MHP 50

10.2K 668 225
                                    






Telah tertulis
Mungkin kita
Kan bersama semula
- Demi Kita , Ismail Izzani.

_____________________



Pang!!!

Terkedu?

Yes!

Dia tampar aku.

Siapa sangka orang yang aku sayang akhirnya berani naikkan tangan.

"Kenapa dengan kau hah? Kau sedar tak apa kau buat sekarang ni?" Mata Danish tajam memandang anak mataku. Aku hanya mampu menahan sebak. Apa aku buat?

"AKU TANYA KAU NI AYREEN QAISARA !"

Sekali lagi aku terkedu. Terkedu kerana pertama kalinya dia meninggikan suara.

Di hadapan orang ramai..

"APA MASALAH KAU HAH? APA HAK YANG KAU ADA SAMPAI KAU SANGGUP BAHAYAKAN ANAK ORANG? MACAM NI KE PERANGAI KAU AYREEN? MACAM NI KE?" Sekali lagi suaranya ditinggikan.

"Dan apa hak yang kau ada untuk tampar aku?" Bibir diketap. Danish terdiam seketika sebelum badannya didekatkan ke arahku.

"Kau jangan fikir aku bodoh ye Ayreen. Aku tak tahu apa niat kau selama ni tapi aku rasa kau dah boleh berhenti berlakon. Bijak eh permainan kau." Danish Izmeer menayangkan senyuman sinis. Dia menarik nafasnya dan menghembusnya perlahan. Matanya dipejam.

Orang lain masih memerhati kami berdua. Perasaanku kini bercampur baur.




"Kita putus." Tuturnya. Dia terus berjalan meninggalkan aku yang masih terkebil-kebil memproses ayatnya sebentar tadi.

Seperti ada batu yang menghempap diri. Air mataku tidak lagi mampu ditahan.


•••

Pintu bilik ditutup kemudian dikunci. Badan dihempap di atas katil. Tidak lama kemudian, air mata yang ditahan sejak berada di dalam bas tidak berhenti mengalir.

"Akak..bukalah pintu ni." Aryan yang mengetuk pintu bilik tidak diendahkan. Wajahku ditekup menggunakan bantal.

"Akak..kalau akak tak okay, just let me know tau." Pesan Aryan.

Air mata yang mengalir dilap kasar. Aku berdiri di hadapan cermin bilik. Mata yang sembab dan wajah yang langsung tidak bermaya itu dipandang kosong.

Ini ke Ayreen Qaisara?

-


"Sara, okay ke?" Soal mama dengan pandangan yang tidak dapat ditafsir. Aku mengangguk perlahan. Nasi di dalam pinggan itu hanya dikuis. Langsung tidak dijamah.

"Tipu lah. Tadi Yan ada masuk bilik akak waktu akak tengah mandi. Polaroid gambar abang Danish tu semuanya dah konyok dalam tong sampah. Asal?" Aryan mencelah.

Kalau la aku ada tenaga sekarang, dah lama aku tarik tarik kepala Aryan ni!

"Gaduh dengan Danish la tu." Papa pula mencelah kemudian mama dipandang. Mereka berdua saling menggelengkan kepala.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now