MHP 35

15.9K 918 207
                                    

Badan disandar,tangan pula mengusap Milo yang duduk di atas riba.Buaian itu dihayun perlahan.Rindu papa dengan mama.

"Woi!" Lamunanku terhenti.Danish yang mengambil tempat di sebelahku tidak diendahkan.

"Start isnin minggu depan kita ada latihan sukan kan?" Danish memandangku kemudian matanya memandang Milo.Aku hanya membalas soalannya itu dengan anggukan.

"Waktu kat sekolah lama,kau selalu masuk acara apa?" Sekali lagi Danish menyoal, Milo yang sedang tidur diletakkan di atas riba lelaki itu.

"Aku selalu masuk acara larian." Balasku.

"Erm siapa pengerusi dengan penolong pengerusi rumah biru?" Soalku ingin tahu.Ya, aku dan Danish rumah biru.

"Esok baru nak lantik." Jawabnya.Kepalaku diangguk perlahan.Badan kembali disandar kemudian mata ditutup.

"Ayreen!!" Panggil Danish kuat membuatkan aku tersentak.Dahi dikerutkan.

"Kau ni tidur ke? Aku panggil diam je." Danish mula hairan.

"Tak lah.Apa dia kau nak cakap?" Wajah Danish dipandang redup.

"Erm, tak ada apa lah."

"Eh kau ni. Dari haritu nak cakap benda lepastu tak ada apa.Cakap je lah." Aku mula memaksa.Geram dibuatnya.

"Er aku just nak cakap.Aku sa-"

"Aku apa?" Laju aku memotong percakapan Danish.

"Kau ni sabar lah.Aku tolak jatuh kolam kang." Jelingan diberikan.Danish menarik nafas sebelum dihembus perlahan.

"Dah lah.Jom masuk rumah.Dah lewat." Danish sudah berdiri.Aku pula memandangnya sambil terlopong.

"Kau nak cakap apa sebenarnya Danish Izmeer?" Tanganku dikepal.

"Haih, aku sayang kau Ayreen. Aku masuk rumah dulu. Good night." Danish terus berjalan meninggalkan aku yang terdiam di situ.

Kepala ku digeleng sebelum tersenyum kecil.

Sayang kau jugak bangang!

  •••

"Ayreen cepat lah!" Danish menunggu di hadapan pintu rumah.Aku pula sibuk dengan sandwich di meja makan.Mamat ni suka sangat cepat-cepat.Aku baru turun nak breakfast tahu tak?

"Sayang cepat sayang."

"Geli lah bongok!" Aku menayangkan muka jijik kepadanya.

"Kalau tak nak aku panggil sayang, cepatlah." Danish mendengus perlahan.

"Ish ye lah ye lah." Jelingan tajam diberikan.Tangan aunty Adhia disalam sebelum aku melangkah keluar rumah.Dengan cepat aku masuk ke dalam perut kereta.

"Nak marah lah tu." Danish yang sudah berada di dalam kereta menggulingkan biji matanya.Aku hanya mendiamkan diri, sandwich di tangan dimasukkan ke dalam mulut.Tak nak kawan!

"Kau bawak baju sukan tak? Lepas habis waktu sekolah kan terus latihan sukan." Soalan Danish cukup membuatkan mataku terbuntang luas.Baju sukan tertinggal!!

Aku ternampak Danish menggelengkan kepalanya.

"Abang Mad , patah balik." Arah Danish kepada drivernya.Sampai sahaja di rumah, aku terus keluar dari kereta lalu masuk ke dalam rumah.Tangan laju mengambil baju sukan,seluar track dan kasut sukan.Nasib tudung hitam dah ada dekat bilik pengawas.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now