MHP 26

21.5K 1K 228
                                    

Ik ada yg terus baca chapter 25 sebab tak perasan author update chapter 24 sekali 😂

_____

"Abang nak Zara rampas Danish macam mana?" Izara melepaskan keluhan kecil.Dia terus melabuhkan punggung di atas sofa kemudian Izz yang sedang menonton televisyen di sebelah dipandang.Dia ingat aku tak nak ke dekat Danish tu? Instafamous hot dan hensem.Full package kot! Siapa je tak nak?!

"Mana lah abang tahu" Jawab Izz selamba.Mata pula tidak lepas dari memandang kaca televisyen.

"Abang minta Zara pindah SMK Damai untuk rampas Danish supaya abang senang nak dapatkan perempuan perasan cantik tu.Dan sekarang bila perempuan tu dah makin rapat dengan abang, abang tak nak tolong Zara pula?!"

"Abang nak ke si Ayreen tu tinggalkan abang dan mula rapat dengan Danish pula?" Tambah Izara membuatkan Izz memandang ke arahnya.Izara tersenyum sinis.

"Orang gila je kot nak" Dia menyambung menonton televisyen.Izara mengeluh.Tak boleh pakai langsung!

"Abang! Zara tahu lah peluang abang untuk dapatkan Ayreen tu dah ada.Tapi tolong lah Zara juga.Manalah tahu tiba-tiba Ayreen berubah pergi dekat Danish.Abang jugak yang rugi ka- " Mulut Izara terus ditekup dengan tangan Izz.

"Ish ye lah ye lah.Zara ni bising je" Mulut Izara yang ditekup dilepaskan.Gadis itu mencebik.

"So, your next plan?" Izara Dahlia mengangkat sebelah keningnya. Izz menutup televisyen sebelum mata memandang ke arah adiknya.Mengacau je lah budak ni!

"Abang nak..."

• • •

Aku memandang jam di dinding bilik.Jarum jam yang menunjukkan pukul 11:56 itu membuatkan aku mengeluh kecil.Kepala diletakkan di atas meja belajar sebelum mata dipejam.Kerja sekolah harini banyak betul.

Sah esok jadi panda.

Ting!

"Siapa lah gedik sangat nak ganggu aku waktu ni" Gumamku.Kepala diangkat kemudian mata dialihkan ke arah handphone di atas katil.Kaki terus diaturkan ke arah katil lalu tangan mencapai handphone.Usai itu,punggung dilabuhkan semula di atas kerusi meja belajar

Danish Poyo
Good night,princess 🌹

"Tak sihat ke dia ni?" Soalku sendiri dengan kerutan di dahi.

You
Kena sampuk ke kau ni?

Balas sahaja mesej daripada Danish, aku kembali meletakkan kepala di atas meja.Mulut ditutup apabila aku menguap kecil.

Ting!

Danish Poyo
Kau ni kan.Aku wish good night pun salah😒

Ting!

Danish Poyo
Kau patut rasa bertuah tau instafamous handsome yang ramai fans ni
wish good night🌚

Ting!

Danish Poyo
Bertuah jugak kau sebab aku letak Princess.Bukan Mak cik😒

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now