MHP 38

16.3K 1K 373
                                    

Aku masuk ke dalam perkarangan sekolah.Jam dipandang.Baru pukul 6:45 pagi.

Aku datang awal pun sebab aku pengawas.Kalau aku bukan pengawas, dah lama aku datang sekolah pukul 7 lebih.

"Hai Ayreen." Sapa seseorang membuatkan aku menoleh.

Huh! Bala.

"Kau nak apa?" Soalku.Kening sebelah dijongket ke atas.

"Nak awak lah sayang.Aum!" Irfan tersenyum nakal.Aku pula sudah mendengus geram.Cari pasal!

"Setakat nak buat masalah, tak payah lah kau!" Bola mata diguling ke atas.Irfan sudah menghampiri aku.Kenapa lah kena bertembung dengan diorang dekat blok sunyi ni? Urgh!

"Ala saya nak awak je pun.Takkan tak boleh? Tinggal je lah Izz tu.Setakat budak baru tu.Puih! Aku pun hensem lah." Senyuman nakal masih terukir di bibirnya membuatkan aku sedikit geli dan kurang selesa.

"Kalau aku tak nak?" Aku tersenyum sinis.Mata masih tidak lepas memandang Putera Irfan.Tiga orang rakannya hanya memandang kami berdua di belakang.

"Kalau kau tak nak-" Irfan menolakku ke dinding.Pipi ku diusapnya perlahan.Memang cabar kesabaran aku kan?

Tali leher Irfan ditarik olehku supaya menjadi sedikit ketat.Jangan sebab aku perempuan,dia ingat aku lemah!

"Kau memang melampau kan?!" Tali lehernya ditarik dengan kuat kemudian dia diheret ke belakang sekolah.

Sampai sahaja di hadapan kolam ikan lama yang sudah dipenuhi dengan air kotor dan lumut, aku terus menolaknya masuk ke dalam kolam itu.Puas!

"Lain kali, jangan ganggu aku kalau tak nak kena macam ni!" Pandangan tajam diberikan.Kepala ku ditoleh ke belakang.Memandang ke arah tiga orang rakannya yang lain.

"Apa tengok-tengok? Nak kena jugak ke?!" Suaraku semakin meninggi.

"Ayreen!" Suara seseorang iaitu Danish mengalihkan perhatianku.Aku menoleh ke arahnya dan memandangnya dengan pandangan kosong.

"Kau buat apa ni?" Danish mengerutkan dahi.

"Kau nampakkan apa yang dah jadi? Takkan kau tanya lagi?!" Aku terus berjalan meninggalkan Danish.Mood aku terus hilang selepas kejadian tadi.

"Woi Danish! Lain kali kau jaga singa kau tu elok-elok.Suruh dia jadi perempuan betul.Seram aku dia tu." Irfan menjeling Danish.Danish mengeluh lalu mengejarku.

Danish's POV

Aku masuk ke kawasan kantin.Dah agak! Dia dekat situ.

"Hoi." Ayreen menoleh ke arahku.Muka toya ditayangkan kepadaku.Nasib comel.

"Apa?!" Aku dijeling.Eh eh dia ni main jeling-jeling pula.Aku korek biji mata baru tahu.

Eh Danish, sanggup korek biji mata dia?

Haha memang tak lah!

"Kau ni nak marah-marah dah kenapa? Rilek lah."

"Kau diamlah pak cik." Balas Ayreen.

"Kau tu mak cik!" Aku membalas semula.

"Beruk"

"Singa"

"Orang utan"

"Zirafah"

"Pisau"

"Kuali"

"Periuk"

"Pinggan"

"Unicorn"

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now