Kainar 26:Two Diffrent Location At Sunday

4.6K 329 22
                                    

Hari Ahad. Hari yang paling ditunggu oleh semua orang kerana pada hari itu orang boleh merehatkan mental dan fizikal mereka.

Amy bangun pada pagi itu. Dia segera mandi bagi menyegarkan badannya. Setelah selesai mandi, dia turun ke bawah dengan pakaian biasa sahaja. Suasana sunyi di rumah itu membuatkan dia pelik.

Remaja perempuan itu pergi ke dapur dan dia terlihat satu nota terlekat dinding dekat dengan peti sejuk.

'Tekan punat merah yang berada di sebelah nota ini. You'll know soon.
-Aizel..'

"Punat merah?" Soal Amy lalu dia ternampak satu punat merah dan menekan punat itu.

Tetiba dinding yang berada dekat dengan punat merah itu terbuka. Amy terkejut lalu masuk ke dalam dinding itu. Dinding itu tertutup sendiri.

"Sejak bila dalam rumah abang ada lif?" Soalnya sendirian.

TING!

"Woah.." Amy terkesima apabila melihat kawasan yang amat luas.

"Besarnya..siap ada tempat latihan dan peralatan canggih..abang ke yang buat semua ni?" Amy melihat kawasan sekeliling.

TING!

TANG!

TING!

Amy melihat ke arah tempat latihan sebaik sahaja terdengar bunyi pedang berlaga.

Dia terkejut apabila Aizel sedang berlatih dengan beberapa patung robot. Abangnya itu tidak memakai baju menampakkan otot dan juga parut.

Amy hanya terus memerhati latihan abangnya itu. Dia tidak terkejut patung robot itu hancur bergitu sahaja akibat libasan pedang abangnya kerana dia sememangnya tahu abangnya kuat.

20 minit berlalu, Aizel keluar dari tempat latihan. Amy segera mengambil tuala putih yang berada dekat dengannya untuk diberi kepada Aizel.

"Good morning, big brother.." Tegur Amy.

"Good morning too, little sister.." Balas Aizel lalu remaja itu duduk.

Badannya masih lagi berpeluh akibat dari latihan.

"Sejak bila abang ada kat sini? Dan sejak bila pula tempat ni ada kat bawah rumah abang?" Soal Amy.

"Abang ada kat sini dah lama dah...sejak dari matahari terbit lagi abang ada kat sini..oh! Tempat ni dah ada kat bawah rumah abang dah dekat 2 bulan. Abang sengaja buat supaya Amy dan yang lain-lain boleh berlatih." Jawab Aizel.

Amy menganggukkan kepala. Dia ternampak parut yang berada di badan abangnya itu.

"Parut ni mesti kesan dari latihankan?" Soalnya.

"Bukan semua..kebanyakan abang dapat kesan berlawan dengan Vager.." Jawab Aizel.

Amy menganggukkan sekali lagi kepalanya. Dia terkejut apabila melihat satu parut yang panjang berada di belakang badan abangnya.

"Abang! Sejak bila abang dapat parut panjang tu?!" Soalnya dalam nada terkejut.

"1 year ago..when I lost control.." Jawab Aizel dengan senyuman kelat. Dia mengusap kepala adiknya itu.

"Dah-dah lah tu..abang tak nak ingat perkara lepas. Biarlah parut tu berada di belakang abang." Kata Aizel lalu berdiri.

"Hmmm..baiklah.." Balas Amy.

"Jom..tolong abang bersihkan rumah nanti.." Kata Aizel tersenyum.

"Okay!" Balas Amy turut tersenyum.

*************************
Di Rumah Emily

"Emily..bangun sayang. Matahari dah muncul ni." Kata ibu Emily.

"Kejap ibu. Hari ahad kan? Bagilah orang tidur lebih sikit." Remaja perempuan itu menutup seluruh badannya dengan selimut.

"Tidur lebih sikit ya?" Soal ibu Emily sinis.

BUSH!

"WARGHH! IBU!!" Jerit Emily marah apabila badannya basah akibat simbahan air oleh ibunya.

