MHP 43

18.6K 990 336
                                    

Danish's POV

"Danish!" Aku menoleh ke arah figura yang memanggilku.Misha?

Dia nak apa waktu macam ni?

"Hai baby." Dia tersenyum manis.Rambutnya yang panjang itu dipintal.

"Hai." Balasku.Ammar yang berdiri di belakangku hanya menayangkan muka menyampah.

"Kenapa you selalu bluetick mesej I eh? I ada buat salah ke dengan you?" Misha mengerutkan dahinya.Aku pula sudah menggarukan kepala yang tidak gatal.

"Sorry lah, I busy sikit." Bohongku.Busy apanya, Danish? Kerja kau main instagram,lepastu asyik fikir pasal Ayreen.

"Busy? Stop pretending, Danish Izmeer.You busy buat apa? Layan Ayreen? Huh!" Gadis itu menggulingkan biji matanya ke atas.

"Misha, kitaorang dua nak balik rumah.Kalau nak sembang tu lain kali je lah." Celah Ammar.

"Misha, look..kita dua dah break kan? So kenapa you kena control I punya life lagi? Misha please, move on. I tak suka lah kena control macam you buat sekarang ni. I nak layan perempuan mana pun, ikut suka I lah. Kita dah tak ada apa-apa. "

"Just stop larang I untuk layan mana-mana perempuan terutamanya Ayreen, okay? I'm sorry, Misha" Aku terus berjalan meninggalkan Misha diikuti Ammar.

Back to Ayreen's POV

Usai solat, aku melipat telekung dan sejadah.Tudung bawal hitam dicapai lalu disarung.Lip balm pula dioleskan sedikit pada bibir.Aku tersenyum kecil.

"Sara nak pergi mana?" Soal mama apabila aku tiba di tingkat bawah.Mama yang baru keluar dari dapur dipandang.

"Nak pergi taman, nak ambik Milo.Kan Milo dekat Danish."

"Ouh okay.Kalau nak date dengan Danish terus pun tak apa.Mama izinkan." Mama tersenyum mengusik.Perangai!

"Tak nak lah, Sara." Aku menayangkan muka jijik.Mama ni ada-ada je.

Selepas beberapa minit berjalan kaki, aku tiba di taman permainan.Alah! Bukannya jauh sangat pun.

Mataku terhenti pada Danish yang sedang bermain dengan Milo.Dulu bukan main geli, takut dengan kucing.Berterima kasih lah dekat aku.Sebab aku lah dia dah tak takut dengan kucing.Tepuk tangan untuk Ayreen!

Aku menghampiri Danish yang masih leka bermain dengan Milo.Danish yang perasan kelibatku tersenyum manis.Tiba-tiba...

Bukkkk!

"Aduh!" Tanganku mengurut kaki yang sedikit terseliuh.Macam mana lah boleh terjatuh.Buat malu je.

Nasib tak ramai orang dekat sini.Kalau ramai orang tengok, dah lama aku sorok muka dekat dalam pasu bunga mama.Rasanya muat kot.

"Kau okay tak?" Danish meluru ke arahku yang masih terduduk di atas rumput.Aku mendongak sedikit untuk memandangnya yang seperti menahan tawa.

"Kau rasa aku okay ke sekarang? Nasib orang tak tengok.Buat malu je jatuh macam nangka busuk dekat sini." Jelingan diberikan.Tanpa aku sangka, Danish terus melepaskan tawanya.Kurang garam punya orang.

"Macam mana kau boleh jatuh?" Soal Danish lagi dengan sisa tawanya.Memang tak ada rasa nak tolong aku ke?

"Siapa suruh kau senyum manis sangat.Kan aku dah jatuh." Jawabku tanpa berfikir panjang.Selepas menyedari apa yang aku katakan tadi, tangan laju menekup mulut.Apa kau merepek ni, Ayreen?!

"Excuse me? Aku tak salah dengar kan?" Lelaki di hadapanku itu mengerutkan dahi.Aku hanya mengabaikan soalannya.Mata pula sedaya-upaya dielakkan dari bertembung dengan mata Danish.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now