Kainar 15:Confession

5.4K 375 9
                                    

Selepas menyedari kuasa baru Aizel, remaja itu berlatih menggunakan kuasanya.

Sepanjang malam dia berlatih akhirnya dia dapat menguasainya sedikit. Dia berasa penat lalu mengambil keputusan untuk tidur kerana esok dia akan pergi ke istana untuk melapor status siasatannya tentang organisasi haram ataupun dikenali sebagai Black Organization.

*************************

Keesokan harinya, Aizel terpaksa ponteng sekolah kerana dia akan berjumpa dengan Raja Lancer. Pakaian khas untuk guardian tersarung kemas di badannya. Kot labuh paras lutut itu digulung di kedua-dua lengan. Aizel menunggu Amy di luar rumah.

"Abang! Amy dah siap." Tegur Amy apabila dia sudah berada di luar rumah.

"Good. Dah jom abang tumpangkan Amy. Kita naik motor. Vroom!" Kata Aizel dengan nada ceria. Amy ketawa sahaja lalu membonceng di belakang abangnya itu.

Motorsikal berwarna hitam bersinar terkena pancaran cahaya matahari. Walaupun dari luaran motor Aizel nampak biasa-biasa sahaja namun motorsikal kepunyaan remaja itu mempunyai senjata tersembunyi bagi tujuan keselamatan.

Enjin dihidupkan. Bunyi motor menderam lembut. Aizel terus menunggang ke arah sekolah.

Setelah 5 menunggang, Aizel dan Amy sampai di hadapan pintu pagar sekolah. Ramai yang memerhati terhadap Amy kerana dia telah dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali padahal orang itu adalah abangnya sendiri.

"Take care." Pesan Aizel.

"You too, brother." Balas Amy.

Aizel berlalu pergi dari pintu pagar sekolah. Amy hanya memerhati abangnya itu sehingga kelibat Aizel hilang.

"Hai Amy! Perhatikan apa tu?" Tegur seseorang.

"Eh! Layla rupanya. Taklah..saya tak perhatikan apa-apa pun. Jom lah masuk nanti lambat." Balas Amy lalu memasuki sekolah bersama dengan Layla.

Pada masa yang sama Emily ternampak Amy dihantar oleh Aizel.

"Aizel? Where's he going?" Soalnya lalu memasuki sekolah.

Aizel sampai di pintu gerbang istana. Pengawal yang perasan akan kehadiran Aizel terus menabik hormat. Aizel mengangguk lalu berjalan masuk ke dewan utama.

Kelihatan Raja Lancer sedang menyain sesuatu. Aizel terus duduk melutut.

"Tuanku." Tegur Aizel.

"Ah..Aizel.." Balas Raja Lancer.

"Stand up, my guardian." Tambahnya. Aizel terus berdiri.

"Apa perkembangan yang kamu bawa kepada beta?"

"Dari siasatan yang saya telah buat, saya dapat mengetahui bahawa organisasi haram ataupun dikenali sebagai Black Oragization mempunyai lima orang pemimpin tertinggi dan mempunyai sepuluh orang bawahan."

"Walau bagaimanapun, salah seorang dari sepuluh orang bawahan itu telah saya bunuh. Sehari sebelum perjumpaan para lord. Dikatakan bahawa salah satu lima pemimpin mungkin menghantar lagi seorang atau dua orang untuk menyerang sekolah yang dijaga oleh saya." Aizel menyatakan laporan siasatannya.

"Bagus. Teruskan menyiasat. Beta yakin mereka pasti akan membuat kacau. Beta juga telah menghantar beberapa orang peninjau berkemahiran untuk menolong kamu menjaga sekolah itu." Kata Raja Lancer.

"Terima kasih tuanku. Saya amat menghargainya." Balas Aizel.

"By the way, macam mana keadaan puteri beta semasa di sekolah? Dia tidak membuat hal?" Soal Raja Lancer.

"Tak. Puteri Hestia tidak pernah membuat hal. Dia seorang murid yang baik." Jawab Aizel.

"Baguslah. Kalau begitu kamu boleh beredar. Kalau ada perkembangan baharu laporkan segera kepada beta."

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Where stories live. Discover now