"Jangan nak marah sana. Kamu ni dah lah anak dara. Kalau kamu berkhawin begini ke perangai kamu yang kamu tunjukkan kat suami kamu? Ibu rasa tiada satu pun nak khawin dengan kamu dengan kamu kalau perangai kamu begini. Dah bangun cepat pastu mandi. Ibu dan ayah tunggu kamu kat bawah. Kita sarapan sama-sama." Arah ibu Emily.

"Orang baru 17 tahun. Muda lagi nak khawin. Apalah ibu ni. Hmmm.." Mulut Emily panjang sedepa. Dia mengambil tualanya lalu mandi.

"Good morning sweetie.." Tegur ayah Emily apabila anak perempuannya itu turun.

"Hmm..good morning." Balas Emily dengan muka masam mencuka.

"Kenapa dengan muka kamu tu?" Soal ayah Emily lalu meminum kopi.

"Ibu ni ayah..mentang-mentanglah Emily bangun lewat sikit inu dah simbah kita dengan air pastu kata tiada siapa nak khawin dengan Emily konon kalau perangai Emily begini." Kata Emily lalu memakan roti bakar yang disapu jem.

"Betullah apa yang ibu kamu cakapkan tu. Kamu sebagai anak dara sepatutnya belajar berdisiplin dan salah satunya ialah belajar bangun awal tak kira hari sekolah atau cuti. Kamu nak tahu, zaman atuk kamu, umur macam kamu dah kena khawin tahu tak?"

"Lah! Itukan zaman atuk? Zaman atuk dah lapuk lah..ini zaman moden. Tiada siapa nak fikir nak khawinkan anaknya pada usia muda. Hish.." Jawab Emily.

Ibu bapa Emily hanya ketawa sahaja. Tetiba ibu Emily tersenyum sinis membuatkan Emily terasa pelik.

"Bagaimana dengan hubungan kamu?" Soal ibu Emily.

"Hubungan? Hubungan apa?"

"Buat tak tahu pula anak kita ni bang. Alah..hubungan kamu dengan budak Aizel tu..How come? Did he steal your first kiss?" Soal ibu Emily. Remaja perempuan itu yang sedang minum terus tersedak lalu batuk.

"Hah!? Macam mana ibu tahu ni? Dan...dia tak pernah sentuh Emily lagi lah.." Kata Emily selamba.

"So betullah yang kamu ada hubungan dengan budak tu?" Soal ayah Emily.

"Hmmm..." Emily menganggukan kepalanya.

"Hahaha! Dah besar dah anak ayah sorang ni. Tak apalah..ayah lihat budak tu ok. Dah lah kuat..seorang guardian lagi. Not bad.. pandai Emily pilih.." Kata ayah Emily sambil mengusap janggut yang tak seberapa panjang itu.

"Pandaikan Emily pilih? Heh! Tengok oranglah.." Kata Emily bangga.

"Jangan kamu buat bukan-bukan sudah..kalau ibu dapat tahu..siap kamu berdua ibu ketuk kepala masing-masing.."

"Okay-okay! Emily janji.."

"Good girl.." Kata ibu Emily.

Emily menghela nafas. Dia meneruskan sarapannya.

'Nasib baik ibu tak tahu yang kami berdua pernah berpelukan kalau tak mesti kena ketuk. Tapi kalau difikirkan semula, peluk je kan? Bukannya apa pun..betul tak oh Aizelku..'

Emily senyum sendirian membuatkan ibu bapa remaja perempuan itu pelik.

"Haccuh!" Pada masa yang sama Aizel bersin semasa dia dan adiknya bertolongan membersihkan rumah.

"Kenapa abang bersin? Ada orang sebut nama abang ke?" Soal Emily. Peluh di dahi dikesat menggunakan tuala.

"Tak kot. Maybe sebab habuk.." Balas Aizel.

Amy mengangguk lalu meneruskan kerja membersih rumah.

'Siapa sebut nama aku?'

*************************
Hello guys amacam dengan chapter ni? Okay? Komen kalau salah. Aku jawab juga komen tu.kalau tak korang faham jelah...aku dah tidur. Besok sekolah lagi..hahaha..chow!

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα