MHP 61

9.2K 670 202
                                    

Telekung disangkut setelah selesai menunaikan solat Subuh. Kepala yang tidak gatal itu digaru. Puas mencari dimana getah rambut milikku menghilang.

"Haih..mana aku letak ek?Waktu tidur aku bukak,then..rasanya aku letak atas meja lampu.Asal tak ada" Aku mencebik.Kaki terus berjalan keluar dari bilik untuk ke dapur.

"Sara dah sihat ke? Kelas mula pukul berapa?" Mama yang sedang menyiapkan sarapan pagi menoleh ke arahku yang baru tiba di dapur.

"Pukul 10. Dah sihat sikit cuma pening-pening tu ada lagi." Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Teh susu yang dibancuh oleh mama tadi diletakkan di atas meja.

"Ni asal tak ikat rambut ni?Rimas mama tengok" Mama memandangku lalu rambutku yang panjang paras pinggang di tarik.

"Sakitlah mama." Dahi berkerut apabila rambut panjang itu ditarik. Apa tarik-tarik ni, botak la I.

Tiba-tiba mataku tertumpu pada susuk tubuh seseorang yang baru tiba di tingkat bawah. Lama aku merenung lelaki itu sebelum aku terlopong.

Alamak! Macam mana aku boleh terlupa yang Danish ada dekat sini?!

"Argh!!" Langkah laju diaturkan ke tingkat atas. Kepala diketuk berkali-kali. Nampaknya Danish dah nampak rambut aku!

Danish's POV

"Ayreen tak tahu ke kamu ada dekat sini?" Soal Aunty Linda hairan. Terkejut apabila Ayreen menjerit kerana dia tidak bertudung di hadapan aku.

"Tahu aunty. Ayreen lupa kot." Tangan mengusap belakang leher. Perasaan malu cuba dihilangkan.

"Ish tak payah nak panggil aunty. Mama je." Bahuku dipukul lembut. Kejadian tadi masih berlegar dalam ingatan.

Aku tengok rambut Ayreen ke tadi?


Ehh tak de la.Rambut hantu kak Limah.

"Mama, akak tu terjerit-jerit kenapa?" Aryan Qalish mengerutkan dahi. Dia mengambil tempat bertentangan denganku di meja makan. Aku tersenyum kelat. Aduh Ayreen ni.

"Tak ada apa-apa la." Aunty Linda menggeleng.

Back to Ayreen's POV

Rambut diikat setelah menjumpai getah di bawah comforter.Ceh.Punya la aku cari merata.Bawak comforter jugak dia nak menyorok.

Blouse berwarna hitam yang baru siap digosok itu aku sarungkan pada badan. Selendang putih pula dililit kemas di kepala. Perfume disembur sehingga harum semerbak memenuhi ruang bilik.

Beg galas dan buku-buku rujukan yang disusun elok di atas meja belajar dicapai. Jantung yang berdegup kencang itu cuba tidak dihiraukan. Malu punya pasal nak jumpa dengan Danish.

"Sara pergi dulu mama, papa." Tangan mama dan papa dikucup lembut. Aku dan Danish segera bergerak ke rumah uncle Iskandar dan aunty Adhia.


"Sara dah breakfast ke?" Aunty Adhia menyoal dengan prihatin sementara menunggu anak bongsunya itu bersiap.

"Dah." Bibir mengukir senyuman manis begitu juga dengan wanita di hadapanku itu. Jam tangan dikerling. Lambatnya Danish ni.

"Hah tu Danish dah siap." Mataku memandang ke arah Danish yang menghampiriku. Tangan dihulurkan untuk bersalam dengan Aunty Adhia.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now