Kainar 51:The King Has Come

3.7K 291 2
                                    

Bandar Aster marak dengan api akibat serangan Vager. Aizel berdiri di atas sebuah bangunan pencakar langit.

"Too many for me to handle it. Haih, I guess I must all out."

Aura kehitaman mula keluar dari tubuh Aizel. Jaluran merah mula kelihatan dari tangan hingga hujung pangkal lengan Aizel. Rambut Aizel juga turut berubah ke warna hitam.

Vager yang menyerang perasan akan kehadiran Aizel. Lantas, mereka menyerbu ke arah Aizel.

Remaja itu menyeru Cursed Katana miliknya. Mukanya dingin memandang Vager yang menyerbu ke arahnya.

"Begone.."

ZUUUWOOOSHHHH!!!

Hanya dengan satu libasan, Vager yang menyerang bertukar menjadi debu!

Vager lain yang nampak akan kejadian itu terus meluru ke arah Aizel. Remaja itu terus melibas ke arah Vager yang menyerang.

Emily, ibu bapa Aizel, Amy dan juga yang lain melihat kejadian itu dari istana. Mereka semua dijemput ke istana oleh Puteri Hestia melalui magik teleportasi milik Prof. Karina.

"Aizel.." Emily menyentuh dadanya dengan kedua-dua tangan. Berharap agar Aizel selamat.

Vager menyerang tak putus-putus. Aizel semakin kepenatan kerana dia tidak biasa menggunakan kuasanya ini dengan lama.

"Tch, lama lagi ke nak habis?" Soal Aizel sendirian sambil mengelak serangan dari Vager yang menyerang.

"Harvest, kau cari dari mana Vager ni datang! Aku dah nak capai limit aku!" Arah Aizel melalui alat penghubung.

"Kau tengok kat atas langit arah jam tiga! Ada sebuah portal di situ!"

"Mana!? Tak ada pun!"

"Ada! Kalau boleh cari peluang untuk serang menggunakan Kainar milik kau!"

"Baiklah!"

Aizel cuba mencari peluang namun, Vager yang menyerang langsung tidak memberi peluang untuk Aizel melepaskan dirinya. Remaja itu mengetap giginya.

"KE TEPI TAK GUNA!!" Dia memusingkan badannya 360º sambil melibaskan katana miliknya. Semua Vager yang menyerang sekali lagi bertukar menjadi debu!

Dia segera berubah ke bentuk asalnya. Dia mengetap gigi kerana mula berasa sakit di lengan kanannya.

"Damn it! Sekarang juga baru effect menyerang!"

Dia mengaktifkan Kainar miliknya lantas berubah ke bentuk sebuah meriam besar berwarna putih. Dia mensasarkan meriamnya itu ke arah portal tempat Vager keluar.

"Harvest! Aku perlu cas kuasa dulu! Cover aku melalui meriam kawalan jarak jauh dalam masa 4 ke 5 minit begitu!"

"Roger that!"

Aizel mula mengecas kuasa meriam miliknya dengan menyalurkan kuasanya kepada meriam.

Vager yang keluar diserang oleh meriam kawalan jarak jauh yang dikawal oleh Harvest.

"Sikit lagi.." Aizel memaksa dirinya supaya meriam miliknya dapat dicas sepenuhnya.

Apabila meriam miliknya sudah dicas penuh. Serangan dari Hatvest berhenti.

"MEGA DESTRUCTION CANNON! FIRE!!"

ZOOOUUMMMM!!!

Semua yang melihat dari istana berharap yang serangan Aizel berjaya menutup portal itu.

BOOOOMMMMM!!!

"Berjaya?" Soal Raja Lancer.

Ruang udara mula dipenuhi asap. Aizel memerhati ke arah portal itu dengan nafas tercungap. Dia berasa tidak sedap hati.

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Where stories live. Discover now