MHP 36

15.2K 856 152
                                    

Rumput padang sekolah menjadi tempat untuk aku melabuhkan punggung selepas selesai sahaja latihan acara 4 x 400m, 400m dan 200m.

Air aku tertinggal dalam beg.Beg pula tertinggal dekat khemah rumah sukan.Khemah rumah sukan pula jauh dari tempat aku duduk.Haih!

Mataku melilau mencari seseorang.

Bagus!

"Danish!" Panggilku.Danish menoleh sebelum dia mengaturkan langkah ke arahku.Terima kasih sebab kau muncul.Kalau tak, aku kena berjalan ambil botol sendiri.

"Apa kau nak?" Danish memandangku lalu duduk melutut.Aku memandang wajahnya.Keringat yang mengalir di dahinya tidak dihiraukan.

Berpeluh pun hensem lagi.

"Tolong ambikkan botol air aku boleh? Dalam beg aku.Beg aku dekat khemah.Boleh kan?" Mata Danish yang tadi memandangku terus memandang ke arah khemah rumah sukan biru.

"Tak boleh jalan sendiri ke?" Dia mengerutkan dahi.

"Tak." Jawabku selamba.Keluhan kecil dilepaskan oleh Danish.Dia akur kemudian bangun dan menuju ke khemah rumah sukan.

"Kat sini kau Reen.Penat aku cari." Siti mengambil tempat di sebelahku.

"Nah." Mataku tertumpu ke arah beg galas kemudian ke arah Danish. Beg itu dipandang semula dengan pandangan kosong.Dahi pula dikerut.

Keluhan kecil dilepaskan.Apa dia ni?

"Aku suruh kau ambik botol air.Tak suruh kau ambik beg pun." Kerutan di dahi masih jelas.Danish dipandang.Dia juga mengerutkan dahi sambil memandangku.

"Kau ni mengada lah.At least,aku tolong ambikkan.Dari aku datang dengan tangan kosong." Aku mengangkat sebelah kening.Yang aku tahu, aku nak dia hantar beg ni dekat khemah semula.

"Eh jap." Aku mengambil beg itu.Danish pula hanya menunggu disitu.Botol air dikeluarkan.Kemudian, beg itu dihulurkan kepada Danish.

"Hantar balik dekat khemah." Arahku.

"Malas lah.Kau pergi lah letak nanti" Danish mengerutkan dahi tanda protes.Innocent face aku tayangkan.

"Letak lah.Tak nak kawan kau." Keluhan berat dilepaskan oleh Danish.Dia mengambil beg itu lalu meninggalkan tempat aku duduk.

"Sian Danish kena buli." Kata Siti tiba-tiba.Aku hanya tergelak kecil.

"Hai korang!" Sapa Tisya sebelum dia duduk di hadapanku.

"Siapa pengerusi rumah biru?" Siti dan aku dipandangnya bersilih ganti.

"Danish." Jawab Siti.

"Penolong pengerusi?" Soalnya lagi.

"Misha" Balasku.Muka toya ditayangkan.

"Hah? Ulat bulu tu jadi penolong pengerusi? Tak jalan lah kerja jawabnya.Kerja dia kan mengarah orang je." Tisya mengguling biji matanya.

"Hotak kau Ayreen! Bukan Misha lah.Ayreen penolong pengerusi." Siti menggelengkan kepala.Tisya sudah memandangku tajam.Hehe

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now