Kainar 48: The Weak Side Of Him

3.7K 364 18
                                    

2 minggu selepas kejadian penghapusan Black Organization, Aizel tidak keluar dari rumah mahupun keluar dari bilik.

Emily dan yang lain tertanya mengapa Aizel tidak hadir selama 2 minggu. Persoalan itu tidak dapat dijawab oleh Amy sendiri.

"Its been 2 weeks. Aizel didn't come to school." Kata Neil sambil menongkat dagu.

"Yup." Layla setuju dengan Neil.

"I'm so worried about him.." Emily menghela nafas lemah.

"Sorry guys...tapi, abang memang tak keluar bilik sejak dari 2 minggu lalu. Bercakap pun tidak. Saya ada juga mengetuk pintu biliknya tapi tiada balasan." Kata Amy.

"Ayah saya juga menyuruh Aizel untuk datang kepadanya untuk melaporkan tentang kejadian 2 minggu lalu. Tapi, dia langsung tidak datang. Ayah saya juga tertanya mengapa Aizel bersikap begitu." Sampuk Puteri Hestia.

Mereka semua juga sudah tahu kemusnahan Bandar Lithica berpunca dari Aizel. Sebab itulah Raja Lancer menyuruh Aizel untuk datang ke istana untuk melaporkan tentang kemusnahan Bandar Lithica.

"Hmmm, korang nak kalau kita datang lawat Aizel?" Neil memberi cadangan.

Muka Emily terus bersinar mendengar cadangan daripada Neil.

"Setuju!" Kata Emily dengan teruja.

"Well, apa salahnya.." Kata Amy.

"Saya juga nak ikut!" Sampuk Puteri Hestia.

"Eh!? Tapi.."

"Tiada tapi. Jangan risau. Saya boleh jaga diri saya sendiri! I'm the rank 1 in this school!"

"Well..."

************************

"Amy, betul ke tiada apa-apa yang berlaku kat rumah ni?"

Neil menyoal apabila mereka semua sampai di hadapan rumah Aizel.

"Kenapa?" Soal Amy.

"Tak, saya dapat rasakan sesuatu. Sesuatu yang tak enak.."

Tetiba Puteri Hestia tersentak. Dia menyentuh dadanya.

"Perasaan ni. Saya dapat rasakan."

Mereka semua segera menoleh ke arah Puteri Hestia.

"Perasaan? Perasaan apa puteri?" Soal Layla.

"Perasaan ni. Sedih, kecewa, penyesalan dan putus asa. Saya dapat rasakannya." Kata Puteri Hestia.

Tetiba sebuah kereta berwarna hitam berhenti depan rumah Aizel. Puan Hanna dan Tuan Robert keluar dari kereta itu.

"Ibu? Ayah?" Soal Amy terkejut.

"Amy! Betul apa yang ayah dengar? Yang abang kamu tidak keluar dari biliknya selama 2 minggu!?" Soal Tuan Robert dengan risau.

"Hmmm.." Amy mengangguk.

"Jadi? Kenapa tercegat je kat sini? Jom masuk tanya abang kamu!" Tuan Robert terus meredah pintu rumah yang masih tertutup.

BOOKKK!!

"Adoi!"

"Abang, kalau ye pun risau, janganlah jadi lalai. Kan dah terhantuk kepala.." Kata Puan Hanna sambil mengusap dahi Tuan Robert.

Amy segera membuka pintu rumah Aizel. Perasaan yang kurang enak dapat dirasai oleh semua.

"Abang! Amy dah pulang!" Laung Amy namun tiada siapa yang menyambut.

"Jom!" Tuan Robert segera menaiki tangga menuju ke bilik Aizel.

Tok! Tok!

"Aizel!? Ayah ni! Buka pintu bilik ni!" Tuan Robert cuba memulas tombol tetapi tidak boleh.

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Where stories live. Discover now