MHP 6

25.6K 1.5K 124
                                    

"Sara" Panggil along.Dia menghampiri ku lalu duduk di sebelahku di atas sofa ruang tamu.

"Apa?" Kening sebelah diangkat.Ye lah,dia ni kalau panggil aku mesti ada sebab dan kalau dia ada permintaan je ,memang susah aku nak tunaikan.

"Tolong along boleh?" Dia mengerdipkan matanya berkali-kali.

"Apa?" Soalan yang sama aku tujukan.

"Tolong belikan barang ni" Along menghulurkan senarai barang yang perlu dibeli.Aku hanya memandang senarai itu sebelum tersenyum nipis.Malasnya nak drive kereta.

Sara tahulah yang along nak sambung belajar.Tapi beli lah sendiri.

"Tolong eh" 'Kitty' eyes ditayangkan.

Kalau sampai buat mata macam tu,maknanya memang dia tengah sedaya-upaya cuba nak paksa aku.

Kalau ada Yan,mesti dia paksa Yan yang belikan.

Yan?

Hehe.Korang akan tahu Yan tu siapa.

"Ye lah" Dengan malas,aku bangun dari duduk dan menuju ke arah bilik.

Masuk sahaja ke dalam bilik,benda gebu yang berbulu putih datang ke arah aku dan menggeselkan badannya pada kaki ku.Hikss..Milo!!!

Apa?lepasni jangan tanya dah kenapa aku namakan kucing yang warna putih ni Milo.Mata dia warna coklat cair.Sebab tu aku bagi nama dia Milo.

Nasib je aku tak bagi nama dia Cadbury.

Hoodie berwarna hitam disarung,tudung shawl berwarna hitam dan seluar skinny jeans berwarna putih dikenakan sekali.Purse dan iPhone diambil.Aku terus keluar dari bilik setelah selesai bersiap.

Bedak?Aku kalau jalan dekat-dekat memang tak pakai bedak sebab kulit aku memang dah tak perlukan bedak ehek!

Kunci kereta BMW diambil di tempat letak kunci.Aku tak ada lesen lagi tapi aku dah reti bawak kereta.Harap tak ada roadblock.

Kereta BMW milik papa terus meluncur keluar dari perkarangan rumah.


• • •

Sampai sahaja di Mall berdekatan,aku menuju ke kedai alat tulis yang berhampiran.

Pen biru 5
Pen hitam 5
Pensel
Kertas A4
Kertas warna
Sticky note
Pemadam
Pembaris (beli benda basic lah)
Highlight
Correction tape
Liquid
Marker pen
Novel (hehe)

"Heh! novel pun nak jugak ke?" Aku menggeleng lalu menuju ke tempat yang terletaknya pen.

Selepas membeli semua barang yang betul-betul perlu,aku menuju ke tempat novel.Haritu along ada minta aku belanja dia novel.Tajuk dia apa der..

Aku ternampak novel yang ingin dibeli.Nak capai novel tu,tapi...tak sampai!

Kenapa lah pekerja ni letak tinggi sangat.Fikir lah sikit orang pendek yang nak ambik pun susah.Haih,baik tak payah kerja kalau macam ni.Tak membantu langsung

Aku sekali lagi cuba untuk mencapai novel tapi masih tak berjaya.Fuhh Ayreen..try lagi try..

Sekali lagi..

Dapat!

Tapi..bukan aku yang ambil novel ni.Ada orang tolong ambilkan.

Tanganku mengambil novel dari tangan pemuda yang menolong aku.Kepala terus diangkat untuk memandang wajahnya.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now