MHP 57

11.5K 703 232
                                    

Silent reader ni ramai sangat buat author jadi tak semangat nak update dah.
Tak tahu lah next chapter author nak update lagi ke tak.
Ada semangat ada la new update.
Thankyou :)

___________________

"Ehem."

Aku yang sedang leka bermain handphone mengangkat kepala. Wajah dingin bak ais beku ditayangkan.

Hampir 30 minit aku tunggu dia. Tapi dia? Dengan wajah tak bersalahnya duduk depan aku tak minta maaf apa-apa pun.

"Sabar Ayreen sabar." Gumamku.

"So how kau dengan abang Danish sekarang?Bahagia?" Soal gadis itu dengan nada sinis. Dah lah datang lambat, lepastu alih-alih tanya pasal Danish.

Bibirku kemudiannya mengukir senyuman sinis. Kau nak main api dengan aku ye Izara? Okay boleh!

"Eh of course lah bahagia. Dia sweet, baik, gentleman pula tu. Hari-hari cair tengok dia. Mesti kau nak rasa juga kan? Tapi tu lah kau pula tak dapat dia. Kesian." Kepalaku digeleng. Senyuman herot masih terlakar di bibir.

"Ouh ya! Lupa nak bagitahu, lusa kitaorang ada majlis. Majlis bertunang. Jemput datang lah ye. Kalau tak nak datang pun tak apa sebab kau bukan penting pun, kan?" Tambahku. Tidak lama kemudian, suara Izara memenuhi ruang kafe itu.

"Wait what?! Tunang?!" Mata Izara terbuntang luas. Mata-mata menumpukan perhatian ke arah mejaku dan Izara. Pantas tanganku mencapai buku menu untuk menutup wajah.

Memalukan!

"Kenapa abang Danish tak bagitahu pun yang dia nak tunang dengan kau?!" Wajah gadis itu sudah berubah kemerahan. Aku mengangkat sebelah kening.

"Macam yang aku cakap tadi, kau tak penting pun." Perkataan 'tak penting' itu sengaja ditekankan. Biar dia rasa sikit! Sekali dia bagi, berpuluh-puluh aku balas!

"Kau! Dah hancurkan hati abang aku, lepastu senang-senang nak bertunang dengan orang lain!" Izara masih tidak mahu mengalah. Aku ketawa kecil mendengar apa yang dikatakan Izara Dahlia. Aku? Aku hancurkan hati Izz?

Dua beradik ni waras ke tak?

"Sebelum kau nak tuduh aku apa-apa, baik kau check diri kau dengan abang kau tu dulu. Risau aku tengok korang ni lama-lama. Pandai play victim je. Bodoh tetap sama sampai sekarang." Ujarku sebelum berdiri meninggalkan Izara yang gayanya sudah seperti gunung berapi yang menunggu masa untuk meletus. Dia yang mula, kita bagi je la balik.

Apa susah?

•••


Mataku tidak berkelip apabila menilik diri di hadapan cermin. Baju kurung berwarna silver elok tersarung pada badan dikenakan dengan shawl berwarna putih. Solekan yang nipis itu menaikkan lagi seri pada wajah. Aku tersenyum sendiri.

"Ayreen Qaisara ku sayang, jom turun. Family Danish dah sampai. Sudah-sudah lah tu tilik muka, baju, tudung kau. Dah cantik sangat dah." Eliana menarik tanganku. Dia pula yang terlebih teruja.

"Eli, aku malu la." Langkah kami berdua terhenti. Eliana menoleh memandangku yang masih enggan untuk turun ke tingkat bawah. Tanganku yang sejuk digenggamnya erat. Dia tersenyum.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now