MHP 37

15.8K 1K 267
                                    

Hampir dua minggu aku menjalinkan hubungan dengan Izz Daniel.

Dengar macam bodoh, tapi itulah kenyataan.Hubungan kami semakin rapat.Bukan seperti sebelum ni.

Sebelum ni aku rasa macam terseksa.

Danish?

Sudah dua minggu juga dia tak layan aku.Senyum pun tak, tegur lagi lah tak.Dia dengan aku dah macam..entah.Orang asing mungkin?

"Sara, makan lah." Mama dan papa memandangku yang langsung tidak menjamah makan malam.

"Sara kenapa? Dari tadi kuis nasi tu.Mama masak tak sedap ke? Atau Sara ada masalah?" Soal mama hairan.Aku menggeleng lalu tersenyum hambar.Sejujurnya..

Aku rindu Danish.

"Okey then, kalau ada apa-apa bagitahu je lah mama atau papa.Tau." Aku hanya membalas dengan anggukan.Nasi dijamah.Aku tak tahu kenapa.Tapi aku rasa macam kosong.Hidup aku macam kosong bila Danish tak usik, tak tegur aku, tak cari gaduh.

Aku nak Danish yang dulu walaupun aku agak menyampah.Aku tak nak Danish yang pendiam dan dingin macam sekarang.

Dalam diam, aku mengeluh kecil.

•••

Kaki melangkah masuk ke dalam pusat sumber sekolah.Pagi-pagi dah buka aircond diorang ni.Amboi!

"Ayreen! Sini!" Panggil Farisha.Dia jadi tukang solek aku harini.Harini merupakan hari sukan SMK Damai.

Tema perbarisan rumah biru tahun ni? 'Prince and Princess' . Cadangan siapa lagi kalau bukan Emisha Puteri.

Selepas muka ku di touch up sedikit, aku memakai glitter shawl berwarna sky blue.Tiara diletakkan di atas kepala.Kemudian, aku menilik pakaianku dihadapan cermin.Senyuman kecil terukir di bibir.

Senyuman kecil terukir di bibir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-gambar contoh-

"Ayreen dah siap?" Soal cikgu Izzati.Aku yang mendengar suara cikgu Izzati terus memusingkan badan menghadapnya.

"Alahai cantiknya Princess si Danish ni." Pujinya.Aku tersenyum kelat.Princess sementara je mampu.

"By the way, cantik baju.Memang padan lah dengan kamu." Puji cikgu Izzati lagi.

"Sofea, Danish mana?" Sofea yang menjadi penolong setiausaha rumah biru memandang cikgu Izzati.Dia menggarukan kepalanya yang berlapik tudung hitam.Matanya pula melilau mencari Danish Izmeer.

"Maybe dia tengah bersiap." Jawab Sofea.

"Cikgu, okay ke baju ni?" Soal Danish yang tiba-tiba berdiri disebelahku.Aku tersentak.Sejak bila dia kat sini?

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now