MHP 3

30.4K 1.7K 210
                                    

Pintu bilik ditutup perlahan.Beg sekolah pula diletakkan di sebelah meja belajar.

Badan dihempas di atas katil lalu aku mengeluh kecil.Tiba-tiba mindaku teringat apa yang terjadi di sekolah tadi...

Bunyi sahaja loceng balik.Aku terus mengemas barang yang bersepah di atas meja dan dimasukkan ke dalam beg.Tiba-tiba satu suara menyapa gegendang telingaku.

"Ucap terima kasih dekat cikgu pun belum,dah sibuk nak kemas barang" Aku yang terdengar suara itu terus mengalihkan pandangan ke belakang.Dah agak sangat tu Danish!

Ok kedudukan meja kitoarang macam ni.

Aku dengan Eliana duduk dekat barisan tengah,bukan tepi tingkap lah maksudnya.Meja disusun kepada pasangan dua-dua.Danish duduk sebelah Ammar.Meja diorang berdua dekat belakang aku dengan Eliana.Faham?

"Eh..suka hati lah aku nak kemas cepat ke lambat.Tak kacau kau pun kan" Balasku geram.Apa dia ingat aku sorang je ke bunyi loceng terus kemas?Readers pun sama kan???Hehe

"Hormat lah cikgu dekat depan tu.Lagi satu,kau kacau pemandangan aku sekarang.Kau ingat kau cantik sangat?" Danish terus menjeling ku.Eee..tak silap nanti ada kenduri arwah ni.

"Ha'ah.Aku memang cantik pun" Bibirku terus mengukir senyuman sinis.Danish yang memandang senyuman sinis ku terus menyepak kerusi ku sehingga terjatuh.

"Aku dah cakap kan jangan nak main sepak-sepak kerusi aku" Mataku memandang Danish tajam.Ye lah,ni dah masuk kali ke 12 dia sepak.

Apa? ...

..aku kira tau berapa kali dia sepak.

"Kau ada nampak muka aku macam kisah ke?" Danish membalas senyuman sinis ku.Baru sahaja ingin membalas,kaki ku tiba-tiba terasa sedang berdenyut.Seperti ada seseorang memijak kaki aku.

Mataku perlahan-lahan memandang ke arah kasut sekolah yang tersarung elok di kaki ku yang...

..dia....pijak.Patutlah asyik rasa berdenyut.

Aku mendengus geram lalu Danish dipandang tajam.Dan dia?hanya tayangkan muka tidak bersalah.

"Kau nak balik pukul berapa?Nak tunggu sampai malam?Ke nak teman pak cik guard?Aku rasa tak payah kot.Sebab yang dapat gaji pak cik guard sorang je" Ayat yang ditutur Danish membuatkan aku mengerutkan dahi.Patutlah kelas ni senyap je.Tinggal aku,Danish,Eliana dan Ammar je di dalam kelas.

"Ha'ah..tapi aku tak teman pak cik guard.Aku nak teman kak langsuir" Balasku sambil menggalas beg lalu aku menarik tangan Eliana dan berjalan meninggalkan kelas.Baru first day sekolah jadi macam ni.Hari lain nanti?

Sampai di tingkat bawah,aku dan Eliana terus menuju ke pintu pagar utama sekolah.Baru sahaja kaki ingin melepasi pagar sekolah.Seseorang menarik beg ku dari belakang sehingga aku terjatuh macam nangka busuk.Malu?Kau rasa?!Dah la ada budak sekolah lain tengah tergedik-gedik nak lalu depan sekolah ni.Dari mana diorang sesat aku tak tahu.Tapi yang aku sure,ada lagi sekolah menengah yang berdekatan dengan sekolah ni.

Eliana membantu aku bangun.Aku rasa korang tahu siapa yang tarik kan?

Siapa lagi kalau bukan si headprefect poyo kita.Harap je headprefect.Tapi perangai macam bad boy.Baik tak payah!

"Eee..apa masalah kau?!" Aku membersihkan baju di bahagian belakang.Ye lah!tak pasal-pasal kotor.

"Kau tu jalan lembab sangat.Aku tarik lah" Balas Danish selamba badak berendam.

"Punya lah luas laluan nak keluar,asal dekat tempat aku lalu jugak kau nak follow belakang?" Soalku berbaur geram.Danish hanya diam.Pelajar dari sekolah lain memandang Danish dengan pandangan kasihan manakala aku?diorang pandang macam nak bunuh.Dah lah nak acah menyorok macam spy.Ingat aku tak nampak?Nak menyorok pun tak reti.

Danish menarik belakang tudung ku dan terus berlalu bersama dengan Ammar.Reaksi Ammar?Dia gelak je lepas aku jatuh and tudung aku kena tarik!


Handphone di atas night stand dicapai.Nombor telefon Eliana terus disimpan.Ramai jugaklah nombor baru yang aku simpan.Kawan baru lah katakan.

Aplikasi instagram pula dibuka.

Aku tak tahu lah nak cakap macam mana.Aku tak percaya.Popular sangat ke Danish ni?

Yelah,kawan aku kat sekolah lama dekat Johor pun ada post gambar Danish ni dekat 'story' instagram.Tu kat Johor,belum lagi kira dekat Selangor ni.

Mataku memandang satu gambar yang di post oleh rakanku di Johor.Dekat gambar ni dia ada tag seseorang.Tak silap aku, ni username Danish.

@Dnish._

Simple je dia punya username.

Buka sahaja account milik Danish,aku terlopong sebentar.Ouh..dikira instafamous lah ni?Followers dia....

953k?!.Waaa....On going to 1M duh.Followers aku baru je 769k .Korang punya followers?Share lah sikit username.Mana tahu author boleh follow.Yang aku sure bukan aku yang follow.

Satu persatu gambar yang di post nya dibuka.Aku tak boleh nak nafikan lagi.Danish memang mempunyai wajah yang kacak sehingga mampu membuat ramai gadis tergila-gilakannya.Tengok sahaja dari komen,memang semua perempuan fangirling habis!

Tiba-tiba satu gambar menarik perhatianku membuatkan jari ku yang dari tadi scroll ke bawah terhenti.Aku melihat dua orang lelaki yang sedang memandang kamera sambil tersenyum manis.Sorang tu Danish dan lagi sorang tu macam kenal...

'Farhan ke tu?' Desis hatiku.Dulu arwah sekolah dekat Johor jugak.Sama sekolah dengan aku.Aku pindah Selangor ni sebab urusan keluarga.

Tanpa aku sedar,air mata ku menitis.Memang aku rindu dia.Dia selalu tolong aku,dia baik dengan aku,dia jaga aku,dia pentingkan kesihatan dan keselamatan aku,memang dia care pasal aku.

Keluhan kecil dilepaskan.Handphone di tangan terus diletakkan di atas meja lampu.Punggung diangkat lalu tuala dicapai.Kaki ku diaturkan ke arah bilik air untuk membersihkan diri.


TBC

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now