Kainar 34:Ke Luar Negara

4K 308 4
                                    

Seminggu telah berlalu. Masing-masing menjalani kehidupan yang biasa. Ibu bapa Aizel pula bercuti ke luar negara atas hal peribadi.

Tinggallah Amy dan Aizel dalam Bandar Aster. Dua beradik itu seakan tidak kisah pemergian ibu bapanya.

"Hari ni Ahad. Besok Isnin. Sekolah lagi.." Rungut Aizel sambil menyandarkan badannya di sofa.

"Hehehe.." Amy ketawa melihat abangnya merungut.

"Amy ada rancang apa-apa hari ni?" Soal Aizel.

"Hmm..tiada pulak. Kenapa abang?" Soal Amy.

"Well, pergi bersiap. Kita keluar tengok wayang. Bosanlah terperap je dalam rumah." Kata Aizel tersenyum sambil berdiri.

"Wah! Betul ke ni abang?" Soal Amy teruja.

"Yup. Lekas bersiap." Kata Aizel.

"Okay bos!" Amy segera berlari menaiki tangga untuk ke biliknya.

"Sekali-sekala tak apa kan?" Kata Aizel sendirian.

"Abang tunggu kat luar!" Laung Aizel lalu menggapai kunci motornya dan menunggu Amy di luar.

************************

Aizel meletakkan motornya di tempat letak motor berdekatan dengan panggung wayang.

Pada masa yang sama, Hadwin Baker, salah seorang ahli Black Organization berdiri di atas sebuah bangunan tinggi.

"Dah lama bos tak bagi arahan. Bosan pula. Hmmm? Oh..." Dia tersengih sinis melihat mangsanya.

Pada masa yang sama juga, Emily turut berada berdekatan dengan panggung wayang.

Dia ternampak Aizel dan Amy memasuki panggung wayang. Dia lantas tersenyum lalu mengorak langkah mengikut dua beradik itu.

Hadwin muncul di sebelah remaja perempuan itu lalu meniup sesuatu membuatkan langkah Emily terhenti.

"Heh, lama juga tak lihat pasangan kekasih bergaduh. Apa kata korang pula jadi penghibur aku." Kata Hadwin selepas meniupkan sesuatu. Ya, tiupan Hadwin membuatkan Emily terpedaya. Pada pandangan remaja perempuan itu, kelihatan Aizel bermesra dengan Amy. Lalu Aizel mencium mulut Amy. Hatinya remuk!

"Heh.." Hadwin tersengih sinis melihat Emily berlari dari situ sambil menangis.

Keesokan harinya, seperti biasa Aizel dan Amy datang ke sekolah bersama. Masuk sahaja Aizel ke dalam kelas...

PAP!!

Tamparan yang kuat dari Emily. Semua murid berada di kelas itu terkejut.

"Emily?" Soal Aizel terkejut.

"Sampai hati awak!" Kata Emily. Air mata yang keluar dikesat menggunakan belakang tangan.

"Apa pula? Apa yang saya buat?" Soal Aizel kebingungan. Amy segera beredar ke tempat duduknya.

"Awak anggap Amy tu adik awak? Kenapa saya nampak awak cium adik awak kemarin!?" Soalan yang cukup membuat satu kelas terkejut.

"Wha-!? Hey! Bila masa saya buat begitu hah!? Saya dan Amy keluar tengok wayang je lah kemarin! Bila masa pula saya buat begitu? Saya ni masih ada akal fikiran!" Darah Aizel mula mendidih apabila dituduh sebegitu.

"Jangan buat alasan Aizel! Habistu apa yang saya nampak dengan dua biji mata saya kemarin!? Halusinasi? Bayangan? Saya sangka awak ni baik orangnya tapi tak! Semua lelaki sama saja!"

"Hey! Buat apa saya nak tipu awak! Saya sanggup bersumpah yang saya tak buat benda tu. Bercium dengan adik sendiri? Apa benda yang awak cakapkan ni!? Haish! Sudahlah! Malas aku nak layan!" Aizel segera beredar lalu menghempas pintu bilik belajar itu.

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Место, где живут истории. Откройте их для себя