MHP 39

15.6K 876 120
                                    

"Sayang!" Panggil Izz.Aku menoleh ke arahnya kemudian tersenyum manis.Izz membalas senyumanku.

Hensem!

"Harini kita date nak?" Aku mengangguk setuju.

"Okay.Kalau macam tu pukul 3 nanti Izz ambik Reen dekat rumah." Izz tersenyum.Aku membuat simbol 'okay' menggunakan jari.Dia terus duduk di tempat duduknya semula.Aku pula menyambung membuat latihan Fizik yang tergendala.

"Danish." Panggilku meleret tetapi Danish langsung tidak mendengar panggilanku.Dia masih fokus menyiapkan latihan Fizik.

"Danish!" Panggilku lagi.Untuk kali kedua, panggilanku tidak diendahkan.

Agaknya aku kena guna panggilan pelik-pelik baru dia nak dengar.

"Weh beruk! Kau ni pekak ke apa? Nasib je kau tak gemuk.Kalau tak dah lama aku panggil badak." Kataku selamba.Seperti yang disangkakan, Danish terus memusingkan kepalanya menghadapku.

"Apa? Mulut kau ni bising tahu tak? Duh! kau tu lah gemuk.Makan banyak!" Danish membalas.

"Kau ni kenapa? Aku tak cakap kau gemuk pun kan? Yang kau tiba-tiba nak cakap aku gemuk tu apa masalah? Aku cuma cakap nasib je kau tak gemuk.Tak faham melayu ke?Masalah lah kau ni.Aku panggil kau sebab nak suruh kau tolong ajar ni." Danish memandang soalan di buku latihan Fizik milikku itu sebelum pandangannya beralih ke arahku.Dahinya dikerutkan.Ada masalah ke dengan soalan ni? Bukan dia pandai gila ke?

Ouh ya! By the way, cikgu kitaorang harini ada mesyuarat untuk hari kokurikulum dan keusahawanan.Jadi, kami diarahkan untuk siapkan latihan yang diberi.

"Kau kan ada Izz.Suruhlah dia ajar soalan yang kau tak faham ni." Danish tersenyum sinis.Aku pula sudah mengepal penumbuk.

Dah aku suruh ajar tu tolonglah je lah ajar! Takkan tu pun masalah?

"Eh kau ni.Cari pasal tiba-tiba kenapa? Nak gaduh ke apa?" Pandangan tajam diberikan.Dia ni memang sengaja buat aku meletup.

"Boleh juga.Tapi kalau cikgu tanya siapa mulakan dulu, kau lah orangnya.Bukan aku." Kata Danish tanpa memandangku di sebelah.Tangannya ligat menyiapkan kerjanya tadi.

"Blah ah kau." Aku menjarakkan meja sedikit.Sumpah macam budak-budak tapi apa aku kisah?

"Woi! Korang dua ni dah kenapa? Bising lah." Ammar mencelah.Tetapi malangnya, aku dan Danish tidak menghiraukannya.

"Tak payah mengada nak gaduh-gaduh. Aku sumbat pen dalam mulut nanti." Eliana pula mengugut.

"Apa-apa je lah.So Ayreen, kalau kau tak nak aku jahanam kan barang kau, baik letak jauh-jauh daripada aku." Bola mata diguling ke atas.

"Ingat aku heran ke, beruk?" Aku memandangnya sinis.

"Diamlah kau singa,ikan paus." Balas Danish.

"Kau tu buaya,dugong" Nasib je aku tak sebut buaya darat!

"Dasar monyet terlepas."

"Kau diam lah gila!"

"Kau lah diam otak senget,otak sekerat!" Danish masih tidak mengalah.

"Ouh tak sangka kau boleh tengok otak aku ni senget or ada sekerat." Aku tersenyum sinis.

"Eh dah lah.Tak payah lah macam ni." Hakimi menggeleng.Macam-macam lah dua orang ni.Aku sumbat mulut dengan kasut baru tahu.

"Serabut aku dengan kau ni." Kata Danish kemudian dia berdiri dari tempat duduknya kira-kira ingin keluar dari kelas.

"Ingat aku suka kau sangat lah? Dah lah perasan hensem!" Danish berhenti berjalan.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now