuruh bergema dalam dewan.

"Seperti yang kamu maklum, pihak istana akan menyerap masuk mana-mana di antara kamu ke dalam tentera. Tak kiralah sama ada elit ataupun tidak. Bergantung dari keputusan yang pihak sekolah hantar kepada istana. Kamu akan mendapat surat dalam masa 2 ke 3 bulan begitu." Pelajar tahun akhir mula bersembang sesama sendiri selepas mendengar berita yang disampaikan oleh Pengetua Albert.

"Saya juga berharap agar pelajar tahun akhir untuk tahun depan dapat mencontohi pelajar tahun akhir pada tahun ini. Dengan ini, saya mempersilakan ketua murid pada tahun ini, Puteri Hestia untuk menyerahkan lambang ketua murid kepada bakal ketua murid pada tahun hadapan. Dipersilakan..."

Puteri Hestia berdiri dan berjalan ke atas pentas diikuti oleh seorang murid lelaki. Puteri Hestia menyerahkan lambang ketua murid kepada murid itu.

"Do the best on the next year.." Puteri Hestia menyisipkan kata-kata semangat kepada murid itu.

"Baiklah tuan puteri!" Balas murid itu dengan bersemangat.

Dewan utama sekali lagi bergema dengan tepukan gemuruh dari murid dan juga guru.

"Baiklah, saya tak tahu apa lagi yang nak dikatakan. Hehehe.." Pengetua Albert tersengih macam kerang busuk. Para guru hanya mampu menggelengkan kepala sahaja.

"Saya cuma harapkan, sekolah ini menjadi maju dan mampu bersaing dengan mana-mana sekolah. Baiklah, itu sahaja yang saya nak ucapkan. Terima kasih." Pengetua Albert menamatkan ucapannya. Tepukan gemuruh diberikan.

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Where stories live. Discover now